Sedikit cerita sepanjang hujung minggu berhari raya. Tak banyak aktiviti yang aku buat. Memang kebiasaannya macam tu. Jarang sangat aku berjalan kalau time raya korban ni. Ditambah pulak dengan keadaan aku yang tengah 'merehatkan' perut ni. Lagi la aku rasa malas nak ke mana². Jadi duduk kat rumah adalah keadaan yang paling selamat untuk aku. Hehe, faham² la kenapa ek.
Malam raya which is hari Khamis lepas, terus shoot dari rumah ke rumah pak busu. Ada kenduri kesyukuran. Tapi aku cuma dapat join di penghujug majlis. Masa aku sampai pun jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Apa nak di kata, malam raya. Jem di sana sini. Mujur bie ambik jalan jauh yang kurang jem. Walaupun merentasi KLIA dan jugak sebahagian dari Nilai (highway PLUS dari Damansara - Selatan). Memang sepanjang jalan, berderet² kereta yang menghala ke utara. Masuk je highway PLUS KL - Seremban, kereta yang bersusun hampir tak bergerak menghala ke selatan. Mujur la aku hanya melawan arus. Perjalanan kami sangat smooth!
Di pagi raya pulak, aku mau pun bie tak bangun awal sangat pun. Kepenatan semuanya. Mak pagi² lagi dah siap menghidang juadah² wajib pagi raya (nasi impit, lemang, rendang, kuah lodeh) yang mengancam selera. Tapi aku kuatkan semangat! Alhamdulillah, setakat hari ni, saat entry ini di
Tapi malam ni, aku terpaksa mengalah. Kondisinya kalah-kalah, menang-menang. Apa pun keputusan, ia tetap tak menyebelahi mana² pihak. Jadi baik aku pilih yang di tengah². Malam ni ada appreciation dinner untuk aku dan kawan² seopis lain yang sama² berhempas pulas (ye ke?) masa annual dinner yang lepas. Takpe, akan aku hadapi dengan tenang segala makanan² yang terhidang tu nanti. Yang penting, kawal diri kawal nafsu.
Oh, ye. Aku dalam program diet yang bersungguh² kali ni. Semangat memang sangat membara. Harap² baranya bertahan lama. Jangan nanti ditiup angin lepas tu terus padam. Doa²kan la kejayaan aku okey! Insya-Allah, bila dah capai matlamat yang aku nak, aku akan reveal dan tepek testimoni aku kat sini.
Nota kaki lapan: Ini dah macam bukan cerita raya kan.. Hahaha, lantak lah..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment