Monday, November 16, 2009

Selamat Berangkat Semua



Tinggal lagi beberapa jam sebelum mummy, abah & mak tam berangkat ke tanah suci mekah. Keluarga dan sanak saudara dah mula ramai berkumpul kat rumah ni (aku memang kat rumah mummy since hari Sabtu lagi). Semalam pun dah ramai jiran tetangga yang datang melawat. Dan dengar ceritanya memang semenjak sepanjang minggu lepas. Masing² menjenguk dan bertukar maaf sebelum mereka berangkat nanti. Suasananya setakat ini masih terkawal. Adegan air mata masih belum jelas kelihatan. Tapi yang pasti, malam nanti bila tiba masanya. Adegan wajib itu pasti ditayangkan berulangkali. Aku? Semuanya bergantung pada situasi semasa. Kalau mampu menahan, akan aku tahan rasa sebak ni. Biarkanlah mereka pergi menunaikan ibadah dengan hati yang tenang.

Dan semenjak dari tengahari tadi, hujan turun membasahi bumi tak henti². Mungkinkah ini yang dikatakan rahmat? Insya-Allah, setiap niat yang ikhlas pasti ada ganjarannya kan. Mudah²an semoga mummy, abah, mak tam serta seluruh umat Islam yang pergi dengan hati yang suci akan beroleh keberkatan dan haji yang mabrur. Hujan ini mungkin menjadi tanda bahawa rahmat dari Allah sentiasa mengiringi mereka. Aku sebagai anak (walaupun sekadar menantu) tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka. Dan sepanjang ketiadaan mereka kat sini, dah menjadi tanggungjawab kami menjaga adik² yang berdua itu. Inilah amanah namanya.

Hurm, bermula dari hari ini jugak, update dalam entry² yang akan datang akan hanya dihiasi dengan gambar hasil daripada kamera henfon cabukku ini (rupanya, jasa mu masih aku perlukan ye). Sebab mulai detik ini, kamera yang selama ini aku usung ke sana dan ke mari akan terbang bersama abah sampai ke Mekah. Jauh perginya kan. Jadi andai ada gambar yang ditepek di sini nanti kurang menyenangkan rupanya. Harap maaf ye semua.

Oklah, aku sambung lagi malam nanti. Kalau ada adegan air mata, akan aku candidkan sebanyak mungkin (itu pun kalau bukan aku antara barisan pelakonnya, hahaha). Doakan perjalanan kami semua ke Kelana Jaya sekejap lagi selamat ye..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

k-mie said... Jawab Balik

mmgnye jadi pelakon. dgn hubby sekali jadi pelakon. along ngan abah je yg tetap tabah. yg lain sumer, punah. hahaha..

ch@ said... Jawab Balik

xpe...kita sama-sama doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang, amin....

Related Posts with Thumbnails