Friday, November 13, 2009

Mengidam ke??

Di suatu petang ketika sepasang kekasih sedang leka bersembang². Tiba² muncul statement yang menimbulkan tanda tanya ini..



Haih.. Masa mula terbaca ni, aku dah sedikit confuse. Apa kaitannya pening dengan ayam goreng? Apa kalau makan ayam goreng boleh baik ke peningnya tu? Musykil ni. Nak kata terkena angin mengidam, aku ni sah² la bendera Jepun tengah megah berkibar. Jadi??? Apakah yang dimaksudkan???

Setelah disiasat, rupa²nya..



Laa, rupanya itu adalah 2 frasa yang tidak saling berkait. Ohh suami ku ini, kenapa suka bagi ayat yang tak saling berkait dalam masa yang sama. Moral of the story, sila la bagitau dengan jelas lepas ni bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ye.

Jadi, kerana hubby tercinta ni tiba² mengidamkan ayam goreng itu, maka dinner malam ini berlaukkan ayam goreng Popeyes la kita gamaknya ye. Oklah jugak, sedap rasanya kot bila makan dengan nasi. Tambah pulak dengan kuah asam pedas yang aku masak semalam, mesti mengancam rasanya (kalau ikut tekak aku la kan). Jadi, proses untuk masak malam ni sudah dapat skip sikit, yeahhuu!! Tq hubby..

Esok pagi dah bercadang nak buat nasi lemak. Menu yang akan menjadi sarapan merangkap makan tengahari. Semuanya dek kerana memikirkan keadaan rumah yang dah agak tak terurus. Banyak yang nak dikemas esok. Habuk dah tebal di sana sini, lebih² lagi kat kabinet tv tu. Dah macam salji gayanya. Lantai pun dah lama sangat tak mop. Dah mula rasa lekit² dek minyak masakkan yang bercampur baur dengan habuk yang berterbangan. Manakan tidak, asal weekend menjelma, ada je program nak dilayan. Nak buat masa weekdays, terasa tak larat pulak. Yelah, I ni kan wanita bekerjaya (alasan sungguh!!). Kebetulan rencana paintball minggu ni dibatalkan, jadi baik grab peluang yang ada untuk berkemas apa yang patut. So, malam ni kena la masak sambal nasi lemak awal² bagi mengelakkan kejadian sarapan-pukul-11pagi. GAMBATE!!

Nota kaki lapan (kenapa lapan ek? - aku punya suka la!!) : First time nak buat nasi lemak SENDIRI. Biasanya nasi lemak 'tunjuk' takpun nasi lemak yang mak buat.. hehehe

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

naDia said... Jawab Balik

bagus tu izma..effort tu yg penting..menjadi ke tak nasi lemak tu..lain cite..tp kalo dah biasa masak..85% tu konfem ade rase nasi lemak..:) all the best

Precious said... Jawab Balik

alaaa ... cumilll nya!! Penin nak makan ayam goreng!
Tak kisahlah berkait ke tidak ...

i.z.m.a said... Jawab Balik

namo: saya punya percubaan success!! hehehe, menambahkan semangat nak buat lagi lepas ni.. :D

Precious: hehe, pening tu mukadimah la kot.. nak tarik perhatian supaya tunaikan permintaan die :P

ch@ said... Jawab Balik

saspen jap mak nyaa.....hikhikhik!
ehem! ehem!

Related Posts with Thumbnails