Wednesday, November 25, 2009

Khidmatmu Amat Kami Hargai, Terima Kasih Ye..

Semalam balik dari keje aku & bie singgah ke Jusco OU. Niat di hati nak mencari rice cooker elektrik yang kecik sebab yang ada kat rumah tu besar sangat untuk masak nasi kami berdua. Kalau masak sikit sangat dalam periuk besar tu, nanti nasinya jadi tak sedap (macam keras sket). Buat masa ni aku menggunakan cara tradisional je nak masak nasi, dalam periuk biasa atas dapur gas. Melainkan kalau nak masak lebih dari biasa, baru la aku guna rice cooker yang besar tu. Sebenarnya dah lama sangat plan nak beli tu, tapi masih tertangguh sampai sekarang. Kebetulan masa singgah Jusco OU minggu lepas, aku sempat jenguk kat bahagian elektrikal. Ada diskaun 15% untuk JCard member. Tapi memandangkan JCard Day just around the corner, kami tangguhkan dulu.

Dalam pada merancang nak beli rice cooker, thermopot kat rumah pulak buat hal. Port untuk power cablenya dah pecah sikit tak lama dulu. Tapi bie dah repair dan gamkan balik. Malangnya, gam tu tak cuku kuat nak menampung. Pagi semalam, bie terpaksa la sarapan dengan air kosong je sebab tak boleh nak masak air. Thermopot tu tak dapat nak dihidupkan walaupun bie dah buat macam². Jadi, alang² menyeluk pekasam. Buying list ditambah lagi satu. Nak cari electric kettle bagi menggantikan tugas thermopot selama ni. Thermopot tu akan direhatkan selepas dihantar repair kat kedai nanti. Maka tag 'not fit to work' mungkin akan tertampal padanya sampai la ianya direpair dan selepas itu akan disimpan bagi menjimatkan ruang yang memang sudah sedia sempit atas cabinet tu. Khidmatnya mungkin akan disambung lepas masuk rumah baru tahun depan (ke tahun 2011 ye?).


Terjulur je wayarnya..


Bersedia untuk proses penyimpanan
Terima kasih diatas jasa mu selama ini ye..


Sampai kat Jusco semalam, seperti yang dijangka. Orang terlalu ramai. Nak parking pun sampai kena tawaf 3-4 kali la jugak. Dan nasib kami baik dapat parking betul² depan pintu lif. Selesai solat maghrib, terus mulakan operasi mencari. Rambang jugak mata memandang kertas² tergantung, 70%.. 50%.. 20%.. "Aduhai hati, kuatlah engkau hendaknya". Singgah kat bahagian lelaki sebab bie nak cari seluar keje. Selepas hampir sejam, sepasang baju keje berjaya disambar dengan diskaun 70% dan 50%. Ayat bie: "lepas ni shopping baju masa JCard day jela, murah sket". Heh, baru tau ke sayang? (Now u know why on earth orang berpusu² masa JCard Day kan, hehe).

Settle pembayaran, terus ke bahagian elektrik. Tapi sayangnya, rice cooker yang nak dibeli tu takde diskaun. Even diskaun 15% yang ada hari tu pun dah takde! Aduh, tertangguh lagi la gamaknya. Mujur kettle tu dapat 10% diskaun. Harganya tak la mahal (bie yang kata, bukan aku), RM49.90 je. Lepas diskaun dapat la RM44.++ lebih kurang. Bie mintak aku tukar mind set bahawa RM30 above tu is still okey. Tapi what to do, bagi aku ia tetap mahal sebenarnya. Hehehe. I'm just being me, sangat berhati² dengan angka! (Aku dulu beli kettle kat Mydin je, RM15.90 tau!)


Fresh from the 'oven'


Si comel ini akan bersama kami selepas ini
Selamat berbakti ye cik kettle..


Jadi pagi tadi kami dapat menikmati sarapan dengan milo panas macam hari² sebelum ini. Saya sangat suka!!

Nota kaki lapan: Pasni tunggu JCard Day yang lain. Kawan², kalau ada info tolong roger² ye!!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

wow, comel siot!!! kettle tu yerk =p

rina said... Jawab Balik

kitorang plak, kettel hadiah kawin (jenama jusco selections) yg rosak..terpakse la guna balik cara lama, tenggek air atas dapur (menggunakan cerek ikea - juga hadiah kawin). pastu steamer (yg juga hadiah kawin) pon dah rosak..tak tau bile rosaknye..tau2 je nasik kukus aku tak masak2. maybe akan sambar thermopot jugak ni, sbb hari2 pakai air panas utk buat susu fatin.

i.z.m.a said... Jawab Balik

ch@: memang comel sangat pon, botol mineral tu pun lagi tinggi dari die, hahaha..

Rina: kitorang punya thermopot tu pun hadiah kawen jugak.. sebenarnya ada dapat kettle, tapi dah dijadikan hadiah recycle.. :P

Related Posts with Thumbnails