Sunday, November 22, 2009

Dari Barat ke Utara..

Kepenatan!!

Tapi penat yang dilalui sepanjang 2 hari hujung minggu kali ni terasa amat berbaloi. Saat entry ni ditaip, penat berjalan jauh masih terasa. Tambah pulak sesampainya kat rumah mummy ni, berehat hanya sekejap. Terus sambung membasuh kereta yang dah azab sangat rupanya. Tak tahan dah rasa hati memandang.

Al-kisahnya begini.. Bulan lepas dah berjanji dengan Pak Andak (pak sedara bie), kami nak datang berziarah ke rumahnya kat Seri Manjung, Perak. Memandangkan sepanjang aku mengenali mereka, tak pernah sekali pun berkesempatan untuk ke sana. Bulan lepas kami ada ke Pangkor, tapi dek kerana kami bersama rombongan beramai2, tak dapat la nak menyinggah. Kebetulan jugak wan (nenek bie) ada kat KL, jadi kami berjalan ke sana merangkap menghantar wan ke sana. Wan akan beraya haji kat KL minggu depan. Jadi pak andak akan bawak wan ke KL pulak minggu depan. Begini la rutin wan sejak mak tam ke Mekah (sebelum ni mak tam la yang menjaga wan kat kampung).

Sebagaimana yang dijanjikan, selepas subuh (sebelum zuhur), lebih kurang jam 10 pagi kami mulakan perjalanan ke Perak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Lama jugak terasa, tapi apakan daya. Tugas aku sebagai co-pilot menghalang aku daripada melelapkan mata (walaupun ada masanya terbabas jugak mata ni, hehehe). Perancangan asalnya nak menyinggah ke rumah salah seorang teman yang sama belajar dulu kat kem navy, tapi last minute die ada hal. Jadi sesampai je kat rumah pak andak, kami terus lunch dan berehat2 mengumpul tenaga. Sempat jugak melelapkan mata sejam dua. Petangnya, ke Teluk Batik pulak. Ini kali pertama aku ke situ. Tapi takde apa yang kami lakukan. Hanya duduk2 ambik angin petang tepi laut. Agak sunyi sekitarnya, mungkin sebab sekarang adalah musim hujan. Tambah pulak poket2 manusia bekerjaya masih belum 'lebat'. Jadi lengang la suasana sekeliling. Kami duduk tak lama. Selesai solat maghrib kat sana, kami terus bergerak ke pekan Lumut pulak. Tujuan seterusnya nak membeli ikan bilis dan kudap2 yang sememangnya dah sangat sinonim di sana. Sempat juga singgah membeli t-shirt Teluk Batik sebelum terus ke Pekan Lumut. Singgah di masjid pekan Lumut menanti waktu Isya' sebelum teruskan perjalanan. Kami yang dah siap menjama' hanya duduk di luar melayan nyamuk yang banyak. Selesai pak andak dan anak2nya bersolat, kami terus ke tempat yang nak dituju. Selesai memborong, terus balik rumah. Perancangan awal nak pekena ikan bakar dibatalkan sebab ada program saat akhir yang memerlukan kami bangun awal esoknya. Apa program itu? Teruskan membaca la ye.


Dah macam promo Nur Kasih lak gambar ni, ahaha..

Dalam perjalanan pulang dari memborong, kami singgah untuk beli makanan untuk makan malam. Memandangkan kami perlu tidur awal, char kuey teow jadi pilihan untuk dinner kami semua. Pak andak yang rekomen char kuey teow ni sebab katanya ia agak istimewa. Tapi sedap atau tidak, ia sangat subjektif kan. Pada tekak aku, ia memenuhi standard yang aku letakkan. Aku memang penggemar char kuey teow tegar. Hahaha. Jadi kalau takde apa yang meng'spoil'kan selera aku, sedap la maknanya tu. Apa yang menariknya tempat yang kami beli ni, ada 'air bonus' disertakan untuk setiap 3 pinggan char kuey teow yang dibeli. 'Air bonus' tu ialah air free, tak kira la oren ke, sirap ke. Dan malam itu 'air bonus' ialah oren ais. Nice! Kalau ada yang pernah ke Manjung, atau memang menetap kat sana dan sekitarnya tapi tak pernah tau pasal ni. Boleh la cuba sekali sekala. Letak gerainya tak susah nak dicari. Betul2 di hujung jalan antara Hospital Manjung dan Sekolah Menengah Seri Manjung (kalau tak silap la, sebab banyak sangat sekolah kat situ). Dengan harga RM3 sepinggan, kuantitinya pasti mengenyangkan perut yang kosong. Servicenya pun sangat pantas. Bayangkan saje la kuali yang menggorengnya pun ada 4 sekali jalan!


Gambar dari kamera2 henfon, tak baper cantik..

Pagi esoknya, hari Ahad yang damai. Pagi yang kalau diberi pilihan aku akan jadi orang yang paling lambat mau meninggalkan katil. Tapi apakan daya, ada misi yang perlu dilaksana. Seawal jam 7:30 pagi, kami semua dah pun memulakan perjalanan dalam sejuk2 dan dingin gerimis. Hala tuju kami pagi itu ialah, Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku keluar seawal ini hanya untuk bermandi-manda di sungai. Lokasinya yang memakan masa 1 jam setengah dari rumah pak andak memaksa kami keluar seawal ini. Juga untuk mengelakkan orang yang mungkin akan ramai di sana nanti. Tapi, mungkin atas sebab cuaca. Sepanjang kami bermandi manda, tiada sesiapa pun yang muncul melainkan sekumpulan pelajar (mungkin) yang sedang berkursus rasanya. Walau gerimis turun, kami tetap terjun ke dalam air yang sejuknya bak air batu! Kalau demam esok atau lusa, rasanya aku tau mungkin ini la antara puncanya kan. Selesai 2 round berendam, kami bersiap2 untuk pulang. Tapi sekali lagi program mengejut datang. Atas sebab hari masih awal, pak andak ajak kami ke pekan Kuala Kangsar untuk lunch sambil berjalan. Huh! Program bertambah2 nampak gayanya. Bie cakap, macam ni la gayanya kalau berjalan dengan pak andaknya tu, banyak program luar jangkaan.

Sampai di pekan Kuala Kangsar, kami semua dibawa berpusing sekitar kawasan Kuala Kangsar. Melalui Masjid Ubudiah dan juga sekitar kawasan istana negeri Perak. Sayangnya, kamera yang ada hanya la kamera henfon. Terasa rugi sangat. Banyak rasanya shot menarik yang terlepas dek kerana kurangnya kuasa dari kamera henfon kami itu. Takpela, ini akan menjadikan sebab adanya kunjungan kali kedua aku dan bie pada masa akan datang. Dan kalau dah sampai ke pekan Kuala Kangsar, tak lengkap rasanya kalau tak merasa laksa Kuala Kangsar. Laksa dibeli sudahnya dibawa pulang ke KL sebab aku dan bie dah terpandangkan pak andak dan family menjamu nasi dengan ikan sungai bakar. Yummi, mana boleh tahan! Selesai makan tengahari, kami semua singgah masjid (yang aku dah lupa namanya) untuk solat sebelum terus balik ke destinasi masing2.


Masjid Ubudiah


Laksa Pak Ngah dan ikan bakar yang best..


Wan dan cucu kesayangannya..

Aku dan bie teruskan perjalanan dari Kuala Kangsar terus ke Kuala Lumpur. Penat bermandi manda, berjalan ke sana ke mari memang amat terasa. Tapi semua itu dapat diatasi dengan kepuasan sebab dapat menghabiskan masa2 berkualiti bersama.


Hasil dari perjalanan 2 hari..
Tak termasuk dengan benda kudap2 dan ikan bilis dari Lumut!


Nota kaki lapan: perut aku bakal direhatkan untuk beberapa bulan bagi memberi ruang untuk ia berkerja keras mengurangkan apa yang tak sepatutnya terus membesar..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails