Pagi tadi bangun agak lewat (haha, hari² pun lambat sebenarnya). Seusai bie siap mandi, terus die kejutkan aku. Dan macam biasa jugak aku bangun dengan malas yang amat sangat. Siap mandi dan bersiap, terus start masak untuk sarapan. Lebih nasi putih malam tadi aku gorengkan saje. Dalam pada kelewatan tu sempat jugak aku mengetuk kuali kan. Bukan setakat ketuk kuali, tumbuk cili bawang semua sempat. Hehehe. Tapi hanya tapau untuk bawak ke opis. Takut kalau makan kat rumah, memang ada la yang sampai opis pukul10 nanti. Siap masak dan tapau. Aku tiba² teringat nak snap gambar seluar askar yang beli minggu lepas untuk paintball esok. Tiba² bie bersuara, "simpan gambar tu untuk update bulan depan jela ye. Kite tak jadi nak main esok".. Huhuhuhu, tak jadi ke? Aku punya la dah bersemangat waja nak main tembak² esok. Almaklum, kan yang last game tak dapat main. Tapi takpela, gambar tetap akan publish. Yang bulan depan, tu lain cerita pulak la kan. Jadi sementara untuk menantikan next game, sempat la aku berjogging barang seround dua (ye ke nak jogging ni?) untuk menaikkan kembali stamina yang kian menurun. Asyik mengah dan cepat penat sekarang ni. Mana taknya, bawak 'beban' lebihan kan.
Owh, dalam pada kebosanan hari ni. Ada jugak perkara yang bestnya. Hari ni gambar yang aku nantikan akhirnya tiba juga. Mungkin ada antara anda di luar sana pernah dengar atau terbaca tentang review eoe kan? Perkhidmatan printing gambar secara online. I love technology!! Aku boleh submit dan terima pesanan aku hanya dengan hujung jari. Dan yang lebih best, kadar bayarannya yang aku rasa setimpal dan amat berpatutan. Sebenarnya sekarang ni pihak eoe ada buat reward untuk sesiapa yang review tentang eoe online ni. Tapi buat masa ni aku belum terasa nak review sepenuhnya lagi. Masih mencari jika ada sebarang kelemahan padanya. Setiap yang baik tu pasti ada kelemahannya di mana² kan. Insya Allah, andai ada kerajinan aku nanti, ada la review tentangnya. Yang pasti, setelah beberapa kali menggunakan khidmatnya, aku agak berpuas hati dengan hasil yang aku dapat. Berbaloi baloi dengan bayarannya.
Semua sekali ada 8 album.
1 album ada 40 keping. Sila kira sendiri ye..
Dengan adanya perkhidmatan yang seperti eoe ni, tak payah la aku nak ke kedai gambar kalau nak print gambar yang menimbun² dalam simpanan mahupun yang baru. Almaklum la, sejak hidup dengan dunia camera digital ni, gambar yang tersimpan jadi bertambah². Pantang ada event, walau sekecik mana pun mesti ada gambarnya. Maka, eoe ni macam jadi pelengkap untuk orang² yang malas macam aku ni kan. Klik sana, klik sini. Tau² gambarnya dah pun siap dicuci. Tunggu beberapa hari, "Cik(ceit!! nak jugak guna 'cik'), ni parcel untuk cik". Best kan!1 album ada 40 keping. Sila kira sendiri ye..
Nota kaki lapan: Saya agak frust esok tak dapat main penbol! Ditujukan untuk seseorang..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
5 Mak Joyah Bertandang:
amboi..skali print..smp 8 album..tp agaknye tu kaver beberapa event je kan? aku pun tgh start memprint gamba digital nie..
kaver beberapa event yang aku campur adukkan.. gambar zaman muda remaja pon ada terselit, hehe.. 8 album tu termasuk ngan orang lain punya, aku punya 5 saje (saje tu, nak menunjukkan tak cukup lagi, i want moreeeee)
sape la yg bg link laman web tu ek??? kihkihkih!!! aku kan? kan? kan?
aku pon penah cuci ngan eoe ni..mmg ok kualiti paper dia sume..tp aku nak tanye ko, ko ada cuci gamba yg amik guna camera hp tak?nak tau output dia camne kat paper..sbb aritu aku cuci sume gamba kawin dr camera photographer
aku penah try hantarkan kawan aku punya dari kamera hp.. output die depends pada camera tu punya power jugak la.. kalau cokia, maka cokia la hasil gambar tersebut.. resolution gambar pun penting jugak..
Post a Comment