20 Mac 2010, Sabtu
Aku bangun seawal pagi. Niat hari ni nak berlatih bowling barang 2-3 game dengan bie tersayang. Die pun semangat bangun awal dari aku sebab sememangnya kitorang dah lama sangat² tak main bowling. Boleh dikatakan, sejak kami kenal dengan dunia paintball, bowling ni dah agak terpinggir dari pandangan kami. Kesian. Jadi dek kerana tanggal 28hb Mac aku ada tournament dengan teman² seopis, maka praktis ini amat perlu untuk aku. Mula dengan 3 game, tapi aku tambah satu lagi untuk aku sorang. Puas hati dapat main 4 game terus. Sampai gigil lutut kesakitan (tanda² dah makin tua agaknya). Sebelum balik, sempat singgah makan dan menyinggah booth yang kami lalu. Kebetulan terpandang orang menjual spec dan contact lens. Alang² dah lalu, sempat la beli 2 kotak untuk simpan buat bekalan. Seterusnya ke kedai komik dan kedai buku Popular. Sambar 2-3 naskah komik kesukaan dan sempat jugak sauk 1-2 novel yang dah lama dijeling² setiap kali ke kedai buku. Balik je rumah, tak sempat tunggu apa². Tarik bantal dari dalam bilik lepas tu terus membongkang depan tv. Tak lama lepas tu, dua² pun lena sampai ke petang.
Komik yang skang tengah diusahakan pengumpulannya
Belakang tu la boothnya..
Bie di samping "silver man"
Sedar dari lena, aku rasa badan lain macam. Sejuk sesangat. Tapi suhu yang aku rasa di tapak tangan panas. Kata hati, "demam ke aku". Tapi aku cuba buat tatau. Tak lepas tu bie tersedar dari tidurnya yang lena. Aku capai tangan die, letakkan ke leher. Muka die sikit terkejut. "Panas kan?". Jadi aku terus isytiharkan diri aku demam. Memandangkan esoknya hari ahad, malas la aku nak ke klinik. Biarkan je, mana tau lepas rehat sehari boleh baik.
*********
21 Mac 2010, AhadKeadaan aku masih sama. Kejap ok, kejap down. Nak pegi klinik pun serba salah. Kebetulan pulak, menjelang tengah hari hujan turun mencurah². Jadi niat nak ke klinik aku pendamkan. Tapi makin petang maki badan aku rasa lemah. Cuba tidur je sebelah petangnya. Tapi semuanya tu tak membantu. Bangun je dari tidur, badan membahang macam baru lepas duduk sebelah pendiangan berjam². Tak tunggu lama, terus aku kejutkan bie ajak ke klinik. Dia mintak tempoh sampai hujan reda. Sebaik reda hujan, terus bersiap dan gegas ke klinik. Sesampai kat klinik, demam kebah! Bila doktor periksa, suhu badan normal. Damn it! Aku ada rasa bengang tapi nak buat macam mana, terima jela apa yang doktor cakap. Tapi bila balik je rumah, demam datang lagi. Sampai ke malam tetap sama keadaannya. Masa tidur, pukul 3-4 pagi aku tersedar. Menggigil macam duduk dalam bath tub penuh ais. Puas aku selimut satu badan, tapi sejuknya makin bertambah. Bie tersedar terus dia tambahkan lagi selimut 2 lapis. Tapi sejuknya tetap sama. Menggigil sampai la aku terlena balik.
*********
22 Mac 2010, IsninPaginya terus ke klinik dengan bie. Nak mintak mc sehari sebab memang badan lemah sangat². Sampai je ke klinik (klinik yang sama), terus doktor check. Dan doktor tu buat muka sengal 8 tingkat. "Your temperature normal je, doktor semalam check pun normal kan? So sepatutnya you tak demam pun", kata dia la. Aku yang menanggung, aku tau la. Dalam hati, S.H.I.T!! Tapi mc tetap dapat, just dia tak letak pun dalam tu demam. Ada aku kisah, yang penting aku nak balik rumah dan tidur! Yerp, aku ada rasa sikit marah masa tu.
*********
23 Mac 2010, SelasaBangun pagi dengan malasnya. Nak pegi keje sebab badan dah rasa kebah sikit. Walaupun sebenarnya ada rasa tak selesa lagi. Siap bertowel, berdiri depan cermin membelek muka (ni tabiat dari dulu sampai sekarang). Tiba² perasan ada bintik² merah kat leher dan dada. Ada yang dah luka bekas digaru, maybe masa tidur tak sedar tergaru. Hati dah berdetak rasa tak best, tapi aku teruskan jugak pegi keje. Sampai opis, makin rasa tak selesa. Die mula gatal². Opismet cadangkan minum air kelapa. Kalau chicken pox, die akan keluar bertambah². Kalau tak jadi apa, ada kemungkinan denggi. Jadi, waktu lunch dengan gagah beraninya aku keluar sorang² mencari. Nasib baik jumpa tak jauh dari opis. Minum sebiji takde kongsi² dengan orang. Lepas 2-3 jam, mula terasa badan makin gatal. Sudah! Naya pulak rasa, merenyam satu badan. Terus inform bie ajak die ke klinik malam nanti.
Balik rumah, tabah je menunggu bie balik. Sebaik je die balik, terus bersiap nak ke klinik (yang sama jugak). Kat klinik, bila bagitau macam kena chicken pox. Doktor tak cakap banyak, terus mintak nak tengok satu badan. Bukak tudung semua nak tunjuk bahagian² yang dah ada bintik merah tu. Confirm! "Sila mc seminggu ye", kata doktor. Terkejut gila aku rasa, tak pernah² merasa mc lama² macam tu. Lepas ambik ubat, singgah farmasi beli ubat yang doktor suruh, terus balik rumah. MIL pesan jangan makan ubat untuk chicken pox tu dulu, biar semua keluar dulu baru makan. Apa signifikannya, aku kurang pasti la. Tapi dah itu nasihatnya, baik ikut je.
Malamnya, aku demam semula. Panas sangat²!
*********
24 Mac 2010, Rabu - 30 Mac 2010, SelasaHari pertama mc. Bintik² bertambah. Muka dah mula penuh dengan bintik² merah. Takut rasanya bila tengok muka sendiri kat cermin. Ngeri. Keadaan makin dasyat hari demi hari. Bintik merah dah mula berubah jadi berair dalamnya. Ngeee, seriau rasanya. Takut nanti kalau pecah. Mula dari muka, merebak ke badan dan seterusnya ke kaki. Abis penuh satu badan. Tidur pun terpaksa berasing sebab takut terkena pulak dekat bie. Die dah penah kena masa kecik dulu, tapi langkah berjaga², tetap jugak asingkan mana yang perlu. Haih, sedih rasa bila kena kuarantin macam tu. Tapi apakan daya, kena la berpantang jugak. Nasib baik ada bie, dia la jadi tukang masak, tukang basuh, tukang sapu ubat, tukang buat air. Semua keje dia kena buat sorang. Baju² aku pun kena asingkan, kena rendam dengan air panas dulu sebelum basuh macam biasa. Kalau la aku tengah bujang ni, mesti terkial² nak buat semua sendiri kan. Tuhan tu maha kaya, DIA bagi aku sakit macam ni masa DIA tau ada yang akan jaga. Terharu saya..
*********
6 April 2010, Hari niKeadaan dah makin baik. Chicken pox tu boleh katakan dah 99% kering. Mungkin ada lagi sket² yang masih lagi dalam keadaan belum pulih sepenuhnya. Tapi so far, kebanyakkannya hanya tinggal parut. Yang paling ketara ofkoz la kat muka ni. Tapi takpela, zaman moden sekarang ni, macam² cara boleh buat nak hilangkan parut² yang ada. Special thanks to my beloved hubby yang susah payah sepanjang seminggu tu. Penat² balik keje pun kena jugak ringankan tulang buat keje kat rumah pulak. Harap² kesakitan yang tuhan bagi ni ada hikmahnya, kita tengok jela nanti kan..
Thanks jugak untuk Puan Syasya yang sudi jual bio-oil second handnya pada aku dengan half price saje. Baru start guna malam tadi kat muka. Mudah²an berkesan la hendaknya.
Nota kaki lapan: Kagum dengan kasih sayang suami. Terima kasih ye tuhan, bagi saya kekasih yang satu ini..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
5 Mak Joyah Bertandang:
wahh bio-oil...ramai cakap bagus...
smg bio-oil itu berkhidmat dgn sebaiknya, mmg mujarab masa aku guna, kulit kembali putih berseri. putih ke? erk!
Kdg dh kering chicken pox tu demam boleh dtg balik. Saya baru je kena
@Hafiz Rahman
Wow! Masih ada komen untuk post yang dah hampir 5 tahun lalu. TQ.. :)
sekarang dah 2024, berapa tahun dah ya?
Post a Comment