Monday, April 19, 2010

Selamat Kembali untuk diri saya..

Ding dong..

Di mana sih harus aku mulain ya. Hurm, ceritanya banyak banget dong. Kalau dikarangin, pasti penuh semua page ini. Ngahahaha, sila ampunkan saya kalau loghat / bahasa Indonesia itu kedengeran sangat hancus! (seminggu je dowh kursus intensif Bahasa Indonesia, mana cukup)



Alhamdulillah, selamat aku pergi dan balik. Kecuakkan dalam kapal terbang dari pergi sampai lah ke hari balik tetap sama. Mula² kapal terbang nak take off, tapak tangan aku kebasahan macam direndam dalam kolam. Huhu. Mujur la aku bukan berseorangan. Bie sentiasa menenangkan aku sebab die paham sangat dengan ketakutan yang aku rasai. Mujur jugak la Joey (adik aku) yang sedikit gila² boleh buat aku lupa sekejap dengan keadaan aku. Tapi, walaupun aku dah 2 kali (pergi - balik) naik kapal terbang. Rasanya ketakutan tu masih tetap ada untuk penerbangan akan datang (aik, ke mana pulak lepas ni?hehehe ). Bukan mudah kan nak menghilangkan apa yang dah memang sebati dalam diri ni.


Konon² macho..


Tenang rasanya..

Sepanjang aku kat sana, banyak yang aku dapat lihat. Banyak yang aku dapat pelajari. Niat bukan semata² untuk shopping je (Bandung memang sinonim sangat dengan shopping kan), tapi juga untuk aku ambik peluang belajar budaya negara orang. Kalau dulu aku hanya rasa tersekat dalam tempurung sendiri. Kali ni aku rasa puas dapat keluar dari kepompong yang selama ni buat aku rasa selesa. Walaupun tak banyak perbezaan sosio-budaya antara Malaysia - Indonesia, tapi jelas perbezaan taraf kehidupan antara kita dan mereka. Kalau kat sini melihat pengemis tu macam satu benda yang sangat menjengkelkan, di sana ia umpama satu kebiasaan, suatu yang memang culture. Kasihan. Memang tersentuh rasaya hati ni setiap kali memandang wajah anak kecil yang datang menadah tangan. Tapi, aku kuatkan hati. Teringat pada anak² bangsa sendiri yang adakalanya terlalu manja dan dimanjakan sampai lupa cara untuk berdikari. Mereka memang patut dibawa ke sana, lihat kesengsaraan orang lain, bersyukur dengan apa yang ada.


Kami hanya mampu memandang..

Yang paling menarik perhatian aku sepanjang aku berliburan kat sana. Keadaan lalu lintasnya. Sangat kelam kabut! Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, tak pernah aku terlihat waima satu pun eksiden sesama kereta, bas, motor mahupun pejalan kaki. Malah pejalan kaki antara pengguna jalanraya yang paling dihormati di sana. Motor yang selaju mana pun akan berhenti, mengelak atau paling tidak slowing down bila nampak ada yang nak melintas jalan. Kita di sini, boleh ke macam tu? Ini menunjukkan betapa bertimbang rasanya mereka sesama pengguna jalanraya. Tapi peraturan jalanraya kat sana umpama tak wujud langsung. Traffic light tu saling tak tumpah umpama batang pokok yang tak berguna. Adalah lebih baik kan kalau peraturan yang ditetapkan diikuti. Tentu keadaannya akan jadi lebih tersusun kan. Manalah tau, satu hari nanti keadaannya akan jadi lebih baik. Wallahua'lam.

Cukup sampai sini la ye. Tak baik kondem negara orang banyak². Saya takut kena saman je nanti, hehe. Niat di hati memang nak buat full update. Rangkuman semua cerita selama 4 hari kat sana. Tapi kekurangan sumber bergambar sebab folder yang dah disimpan tertinggal dalam laptop 'tour guide' kami kat Semenyih ^_^. Insya Allah, ceritanya akan menyusul nanti. Keperluan untuk aku refresh segala memori yang tersimpan dalam kepala ni amat perlu untuk make sure tiada satu pun info berguna yang akan tertinggal. Siapa tau mungkin ada yang memerlukan info aku ni suatu hari nanti kan. Sedangkan aku pun banyak dapat info dari blog orang lain sebelum ke satu² tempat.


Joey yang over excited

Big and million thanks teristimewa untuk 2 orang di bawah ini (ke 3 orang ek?? hehe). Kerana mereka berdua yang merealisasikan impian aku yang satu ini. Tanpa mereka, pasti pengalaman ini tak dapat lagi aku rasai.


You're my heart, you're my soul..


'Tour guide' yang berat hati nak meninggalkan Piput

Sampe ketemu lagi.. :P

Nota kaki lapan: Ada lebih 800 keping gambar yang dapat di'capture'. Agaknya kalau semua aku sumbat, maunya berpinar bijik mata kan. Hehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

5 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

wah...seronoknya bercuti...
naik kapal terbang lg tu... sy xprnah lg naik kapal terbang (sila kasihan) hahahha

k-mie said... Jawab Balik

yes, dan ada org itu kepucatan sbb masa nak landing kat LCCT tu ada air turbulance hahaha..

i.z.m.a said... Jawab Balik

zella: sila try. tak dapat obersi indesi pun jadi la.. pegi kelantan ke, terengganu ke.. hehe

hubby: ye, saya amat kepucatan bila tengok sayap tu terhuyung hayang by the time dah nak touch down.. ngeri ngeeeee....

daela said... Jawab Balik

izma..salam..smart la kulit katak yg awk pakai tu...sy suka...

i.z.m.a said... Jawab Balik

daela: haha, itu bukan saya yang punya.. adik saya tu peminat kulit katak yang tegar.. berkenan ke? nanti saya bleh tanya die nak let go tak yang tu..

Related Posts with Thumbnails