Burpp, kenyang perut ku diisi semaunya tadi. Hehehe. Syukur dengan nikmat yang tuhan berikan. Aku baru balik makan dari Murni Discovery. Kedai makan yang menunya ala² warung William's Corner yang citernya penah aku tempel kat sini dulu. By the way, owner kedua² kedai ni khabarnya adik beradik. Tapi betul ke tidak, aku masih tak pasti la. Belum sempat nak interview. Nanti mungkin bila ada masa terluang, aku cuba buat dokumentari khas la kot untuk diorang dua orang ni. Hahaha.
Idea nak makan kat situ tadi dicetuskan oleh cik adik PA opis aku ni yang khabarnya craving nak makan situ (Murni SS2). Kebetulan bie penah bagitau yang Murni ni dah pindah. Dulu kedainya kat SS2 dan aku penah la 2-3 kali makan kat situ. Memang kedainya sentiasa sesak kalau malam hari. Menunya yang lain dari biasa yang buatkan orang ramai datang entah dari mana mengisi perut semaunya. Jadi, dengan gigihnya aku searching thru the net mencari mana arahnya tempat baru Murni ni. Tapi, kalau dah namanya femes. Kejapan aku dah jumpa. Ramai dah yang buat review pasal restoran ni. Contohnya blogger ini. Berkat kepakaran aku membaca map (sila lempang kerana kepoyooan saya ini), tak sampai baper minit aku dah boleh hafal jalannya. Kebetulan tak jauh sangat pun dari opis aku. Jadi, masa lunch hour tadi sempat ke TTDI menyetelkan urusan bank cik adik PA, lepas tu terus gerak ke Aman Suria.
Interiornya yang sangat jauh beza dengan Murni SS2
(kalau ada sesape penah pegi, mesti paham maksud aku)
Untuk sampai ke sana sangatlah mudah. Kalau ikut LDP (dari arah Sunway) akan jumpa gereja besar sebelah kiri. St Ignatius Catholic Church namanya. Masuk simpang kiri selepas gereja dan jalan terus sampai jumpa roundabout (3 persimpangan). Ambik simpang yang terakhir (pukul 3). Lepas tu terus masuk simpang kanan. Jalan terus sampai jumpa jalan besar. Masuk ke kiri dan cari Old Town White Coffee, masuk simpang tu dan jalan terus sampai hujung then masuk kanan. Cari je kedai yang ada deko buluh². Tunjuk arah ni aku tak sure boleh jumpa ke tak, sebab aku tak ikut jalan ni. Just kopipes apa yang orang tulis.
Nasi goreng ayam pandan = satanem!!
Mee raja = Not bad!
Mango Special & Pink Panther Special = Awesome!! :D
Untuk air tu, sila jangan order large unless anda adalah perut stokin!
Satu lagi jalan dari KL boleh ikut SPRINT menghala ke NKVE. Jalan terus sampai la jumpa simpang flyover ke atas yang last sekali sebelum Tol Damansara. Kat sini terus himpit kiri then masuk simpang kiri. Jalan ni just go stret je lebih kurang 5-10 minit (bergantung kepada kuasa kuda, atau pun kekuatan kuda² kereta anda, hahaha). Sampai la nampak tembok tulis
Atau mungkin untuk menambah kepastian, boleh la refer map yang dah wikimapia susah payah sediakan ini. Nak lagi canggih, kepada pengguna² GPS yang expert di luar sana, boleh la key in coordinat N3 07.130 E101 35.967 ke dalam GPS anda. Oh, kalau saya yang takde GPS boleh sampai. Apatah lagi anda yang hidup serba canggih manggih tu kan.
Nak alamat? Nah ambik!
Murni Discovery
Jalan PJU 1/3B
Sunway Mas Commercial Centre
Petaling Jaya, Selangor
GPS Coordinates: N3 07.130 E101 35.967
Jadi, selamat berjaya!!
Nota kaki lapan: Ada jugak terpikir nak beli GPS tu. Saje nak poyo², padahal tak berjalan ke mana sangat pun :P
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
2 Mak Joyah Bertandang:
wah...bagus la...saya pun selalu mkn kat situ...tapi semenjak kedai uncle tu x bley bukak panjang2kan table lagi..sy dah x pegi...next time sy nk g jugak la..
sila lah.. kedai yang baru ni selesa sket, nak cari parking pun tak susah.
Post a Comment