Monday, December 27, 2010

Felda Residence Hot Spring adalah Besh!!

Ding dong..

Penat semalam masih terasa waktu bangun pagi ni. Sengal sebadan kepenatan berendam sepanjang siang semalam. Tapi kepenatan tu berbaloi dengan ke-happy-an yang aku rasakan. Ditambah dengan mood yang agak stress sebab dah 2 minggu atau lebih tepatnya, dah 12 hari aku bekerja tanpa rehat. Sebabnya last weekend aku kena kerja dalam keadaan rela-terpaksa. Jadi, memang harusla aku dapat weekend getaway macam ni. Lari sikit dari kesibukkan dunia kota untuk menghirup udara segar. Penat makcik ni weh hari² menghirup asap kereta kat KL ni.

Bercerita dengan mukadimah yang panjang lebar, ke mana agaknya destinasi melepaskan diri aku kali ni? Sila rujuk tajuk entry diatas, hehehe. Dan sebenarnya, plan ni boleh dikatakan mengejut. Takde bincang, takde rancang tiba² je jadi. Semuanya sebab mummy (MIL) aku yang tiba² mengajak dan bie pulak dengan cepat je jawab "nak ikut, nak ikut". Belum sempat tanya aku lagi tu. Mujur la memang aku pun takde apa plan sendiri semalam kan. Kalau tak, muncung makcik ni panjang sedepa pulak. But anyhow, kalau pun aku ada hal lain. Aku pun terasa nak cancelkan je sebab aku pun nak sangat rasa rileks di tengah kehijauan. Otak aku adalah penat yang amat sangat this few weeks. Sangat² mengharapkan rehat yang total!

Satu yang tak tahannya kalau follow MIL aku ni berjalan, ialah jadual yang die bagi. Mesti kena gerak seawal pagi yang mungkin. Untuk orang yang malas bangun pagi² buta di hari minggu macam aku ni, bangun pukul 6:30 pagi tu macam satu benda yang mustahil. Bangun tu bukan setakat bangun untuk solat dan lepas tu aku boleh sambung tido. Tapi bangun untuk terus bersiap-siaga mandi² segala. Memang mata ni macam ada gam gajah la die punya lekat kan. Nasib baik la dapat suami yang punctual dan disiplin macam bie. Bila time² camtu, die la 'jam loceng' aku. Hehehehe.

Sebab tu la, selalunya kalau event yang aku sendiri organize dengan kawan². Masa berkumpulnya mesti atas dari pukul 9 pagi. Kurang dari tu, memang jangan harap la nak nampak batang hidung masing². Sure ke laut la semuanya.

Jadi, untuk plan yang ni, MIL aku dah tetapkan jumpa kat r&r Rawang lebih kurang pukul 7:30 pagi (sebab kami gerak dari rumah masing²). "Pukul 7 lepas abah balik dari surau mummy terus gerak, kalau korang nak follow kena sampai ikut time mummy la". Tu dia! Punya la veto keputusan kan. Kalau dah namanya cikgu disiplin, camtu la gayanya. Tapi, sampai je ke hari yang dijanjikan. Kami pulak yang punctual sebab diorang yang lambat atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hahaha, selamat kami kali ni kan. Kalau tak memang manjang je kena bebel sebab selalu lambat.

Dan sudahnya, lebih kurang pukul 8:30 baru diorang sampai. Kitorang siap dah makan nasi lemak ngan kuey tiaw goreng kat r&r tu (sila bangga dengan diri sendiri masa tu kan). Memang lepas tu takde turun² dari kete nak bersalam ke apa, terus je gerak. Kalau boleh nak sampai seawal mungkin sebab takut orang ramai ke apa nanti. Lagipun cadangnya nak balik cepat sebab mana yang keje nak kena keje esoknya.



Perjalanan adalah smooth & easy sangat dengan cuaca yang sangat baik. Tapi matahari agak membahang jugak la. Dan boleh pulak, sun glass bie tercabut skru nya tengah² die nak membetulkan benda alah tu kat muka die. Sudahnya, hamek ko pakai sun glass aku yang gaya ke-mak datin-an. Rugi tak ambik gambar masa tu, hahaha. Kalau tak boleh buat cover album.

Lebih kurang sejam je perjalanan ke tempat yang kami nak tuju tu. Jalannya pun senang sangat. Cuma ikut je PLUS menghala utara, pastu ambik exit Sungkai. Lepas bayar tol ikut kiri dan terus je lebih kurang 10 minit akan nampak simpang masuk ke hot spring tu.

Tempat ni sebenarnya letak dalam kawasan Felda Sg. Klah. Dan hot spring tu pun memang under Felda punya management. So, memang kalau kita nak ke hot spring ni memang lalu la kawasan rumah² peneroka dan ladang² dalam tu. Cuma dinasihatkan, kalau boleh kat dalam tu jangan la drive laju² sangat sebab jalannya sempit sikit dan keadaan jalan yang berselekoh sana sini tu agak bahaya la untuk orang yang tak biasa dengan kawasan tu. Kebetulan jugak masa kitorang on the way nak masuk tu, aku nampak ada satu Exora dah duduk kat dalam kawasan ladang (bawah dari aras jalanraya). Memang tahap terbalik dah la. Tu confirm bawak laju macam jalan tu abah die sorang je bayar roadtax. Sampai boleh tergolek camtu kan. Kalau dah jadi camtu sape yang susah? Korang jugak...

Anyway, kami adalah sangat enjoy lepak kat situ. Dek kerana sampai pun awal, maka nak parking pun senang. Tiket berharga RM10 dewasa, RM8 kanak². Tapi aku ngan bie mengelat, biar abah (FIL) yang pegi beli tiket. Nak jimat duit poket punya pasal kan. Haha, kuang hasam punya anak. Tiket boleh dibeli kat kaunter depan pintu masuk. Lepas beli tiket boleh pilih samada nak parking kat dalam atau parking kat tempat yang disediakan sebelah kaunter tiket tu. Ada la dalam 30 parking bay camtu. Dan kalau datang dengan bas, harap maaf la ye. Memang boleh parking kat luar (dekat kawasan kaunter beli tiket) tu je. Tapi kot ye pun, tak la jauh sangat nak berjalan kaki masuk dalam tu. Dalam lebih kurang 5 minit je. Tu pun berjalan dalam kawasan redup celah² pokok.

Antara aktiviti yang wajib kat situ ialah.. Rendam kaki, rendam badan dalam kolam air panas. Setiap kolam tu pulak ada suhu yang berbeza². Lepas tu satu lagi aktiviti wajib, rebus telur. Tapi rebus telur ni kat spot² yang tertentu jela sebab memang ada kawasan yang memang punca air panas tu keluar. Yang tu kalau ko rendam kaki, 5 minit je masak la daging tu boleh buat sup. Huhuhu. Tak terbayang!



Okeh, satu lagi pesanan dari penaja. Makanan luar tak boleh bawak masuk dalam dekat area kolam. Diorang ada sediakan kawasan dan kat tempat tu je boleh picnic santai bentang tikar dan makan² bekalan yang korang bawak. Tapi pesanan dari aku, bawak je makanan tu sampai ke pondok² yang diorang sediakan. Letak elok². Sebab once orang dah ramai macam semut, diorang tak dapat nak kawal dah pun. Sudahnya orang siap bentang tikar sebelah kolam² die tu je. Dah bayar RM10 lagi mau bising² ka?



Owh, lupa nak citer. Kat sini jugak diorang ada sediakan pool yang besar (bukan air panas) yang siap ada gelongsor. Seumur hidup aku, ini la kali pertama aku nak gelongsor kat pool camtu. Kali pertama cuak, dah rasa sekali nak naik berkali² terus. Hahaha. Sanggup tu berebut ngan budak kecik nak naik punya pasal. Nasib la ko budak, ni mak budak pun sama nak naik jugak!



Overall, weekend getaway ini adalah sangat best. Dan nanti ada senang nak plan datang sini lagi. Kalau nak pegi, sila makesure sampai kat situ seawal yang mungkin sebab takut orang ramai sangat nanti dah tak syok. Lagipun kawasan kolam yang bukan air panas tu terbuka sangat. So, bila matahari dah naik. Memang takde ampun la die punya panas. Boleh sunburn kulit² yang gebu itew~! :P



Nota kaki lapan: Tahniah untuk pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan 3-0 korang semalam. Tak sia² aku kensel program nak tengok wayang malam tadi. Game korang adalah best!



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails