Ding dong..
Pergh.. Lama jugak aku biarkan blog ni bersawang kan. Ingat nak biarkan sebulan tak berisi, tapi macam kesian pulak. Dah alang² malam ni dapat pelepasan dari Incik Bie tersayang, taknak masak sebab aku nak makan piza jela. So, boleh la rileks sket update blog sambil tengok tv sementara tunggu Incik Bie balik keje. Tapi bukan la bersantai sangat pun, baju ada 2 baldi menunggu nak dibasuh. Stok² basuhan tangan yang tak sampai rasanya hati ni nak campak ke dalam mesin basuh. Biar la semalas mana pun aku rasa, aku tetap akan cuba basuh manually.
Lately, aku adalah sangat busy kat tempat keje. Bukan la busy mengejar dateline ke apa. Tapi buat masa ni tugas² yang aku dapat lebih kepada keje² aku tak boleh duduk diam setempat. Kejap ke hulu, kejap ke hilir. Nak duduk online YM atau FB pun payah aku rasa. Tambah pulak sekarang aku belum ada work station sendiri (yang aku tak tau bila baru boleh dapat). Jadi sekarang lebih banyak duduk menumpang kat kat pc dalam student lab. Kalau ada peluang, dapat la aku duduk mengadap pc dalam bilik kaunter (bukan kaunter makanan okey). Tapi ruang tu adalah open concept. So, takde privacy la nak lepak² sangat. Pc yang ada pulak sape² pun boleh guna (staff la maksudnya). So, takleh la nak buat macam harta sendiri.
Lagi merumitkan keadaan, sekarang ada colleague dari building lain pindah ke building aku sekarang (which is building tempat die sudah shutdown, khabarnya nak buat multilevel city campus). Dek kerana dia ialah senior, maka aku yang junior ni kena la menghormati dan bagi laluan kat die kalau die nak duduk dalam kaunter tu guna pc. Walaupun aku nampak die boleh bantai main online game kat situ. Hampagas sungguh! Nak marah, tak berani pulak saya ni kan. Kang tak pasal² kena chop melawan tokey kan. Jadi, gasak kamu la kat situ nak main game sampai terbalik dunia sekali pun. Jangan dia kacau aku sudah.
Dan atas dasar protes yang meninggi, hari ni aku angkut laptop aku ke opis. Senang sket aku nak buat apa pun & kat mana pun aku nak online. Yang lagi syok, ada wi-fi foc untuk kegunaan dalam kawasan kampus. Sangat best la kan, jimat sket bandwith berokben aku. Jadi la aku macam gaya-hebat-terlebih-seorang-system-engineer. Usung laptop ke hulu ke hulir. Memang stok usung main kepit je, tak sempat dah nak masuk² beg. Feeling macam student pun ada jugak. Hahaha. Pedulik la kan, yang penting aku boleh online & surfing kat mana² aku nak tanpa perlu ada rasa risau kalau² aku mengganggu keje orang lain.
Wah, cukup la sudah citer pasal hal kat tempat keje. Kalau nak citer semua, maunya aku buat marathon entry nanti jadinya. But for now, apa yang bagusnya, aku belum ada rasa nak complaint pasal keje sekarang. Berbeza dengan keje² sebelum ni, ada je yang aku rasa tak puas hati. Dari hari pertama pun Incik Bie dah terpaksa mendengar keluhan dan rintihan hati aku kan. Tak puas hati ini, tak puas hati itu. Tak suka orang ini, tak suka orang itu. Tapi sekarang, balik keje kepala kosong. Tak payah pikir pasal keje sampai ke rumah, I loike!
Tapi... Dalam kesibukkan menghadapi keje dan kehidupan biasa aku sepanjang hari ni. Aku disampaikan berita sedih dari Incik Bie. Pulangnya salah seorang aki (atuk) saudara dia petang tadi ke rahmatullah, Aki Ngah. Baru je 2 hari lepas kami satu family jumpa arwah masa kenduri kawen anaknya kat kampung. Innalillah.. Tak sangka rupanya itulah kali terakhir kami semua berjumpa dalam hayatnya. Dan yang paling syahdu, rata² tamu yang datang masa kenduri tu terus jumpa dia kat dapur yang sememangnya memang dah tak larat nak ke sana ke mari. Semua yang bersalam pun sempat berpelukkan seolah² tau itu antara perjumpaan mereka yang terakhir. Aku sendiri pun yang selama ni tak pernah bersalam dengan arwah, boleh tergerak hati nak bersalam dengan die. Siap cium tangan. Ni la kuasa tuhan yang menggerakkan hati kita dengan apa pun tindakan kita.
Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Moga roh arwah Aki Ngah ditempatkan di kalangan umat²-NYA yang diredhai. Kita yang hidup ni, teruskan perjuangan. Sentiasa la kita kejar keredhaan Allah sebelum 'loan nyawa' atas diri kita ni ditarik balik. Perbaiki apa yang buruk, lengkapkan apa yang kurang, buangkan apa yang tak betul..
Cukup sampai sini rasanya. Moga hidup kita semua beroleh keberkatan. Teruskan kehidupan, teruskan perjuangan. Sentiasa kita ingat, 'hidup ini umpama mimpi, mati itu PASTI'..
Nota kaki lapan: Apapun yang datang, selagi nyawa masih di badan, hidup harus terus!
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment