Wednesday, November 03, 2010

Tukar angin lagi

Ding dong..

Pagi semua! Sesungguhnya pagi ni memang pagi yang amat indah sebab kedatangan ke opis hari ni disambut kicauan burung dan suasana redup kampus yang nyaman. Sejuk je rasanya mata memandang persekitaran yang penuh hijau di sana sini. Segar mata yang pada awalnya mengantuk semacam. Berbeza sangat rasanya dari keadaan semalam.

By the way, buat yang tak tau. Hari ni aku beralih angin lagi. Kalau dulu aku kat kampus PJ, hari ni aku diterbangkan ke kampus Setapak pulak. Berakhir sudah hari² aku yang berlalu kat PJ, bumi yang penuh jammed, traffic light dan kete sana sini. Yang paling penting, aku dah pasti tempat aku yang sebenar kat mana. Sebab masa kat PJ, aku ni ibarat dicampak ke sana sini. Meja sendiri takde, cubical jauh sekali. Tapi berkat sebulan bersabar, akhirnya aku dapat jugak kata putus dari big boss. Tu yang dicampak ke Setapak pulak. Tapi kali ni confirm la base kat sini.

Alhamdulillah, syukur jugak sebenarnya dapat tukar ke sini. At least, tahun depan bila aku pindah masuk rumah baru, jarak tempat keje dengan rumah tak sejauh mana. Yang penting, sepanjang jalan yang aku bakal guna dari rumah baru ke tempat keje, tak jammed! Yeay!! Penat dah bertahun² meredah jam kat area PJ yang aku rasa macam dah tak boleh nak elak langsung. Nak speeding 80km/j pun payah la orang kata.

Satu lagi yang best, kat sini kawasan kampusnya lapang. Bukan lagi bangunan di celah² kawasan perindustrian yang banyak kilang. Nak parking pun senang, nak keluar masuk pun senang. Sini baru la boleh dikatakan suasana universiti yang sebenar kan.

Tapi, bila kawasannya dah terlalu lapang. Aku rasa seram la jugak andaikata kena stayback balik lambat. Sebab kat sini nak dengar suara manusia pun macam payah. Sunyi sepi! Harap² takde la aku kena stayback balik malam² buta kat sini. Kalau kena jugak, maunya aku tarik je student mana² mintak temankan kat sebelah, hahaha. Ye, aku memang manusia yang sangat penakut. Sebab tu aku ni tak pernah keluar malam sorang². Sebab kepala otak aku ni gemar sangat membayangkan yang bukan². Salahkan segala mak nenek citer seram yang berlambak sekarang ni. Hehehe.

Tu baru citer pasal environment la. Belum masuk bab keje dan workload. Setakat entry ni ditulis, aku belum dapat apa² task lagi. Tunggu la bos kecik ni nanti bagi keje ke apa. Baru la aku tau dunia aku kat sini nanti kelam ke terang.. :P

Nota kaki lapan: Pc yang ada tak boleh on, sib baik bawak lappy. Kalau tak, mati kutu aku!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

hari ni ko goyang kaki je. alaaa esok² membangunla kat situ.

i.z.m.a said... Jawab Balik

tak baper goyang sangat pun. kena mengemas meja sendiri, format pc sendiri. sini takde abamon, akulah abamon tu.. oo, sini dah 30 tahun macam ni. tapi JJ 5 minit dah sampai.. :)

rina said... Jawab Balik

huhu mmg sepelaung je jj tu dr sana.. kalau nak lain sket, leh pegi wangsa walk.. huu sonoknye, kalau la aku yg keja kat sana.. mmg tak pening kepala hal traffic jam

i.z.m.a said... Jawab Balik

@rina

siap rasa macam nak singgah JJ balik keje ni kang cari pokok hijau :P

Related Posts with Thumbnails