Thursday, July 09, 2009

Kesiannye....

Sadis sungguh melihatkan keadaan handbag ku ini. Walaupun bukan dari jenama yang mahal² dan hebat², beliau telah berjasa selama hampir setahun bersamaku. Beliau dibeli di gedung beli dan belah Jusco One Utama semasa JCard Day tahun lalu. Aku masih ingat macam mana sesaknya keadaan masa tu. Dalam kepayahan, berjaya jugak aku mencapainya dari celahan manusia² lembut yang tiba² menjadi rakus dek amukan gile shopping yang melampau. Namun apakan daya, mungkin khidmatmu padaku bakal berakhir tidak lama lagi. Dan kau akan kutempatkan bersama dengan rakan² seperjuanganmu yang pernah berkhidmat padaku.



Hurmm.. mungkinkah wajar aku mencari penggantimu secepat boleh? Teman seperjuanganmu yang satu lagi ada tersimpan dalam almari kat rumah. Tapi rasa sangat poyo memakainya kerana keadaannya yang membuatkan aku terasa glamor sangat. Piere Cardin itu hanya akan ku pakai ke majlis kenduri kawen je, teruknya aku kan. Tersimpan sampai berhabuk agaknya. Kalau la pemberinya tau keadaan itu, pasti dia akan berkecil hati. Sorry mummy, bukan tak menghargai. Tapi aku berasa amat segan untuk memakainya ke sana ke mari. Takpela, keputusannya akan kucapai jugak nanti. Patah tumbuh, hilang berganti. Aku yakin satu hari nanti terpaksa jugak aku buang semua yang 'patah' itu.

Till my next post.. bye bye bye..

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Zuraimah Ismail said... Jawab Balik

salam lawatan balas..:)
alahai...kesiannya handbag tu...itu lah dia kan..apa2 pun di dunia ni ada tarikh tamatnya....kite pun nanti akan bertemu tarikh tersebut..cuma x tau bila..

ape lagi..j card day midvalley is coming over...redah la lagi...;)

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha.. insya allah akan diganti jugak akhirnya.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan. hehehehe.. mungkin dah sampai masa untuknya di'resign'kan.. :P

Related Posts with Thumbnails