Wednesday, December 30, 2009

Sudah mula jatuh hati

Semakin nak meninggalkan usia remaja ni, tiba² pulak aku jadi tambah terpikat dengan series² yang berunsurkan dunia remaja sekarang. Kuang kuang kuang!! Gaya macam nak kembali ke zaman remaja gitu kan. Apakan daya, masa yang berlalu tetap akan berlalu. Yang lepas tetap tinggal sejarah. Yang dapat kite buat hanya satu, iaitu mengenangnya dan terus mengenang. Yang indah buat kite tersenyum, yang pahit pun kadang boleh buat kite tersenyum. Hehehe.

Berbalik pada citer perihal series² yang aku cakap tadi. Sebenarnya bukan apa sangat pun. Aku perasan sejak dua menjak ni, aku macam dah terlekat dengan series² drama tv macam Gossip Girl (xoxo :P), Beverly Hills, One Tree Hills, Tari Tirana dan tah apa tajuk lagi tah. Tv series yang kalau dulu aku malas nak layan pun sebab ceritanya yang ala geli² camtu. Tapi sekarang ni entah kenapa aku dah jadi rajin pulak nak follow series yang tak membina minda ni. Pengaruhnya sampai tahap aku boleh risau semalam balik lambat dari shopping. Nak membeli seluar pun mata asyik tengok jam. Takut terlepas satu episod. Maybe sebab bila tengok citer² tu, aku rasa muda kembali kot. Hahaaha. Tapi aku takde la tua sangat pun. Ada 4 tahun lagi sebelum bertukar ke satu fasa umur yang lain (oh god, bukan lama sangat pun 4 tahun tu!).



Takpela, takyah dirisaukan. 4 tahun tu pun belum pasti lagi perjalanannya kan. Jadi, just enjoy my life while i have it. Semalam adalah sejarah, hari ni adalah pasti, esok belum tentu lagi. So, takyah la dipikirkan sangat apa yang akan berlaku esok. Baik fokuskan dengan apa yang ada hari ni. Anggap je perubahan selera kepada tv² series tu hanya sekadar perubahan minat sebab sekarang dah banyak masa nak menempek depan tv berbanding dulu. Maksud aku, sebelum kawen komitmennya lain (nak layan sms, layan call, bercintan cintun). Tapi sejak lepas kawen ni, sambil borak pun depan tv, makan pun depan tv, kadang² tido pun depan tv. So tak hairan la kalau sekarang ni boleh bagi komitmen kat tv pulak kan, hehe. Harap² aku tak la addicted sangat sampai tahap macam orang² yang addicted pada Nur Kasih (contoh dah ramai sangat depan mata, hehe). Sampai sanggup skip semua aktiviti semata² sebab nak tunggu siaran Nur Kasih tu, ish ish ish..

Tapi macam manapun, segala tv series setakat ni belum mampu melawan minat aku pada series yang lebih dewasa coraknya. Criminal Mind, CSI, Bones, Burn Notice, Chuck, Lie To me, NCIS dan macam² lagi la. Kalau series yang ni, aku sanggup duduk tak bergerak depan tv sebab nak menanti sampai ke penghabisan. Tapi ada la orang tu, setiap kali series ni tengah on air, die mesti teman aku. Tapi teman dengan krooh krooh jela. Hehehe, kesimpulannya memang aku tengok sorang la sebenarnya.





Nota kaki lapan: Rumah aku takde astro, jadi takde istilah siaran ulangan untuk aku. Payah² sangat aku mintak bie download je..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

5 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

adoi...
xle tido klu xtgk gossip girl ahaks!

..nOj.. said... Jawab Balik

nanti bile dh masuk fasa ade anak, tgk cite katun balik... kembali ke fasa budak2 dulu... huhuh

grounded said... Jawab Balik

aku sekarang addicted dengan movie TV2..tak kira la citer ape mesti layan gak...sian mataku ini...

i.z.m.a said... Jawab Balik

zella: tu kira parah dah tu, sampai xleh tido..

noj: skang pun fasa tu dah bermula.. kalau ada je movie katun, layann.. balik kampung pun kena adap channel disney, tertekan ai!!

grounded: movie tiap hari rabu tu ke? ada gak sangkut sekali sekala.. tambah best lak movie yang kuar skang..

k-mie said... Jawab Balik

why do I need to stay back in office arrrgghhhh!!! (finding-other-job mode on)

tgk russell peters ah best. Chuck takde kat tv3/8tv, kena tgk astro gak. takpe, dolod jek. hua hua hua..

Related Posts with Thumbnails