Tuesday, November 03, 2009

Merapu meraban melalut

Pertama sekali, ini mungkin satu entry yang panjang dan bosan atau mungkin mengarut. Jadi kepada sesiapa yang tak berminat, kurang suka atau tak berape gemar menghabiskan masa mereka untuk membaca sesuatu yang mungkin di akhir nanti akan merasa ini sesuatu yang membosankan, please back off!



Kalau diikuti dari entry sebelum ini. Ye, aku baru saja pulang dari trip, team building dan annual dinner yang diadakan serentak hujung minggu lepas. Perjalanan hidup 3 hari 2 malam di sana memberi aku banyak pengalaman yang berguna dan juga yang tak berguna. Semuanya bercampur baur. Tidak, aku bukan tak suka dengan pengisian team building tu. Aku memang suka. Bahkan, aku memang suka mengikuti program² yang melibatkan ramai orang macam team building ni. Sejak dari bangku sekolah lagi, boleh dikatakan setiap tahun aku akan join apa saje kem motivasi mahupun seminar yang aku rasakan menarik untuk aku sertai. Sebab aku tau, dengan cara begini la aku boleh belajar untuk bergaul dan membina sahsiah diri. Dan kerana aktiviti dan seminar yang pernah aku sertai dulu, maka terhasilah aku sekarang ni. Seorang yang sangat berdikari dan pandai bawak diri. Tidak, aku sama sekali bukan bermaksud nak memuji diri sendiri. Semua ni hanyalah sesuatu yang lahir dari segala pengalaman yang aku lalui sebelum ni.

Sepanjang 3 hari kat sana, banyak yang aku pelajari. Dari segi pekerjaan, pergaulan dan yang paling penting, tanpa sesiapa sedar, diri mereka aku perhatikan. Satu demi satu. Dengan cara itulah, aku dapat lihat bayangan sebenar seseorang yang mungkin selama mengenali mereka ianya terselindung di sebalik senyum manis dan lembut budi bahasa. Di sana terserlah siapa kental dan siapa fragile. Kadang² tanpa mereka sedar juga kekuatan yang terselindung dalam diri yang lembut terserlah nyata. Kekuatan yang kalau di kala biasa mereka selindungkan, atau mungkin mereka sendiri tak pernah sedar mereka punya kekuatan seperti itu. Aku? Entah la, sukar untuk ditafsirkan. Perasaan aku di sana bercampur baur. Kadang suka, kadang tidak. Kadang gembira, kadang tidak. Kadang bosan, kadang tidak.

Yang pasti, aku rindukan dia! Dia yang selama ni adalah kawan, sahabat dan segalanya bagi aku. Teman aku yang paling akrab. Dia yang paling memahami aku. Dia siapa? Semestinya kekasih, tunang dan suami aku yang tersayang. 3 hari tanpa dia di sana, aku kosong! Tidak, bukan aku tak mampu berdikari tanpa dia. Cuma, tanpa seseorang yang memahami di sisi. Aku rasa tempang! Sedemikian ramai di sekeliling aku, tapi malang tiada satu pun yang boleh aku panggil sahabat! Sahabat bagi aku definasinya sangat sukar dimengerti, kriterianya sangat susah dipenuhi. Sangat payah mencari walaupun satu (jangan kecil hati kawan² ku). Mungkin atas sebab inilah aku rasa sedikit jauh di sana. Tapi aku peduli apa, ini prinsip aku. Kalau aku tak suka, aku takkan berpura² sukakan mereka. Tak suka bukan bermaksud benci kan? Aku bukan pretender, aku bukan ass-kisser.

Ohh, pasti ada yang tak percaya. Sepanjang 3 hari kat sana, aku yang suka snap sana sini ni langsung tak bernafsu untuk mengeluarkan kamera. Kenapa? Inilah jadinya kalau sedari awal hati memang dah takde, jiwa memang dah taknak ke sana. Walhal, bukan main banyak perkara yang menarik untuk aku shoot sana sini. Banyak sebab sebenarnya. Mungkin persekitaran, mungkin juga apa saje. Biarlah aku sorang je yang simpan semua sebab² tu.

Namun aku bersyukur, banyak yang aku pelajari di sana. Yang baik mahupun yang buruk. Dalam training mahupun luar dari ruang lingkup training yang aku lalui. Kata orang, 'don't judge a book by it's cover'. Tapi kadangkala, cover yang buruk memang seburuk isinya juga. Dan cover yang cantik tidak secantik isinya. Atau mungkin juga sebaliknya. Putih kulit mungkin tak seputih isinya. Hitam kulit mungkin juga sehitam hatinya. Kepada yang hitam hatinya tu, aku cuma mampu mendoakan dari jauh, moga tuhan jernihkan kembali hati mereka yang hitam. Kepada yang suci murni hatinya, tetap juga aku doakan moga tuhan pelihara kesucian hati itu. Walau aku sedih melihat, namun aku hanya mampu melihat. Walau aku kecewa memandang, namun aku tetap hanya mampu memandang. Biarlah mereka sedar dengan sendirinya sebab aku tau mereka tak mungkin mahu mendengar apa yang akan aku nasihatkan. Mereka tak mungkin mahu menerima apa yang aku cakapkan. Jadi lebih baik aku diam dan terus SHUT UP!

Note: Tiada apa editing seperti biasa. Kan aku dah cakap entry ni bosan, entry ni merapu, entry ni melalut. Jadi jangan salahkan aku kalau terasa takde apa yang boleh difahami dari entry ni. Sebab ini adalah sesuatu yang sangat peribadi. Hanya mereka yang tertentu akan faham..

Baca dengan akal, tafsir dengan hati, fikir dengan waras. Insya-Allah, di hujungnya nanti akan datang kefahaman dan keinsafan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

hrm....musykil ni....
pemberita sudah merajuk hati nih!...
hrm....

k-mie said... Jawab Balik

yes, was waiting for you to come back. had no one to talk to in car (and in bed), hehe.

in regards to sahabat section. sahabat means u jump, i jump. u eat shit, i eat shit also. a true sahabat will defend each other, although he/she knows the other person is at wrong. you may correct each other, but usually these kind of things are done at the back as not to cause humiliation (save face maa..)

all in all, it goes back to how you guide your sahabat. if he jumps and you jumps, you are a true but stupid sahabat. if he jumps, you advise him and jump also, you are a true, loyal sahabat. but if he jumps, you pull him out and scold him, you are one truly useful sahabat.

so which one are you? (asking generally)

Precious said... Jawab Balik

Alaaahhh .. cian die. Rindu dendam gitu sekali hingga x derk mood nak buat kawan or lawan ... cian cian. Tp dah balik kan! Getting back together gether mesti sweet, kannnn. Kannnz?

i.z.m.a said... Jawab Balik

ch@ : mana ada merajuk.. tengok template pon tukar nak kasi mood mari punya pasal!

hubby : i know u r waiting for me day n nite.. that's why la my heart really cannot tahan!! hahaha..

precious : bukan la sampai takmo langsung cari kawan, tapi yang ada tu semuanya takat 'kawan'je... takpela, dah berlalu pon.. yang penting skang dah together2 again, besh!! :P

Related Posts with Thumbnails