Tuesday, November 17, 2009

Lambaian Haji

Pagi ni tepat 7:30, selamat sudah abah, mummy dan mak tam berlepas ke tanah suci Mekah. Jadual penerbangan yang sepatutnya dijadualkan jam 1 pagi tertunda dan mereka terpaksa bermalam dulu di Pan Pacific, KLIA. Mungkin atas faktor cuaca agaknya, maka penerbangan terpaksa ditunda. Dan hingga ketika entry ini ditaip, mereka masih lagi dalam penerbangan yang memakan masa 8 jam!! Sama dengan opis hour aku di sini. Alangkah kejangnya rasa duduk lama² begitu kan. Tapi demi mengejar rahmat, apalah sangat dengan 8 jam tu.

Semalam, sebelum berangkat sempat kami satu family berkumpul beramai². Ramai jugak kalangan kawan² mummy dan abah yang datang untuk berjumpa kali terakhir sebelum kami semua bergerak ke Kelana Jaya. Hujan sepanjang hari sikit pun tak menghalang niat mereka yang mahu sama² berkongsi kegembiraan. Namun dalam pada rasa gembira itu dah pasti ada jugak rasa sebak di dada. Tiap kali ada yang sampai dan bersalaman, pasti air mata akan gugur juga. Terharu jugak rasa hati ni setiap kali terpandangkan situasi tu, tapi aku tahankan. Aku tabahkan saje hati ni.



Sebaik saje semua yang di tunggu tiba, kami pun mula bersiap² untuk bertolak ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Suasana pilu memenuhi ruang petang yang suram dengan hujan yang masih belum mahu berhenti. Saudara mara dan kawan² yang tak dapat ikut bersama saling bersalaman dengan abah, mummy dan mak tam. Aku pun ada terasa sebak masa terdengarkan azan dilaungkan imam yang turut serta petang tu. Walaupun aku hanya mendengar dari dalam rumah, tapi azan yang dilaungkan terasa begitu menusuk dada (sebak ye, bukan panas!). Terasa macam tak sanggup pulak nak melihat mereka bersalam kali terakhir. Takut² kalau aku tak mampu menahan rasa sebak di dada. Selesai hal di dalam rumah, kami pun keluar. Aku lihat air mata adik dah mula menitis laju. Ah, anak bongsu. Walau sekental mana hati lelakinya, akhirnya tewas juga. Selesai berpamitan dengan yang lain, kami semua berangkat ke Kelana Jaya lebih kurang pukul 6 petang. Keadaan hujan yang renyai² sepanjang jalan ditambah lagi waktu kami gunakan itu adalah sama dengan waktu orang lain pulang bekerja amat menduga perasaan. Mujur aku dan bie dah biasa dengan jalan di sekitar area PJ ni. Jadi tak hairanlah kalau kami yang pertama sampai walaupun kami yang terakhir meninggalkan rumah.



Sampai Kompleks Tabung Haji sebaik saje azan magrhib berkumandang. Mencari tempat yang sesuai untuk berteduh sambil menunggu yang lain sampai. Orang ramai dah mula memenuhi ruang legar Kompleks Tabung Haji. Seorang demi seorang ahli keluarga dan saudara mara sampai dan kami berkumpul berhampiran dengan kumpulan jemaah haji yang sama group dengan abah dan mummy. Sambil menantikan sebarang pengumuman untuk check-in, sempat la kami semua berkumpul lagi untuk kali terakhir sebelum mereka berangkat.



Lama jugak menunggu. Almost 3 hours! Pengumuman dari petugas haji menamatkan penantian. Alhamdulillah, sampai juga masanya. Dari corong² speaker berkumandang "labbaikallah hummalabbaik labbaikallah syarikala kalabbait" (abaikan ejaan yang tak betul kalau ada). Dan bermula jugalah drama air mata. Bersalaman, berpelukkan. Aku menahan sebak dengan sedaya mungkin, tapi ada juga yang gugur. Sebak bercampur gembira. Lebih sebak hati ni bila melihatkan air mata bie yang turut sama menitis. Takpela sayang, biarkan mereka pergi dengan aman. Aku faham perasaannya sebab aku pernah lalui situasi yang sama masa mak dan ayah umrah dulu. Mungkin agak berlainan suasananya, tapi perpisahan itu tetap sama. Aku berusaha menahan air mata sebab aku tak mau memberatkan hati mereka. Insya-Allah, panjang umur murah rezeki nanti kite jumpa lagi sebulan dari sekarang.

Aku doakan semoga mereka sejahtera di sana. Moga mereka dilindungi Allah s.w.t dan sentiasa dilimpahi rahmat serta dapat mengerjakan ibadah haji dengan aman tanpa sebarang kesukaran. Aminn..

Nota kaki lapan: Ye, update ini sedikit baku, itu aku tau..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

6 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

sambil update sambil menitik air mata.....:) aku membaca pun bergenang air mata :p

i.z.m.a said... Jawab Balik

eh, mana ada menitik air mata la.. habuk tah terbang dari mana masuk dalam mata kot.. :P

naDia said... Jawab Balik

aku bace pun rase sebak..hurm..semoga sume selamat..dpt haji mabrur..amin

k-mie said... Jawab Balik

demm, air mata kuar jgk. dah la kat ofis. cover2, lap cepat2..

i.z.m.a said... Jawab Balik

entry ni bukan bertujuan mengusik hati sesiapa atau menagih simpati siapa jugak. tapi mungkin sebab ditulis dalam emosi yang sangat dalam, jadi ayat2nya sedikit menyentuh hati.. mungkinlah kan..

Pija Madzlan said... Jawab Balik

Mm..ni out of topic, Izman bolehkah tolong email saya untuk belian komputer tu?? tenkiu...

sitisifir10@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails