Kembara kali ini telah dirancang sejak beberapa minggu yang lalu. Melibatkan ahli mesyuarat tingkapnya iaitu aku dan Rina. Semua ini terjadi berkat hasil usaha aku dan bie mempengaruhi mereka² ini melalui
entry aku yang lalu tentang ikan bakar Muara Sungai Duyung. Huhuhu, ternyata
blog memang boleh memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Setelah perancangan rapi dibuat
(rapi la jugak kalau dah siap susun agenda² aktiviti kat sana). Selalunya kan aktiviti akan diputuskan kemudian. Tapi kali ni kami ambik jalan yang proper (walaupun sebenarnya ini kali pertama kami trip bersama beramai²).
Tujuan utama kembara ini cuma satu, menyantap ikan bakar di Muara Sungai Duyung. Dan kemudiannya ditambah dengan agenda² tambahan yang lain. Alang dah ke Melaka, biar kite jelajah semuanya, tak gitu?!! Jadi pada Sabtu lepas, bermulalah perjalanan kami berenam ke negeri Melaka bersejarah. Aku dan bie gerak lebih awal dari Semenyih. Cadangnya nak gerak seawal pukul 9:30 pagi. Tapi harapan hanya tinggal angan². Perjalanan kami hanya dapat dimulakan sejam lebih lewat dari yang dirancangkan. Tapi takpe, sebab hal tempat tinggal dah diuruskan lebih awal. Di Melaka, kami menginap di
homestay Jafmanurin's. Apartment 3 bilik yang terletak dalam kawasan MITC, sangat strategik untuk rombongan berkeluarga macam kami. Selesa dan berpatutan
(iklan free ni, hehehe).
Kami berdua sampai ke Melaka tepat pukul 1 tengah hari. Sementara menantikan ahli rombongan yang lain tiba, sempat la merehatkan badan yang penat berjalan jauh. Selepas sejam menunggu, akhirnya yang dinanti telah pun tiba. Masing duduk dulu menghilangkan segala lenguh kaki dan badan. Fatin menjadi keutamaan sudah semestinya. Sementara berehat², perut Fatin terlebih dahulu diisikan. Kalau tak nanti meragam, lagi susah kata Rina. Siap bersolat dan berehat ala kadar, kami semua memulakan perjalanan. Destinasi pertama, Mc Donalds Ayer Keroh. Perut yang kosong perlu diisi, tapi bukan la makan sampai betul² kenyang.
Space untuk aktiviti malam tetap diutamakan, hahaha. Untuk memastikan keadaan perut sentiasa dalam keadaan sedia menerima makanan malam nanti, jangan bagi ruang untuk sedikit pun angin masuk. Kalau tak nanti rugi banyak sangat angin. Hehehehe..
Selesai mengisi perut, kami terus ke Banda Hilir menunaikan hajat seseorang nak ke Jonker Street. Dan kalau dah ke sana tak sah kalau tak kena semangkuk cendol dan
shopping. Tapi aku takdela ber
shopping sangat. Lebih kepada
window shopping je rasanya. Budget untuk ber
shopping di sini tiada dalam peruntukkan, hehehe. Peruntukkan lebih tertumpu kepada makan² dan jalan². Nadiah a.k.a Namo adalah orang yang paling
excited nak ke situ. Jadi kami bagi dia peluang nak menikmati segala² yang die nak. Letih berjalan dari hujung ke hujung, kami pun berenti membasahkan tekak dengan cendol dan
ice kacang. Yummi, memang sangat² sedap dan
perfect. Ditambah dengan cuaca yang sedikit panas. Maka cendol itu benar² memberi kelegaan tahap maksimum!! Pelbagai cendol sedia untuk dipilih, dan aku bermula dengan cendol biasa. Tapi sempat juga memcuri rasa
mango ice kacang dari Rina. Yumm yummm, memang sangat sedap!! Yang paling memikat adalah gula Melakanya yang pekat dan likat. Sedap hingga menjilat sudu!! Hahahaha. Jadi kalau ada yang teringin nak merasa keenakkan cendol² ni, singgah la ke
jonker88. Tak susah pun nak kenal kedai yang mana 1, sebab kedai ni je yang orang beratur sampai ke luar nak beli cendol punya pasal. Termasuklah kami, ehehehe..
Selesai menyantap cendol yang lazat itu, kami teruskan perjalanan kami ke destinasi utama kami. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Ini merupakan kali kedua untuk aku dan bie, kali ke beberapa untuk Rina dan Azhar, dan kali pertama untuk Namo. Jadi, tentunya dapat diagak siapakah antara kami yang paling teruja kan?? Hehehe, aku pun teruja jugak. Sebab kali pertama dulu aku dan bie tak dapat nak menikmati segala hidangan yang kami pilih kerana terlalu senak dan padat perut kami masa tu. Akibat dari kesilapan aku ambik makanan lebih dari yang sepatutnya. Jadi belajar dari pengalaman, kali ni aku ambik seminima yang mungkin. Nak pastikan kami semua dapat merasa keenakkan makanan² tersebut. Dan ternyata, dari riak setiap wajah mereka semua, aku tau mereka sangat² berpuas hati.
Thanks to Rina dan Namo yang sama² membantu masa memilih ikan dan
seafood yang lain. Harap aku sorang, memang boleh hilang fokus. Semuanya nampak sedap. Apa yang penting masa ni ialah, fokus kepada tujuan sebenar. Makan untuk menikmati, bukan untuk dibazirkan. Hehehe, tu ayat Namo.
Jadi inilah yang menjadi pilihan kami kaum² ibu pada malam itu, hehehehe.
♣ Sotong - Goreng tepung, 3 ekor besar
♣ Ketam - Masak cili, 3 ekor
♣ Udang - Masak butter, 300g
♣ Pepahat - Masak halia, 300g
♣ Kupang - Sweet Sour, 500g
♣ Ikan Siakap - Bakar berlada, tak ingat berapa gram
♣ Ikan Kembung - Bakar kosong, sekor (untuk Fatin)
♣ Otak-otak - 10 pcs
♣ Nasi lemak - 3 bungkus
♣ Tauhu bakar - 1 set
♣ Air buah - 2 jug
Dan semua tersebut diatas hanya menelan RM135
(kalau tak silap, sebab kaum² bapa yang pegi bayar).
Which is pada aku boleh dikira murah berbanding tempat lain, Alai atau Umbai. Selain daripada murah, kepuasan itu yang kami semua titik beratkan. Kalau murah tapi rasanya hampeh pun, buat apa kan?!! Jadi, secara keseluruhannya, misi kami untuk hari tersebut tercapai dan memenuhi objektif yang disasarkan. Tiada satu pun yang dibazirkan, habis licin semuanya. Bagus
u all, anda semua melaksanakan misi ini dengan jayanya.
Dan dalam kekenyangan yang amat sangat itu, tiba² seseorang muncul dengan permintaan nak bergambar sekitar bangunan merah kat Banda Hilir,
(yang sebenarnya adalah hint yang die nak makan cendol seround lagi, macam la kitorang semua tak tau niat asal die. Hahaha) siapakah orang itu, biarlah identitinya dirahsiakan. Hehehehe. Disebabkan itulah, maka adanya misi
extended yang tiba² muncul tanpa dirancang. Kerana hari keesokkannya memang tidak diletakkan apa² agenda, maka permintaan si die itu ditunaikan. Dan adalah 1 lagi
entry untuk day 2 pulak. Nantikan..
Sebelum pulang ke rumah tumpangan, kami sempat singgah ke Dataran MBMB melepaskan penat dan bergambar di sana sini.
Just enjoy the pictures la
okey..

-To be continued-