First of all, tajuk diatas tidak saling berkait ye. Takkan la beli tv baru pun dah nak buat keduri kesyukuran kan. Hehehe..
Hujung minggu yang baru berlalu adalah salah satu hujung minggu yang agak padat untuk aku dan Bie. Padat maksudku di sini bukanlah terlalu
busy hingga tiada masa untuk diri sendiri. Padat yang aku maksudkan itu ialah segalanya terisi dengan masa dan aktiviti yang sangat berkualiti. Jumaat dan Sabtu di rumah mak Semenyih, dan Ahadnya di rumah mummy Batu Cave pulak. Kebetulan dah lama sangat rasanya aku tak balik Semenyih
(last aku balik masa hari raya!!), jadi memang dah amat patut la aku lebihkan hari kat sana. Tiada apa²
occasion yang tertentu pun, memang sekadar balik untuk memenuhi tanggungjawab seorang anak.
Jadi macam kebiasaannya, sehabis je waktu kerja kami pun bergegas dari opis terus ke Semenyih. Cuaca yang kurang menentu ditambah pulak hujan sebelah petang membuatkan hampir kesemua jalan yang ada sekitar KL ni jem! Jadi tak banyak pilihan yang kami ada selain meredah jem yang memang dah menjadi lumrah. Perjalanan yang sepatutnya hanya sejam berganda jadinya. Itu pun banyak jugak la pelaburan yang terpaksa dibuat
(tol sana-sini). Sesampainya di Semenyih, rumah mak lengang. Rupanya semua berkumpul kat rumah ude
(tak jauh dari rumah mak, jalan kaki je). Makan dan lepak² kat sana. Walaupun ude hanya masak sambal sardin yang
simple dan ikan goreng yang kosong. Tapi itupun dah mampu mengecurkan air liur dan menggendang²kan perut yang kosong. Itulah nikmatnya makan beramai², seronok! Riuh rumah ude dengan kehadiran keluarga kami yang besar
(malam tu yang ada hanya separuh je tau, tu pun dah tunggang langgang rumah dikerjakan). Hafiy yang semakin petah bercakap menambah lagi riuh rendah suasana. Aku sendiri terkejut dengan kepetahan die. Tak sangka, banyak sungguh ayat yang die boleh faham dan tuturkan sekarang. Masa berlalu terlalu pantas kan!! "
Hafiy, jangan la cepat sangat besar.. Nanti cikma tak boleh nak kendong² sana sini, hehe."
Keesokkan harinya
(Sabtu), tiada apa rancangan specific dari aku mahupun bie. Memang perancangan kami untuk hari tu hanyalah bermalas²an di rumah. Mak seawal pagi dah siap menggoreng bihun sebeban. Dari situ aku tau la tiada hidangan
lunch ye adik² sekalian. Layan la bihun tu sampai ke malam. Aku yang gatal tekak tiba² rasa nak makan roti canai dengan pantas dan tuntas ajak bie cari roti canai kat pekan. Maka keluar la kami berdua
(yang belum mandi pun lagi masa tu) ke pekan berdua²an. Selesai makan terus balik, 10 keping dibungkus untuk sesiapa yang sempat jumpa roti canai tu kat rumah nanti. Maklumla, orang yang ada kat rumah mak tu ramai. Jadi benda² macam ni datang dalam keadaan
first come first serve. Siapa lambat, tiada la lagi. Selesai sarapan
(yang agak gajah jugak la sebab dah pukul 11 pun), aku dan bie hanya lepak² depan tv. Takde apa sangat pun yang boleh dibuat. Melayan Hafiy yang bising berceloteh tak sudah².
Dan sedang enak bersantai², sementara menunggu bie siap mandi. Tiba² Eddy
(adik aku) bertanyakan pasal tv kat rumah kami dan segala macam benda soalan yang berkaitan dengan tv tu. Rupanya die berhajat nak beli tv baru!! Jadi bermula la perbincangan adik beradik. Aku pikirkan die baru bercadang², tapi rupanya memang die dah lama
survey. Hanya menunggu masa yang sesuai je nak beli. Jadi kata sepakat dicapai, maka Senheng Kajang menjadi tempat terjahan. Sempat la minum petang dulu sebab hujan tiba² mencurah deras dan laju. "
Sabar Pek Di, jap lagi kite pegi." Itu la butir bicara bie yang aku sempat dengar dalam keriuhan rumah mak yang mula penuh dengan yang lain². Sebaik saje hujan reda, cepat² kami keluar. Agak
confuse mulanya mencari Senheng Kajang ni kat mana. Sebab masing² rasa macam tau, tapi sebenarnya tatau, hahaha.
Call no yang ada dalam
advertisment habis cerita. Letaknya betul² depan masjid Kajang yang memang dah biasa sangat lalu kan. Sebab tu terasa macam pernah nampak.
Hampir setengah jam jugak la Pek Di ni dok pusing keliling Senheng tu. Membanding² harga dan mungkin jugak
budgetnya. Aku dan bie hanya jadi penasihat dan sekaligus merangkap sebagai penghasut. Hahaha. Kira punya kira, banding punya banding. Akhirnya kata putus dicapai. Samsung LA-32b530 menjadi pilihan.
Credit-and-carry, hehe. Siap proses pembelian, terus balik rumah. Tak sabar² Pek Di nak
try tv barunya itu. Sampai je rumah, aku menjadi
handy women untuk hari itu memasang tapak tv tu. Tapi tiada sorang pun yang teringat nak
snap sekeping dua gambar untuk kenangan dan untuk
update-tan.
Suddenly my photographer terlupa tugas dia kan.
Inilah die.. Maka malam Sabtu lepas kami sekeluarga lepak tengok Piala Malaysia N9-Kelantan sambil bersorak girang. Kenapakah bersorak girang? Hehehehe. Sila fikir sendiri ye. Yang pasti,
thanks to Pak Eddy @ Pek Di @ Eddy kerana sudi melaburkan sedikit hasil gajinya setiap bulan untuk kegunaan bersama. Jasa anda tetap dikenang. Kalau boleh tv tu dikekalkan kat tempatnya sekarang, lagi bagus :D
Ahad pulak, kami berdua balik ke rumah mummy. Ada kenduri doa selamat dan kesyukuran sebab mummy, abah dan mak tam akan berangkat ke tanah suci Mekah minggu depan untuk mengerjakan ibadah haji. Syukur, penantian selama bertahun lamanya akhirnya terjawab. Setibanya aku kat sana, perkarangan rumah dah pun penuh dengan kawan² mummy yang baru selesai dengan majlis bacaan yassin. Semua sedang enak makan dan ada yang dah beransur pulang
(aku dan bie buat muka selambe je baru sampai, apakah?). Selepas zohor tiba pulak giliran warga² lelaki a.k.a warga surau yang seangkatan dengan abah. Penuh kembali khemah yang tadinya lengang sebentar. Cuaca yang panas dan berbahang membuatkan aku terasa macam nak pitam. Baju kurung yang aku sarung menambahkan lagi rasa panas. Abis mencurah² peluh yang menitis. Kehadiran mak dan ayah dari Semenyih disusuli pula akak dan family melengkapkan penantian aku.
Tetamu yang datang tak putus² sampai ke petang. Lauk pauk dan laksa yang memenuhi
tray hidangan semakin berkurang. Nasib baik la guna katering, taklah penat sangat nak membasuh pinggan dan cawan². Yang mengemas meja pun bukan kami
(tuan rumah). Inilah bestnya bila ada katering, semua benda orang yang buatkan. Tapi efek dari kesenangan ini, kurangla semangat kejiranannya. Tiada lagi la istilah 'penanggah' atau 'org tolong²' lagi. Masa berlalu, manusia berubah seiring berubahnya keadaan semasa. Inilah dia lumrah kehidupan.
Till my next post.. Bye bye bye..-END-