Sunday, August 29, 2010

Bulan Puasa adalah Bulan Makan dan Bulan berjumpa kawan² lama

Ding dong..

Diam tak diam, kita dah pun masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan. Insya-Allah, tak lama lagi dah nak raya. Hari kemenangan selepas sebulan melawan nafsu berlapar & dahaga. Alhamdulillah jugak sehingga ke hari ni aku diberikan kudrat dan kekuatan nak meneruskan ibadah puasa tanpa banyak cabaran dan halangan. Migrain yang selalunya rajin bertandang pun, sekarang dah jarang sangat terasa. Walhal, kalau dalam bulan² yang lain tu, jangan la terlewat sikit makan, sure penyakit aku yang satu tu datang. Tapi dalam pada seharian berpuasa dari pagi sampai ke petang, so far kepala aku ni macam memahami situasi aku. Kalau la sakit tu datang, memang terbaring la aku jawabnya nanti.

Setakat ni pun, walau perut berkeroncong lagu riang. Aku still steady dan boleh bekerja macam biasa. Lapar tu memang la terasa, tapi takde la sampai tahap macam nak pengsan kan. Lagi pulak keje duduk dalam opis berekon, tak terasa pun penat dan dahaga tu. Cuma masa balik Semenyih hari tu, memang terasa sangat dugaannya. Agaknya aku tak biasa berpanas dalam bulan puasa kali ni. Kebetulan masa tu kat rumah Atok panas terik. Boleh dikatakan masuk je tengahari, tekak aku ni kering satu macam. Petangnya pulak bila ke bazaar ramadhan, terliur bila memandang air soya, air tebu yang orang jual. Natijahnya, masa berbuka aku mulakan dengan minum air 2 gelas terus. Tambah pulak masa tu Makcik buat air bandung soda a.k.a soda gembira! Sementara menunggu azan berkumandang, mata ni asyik la dok menjeling air atas meja. Bie hanya mampu menggeleng je.

Padah memulakan berbuka macam tu, nasi pun terus tak lalu nak masuk sangat dah. Perut dah penuh dengan air. Tapi aku paksakan jugak telan nasi tu sebab taknak perut kosong nanti. Moral of the story kat sini, tak kira la sehaus mana pun tekak tu, cukuplah minum seteguk je sekadar nak membasahkan tekak. Dulukan makan nasi sebelum minum air. Lagi elok, berbuka dengan seteguk air, sebiji kurma. Lepas tu solat dulu. Selesai solat, baru la mula makan nasi. Tu pun jangan la makan sampai tak boleh nak bangun pulak. Hehehe. Jangan diikutkan sangat nafsu makan yang meruap² tu. Adatlah berpuasa, semua benda nampak sedap!

Dan sepanjang bulan puasa ni, dah beberapa kali jugak la aku merasa berbuka kat luar dengan kawan². Tak kira la samada yang dirancang ataupun yang mengejut. Salah satunya adalah event yang aku sendiri organize. Walaupun yang dapat hadir tu cuma beberapa kerat, tapi cukup berbaloi bagi aku. Bukan senang nak ajak kawan meluangkan masa nak jumpa macam tu. Tambah pulak dengan keadaan masing² yang dah ada komitmen sendiri, keluarga dan sebagainya. So, dah tentulah aku ni berbesar hati kalau ada yang sudi luangkan masa nak jumpa dan berbuka bersama. Bukanlah makan tujuan utamanya, tapi masa² macam tu lah kita nak rapatkan balik silaturahim yang mungkin dah sedikit renggang. Yelah, kalau dulu hari² bertentang mata. Sekarang ni, kalau takde benda² macam tu, susah rasanya nak kumpulkan semua.

So, minggu lepas kiranya berbuka puasa luar yang pertama. Ahlinya adalah ahli² Ikan Bakar Melaka Saban Tahun. Syukur, tercapai hasrat kami nak memecahkan tradisi berjumpa setahun sekali tu. Tahun ni dah 3 kali perjumpaan diaturkan. Yang pertama masa ke Melaka, kedua masa berkaraoke dan ketiga yang terbaru ni berbuka puasa. Ahli² biasa yang mesti ada, aku+bie, Rina+Azhar=Fatin, dan Namo. Tempat yang dipilih sejak awal, Wongsolo Ampang. Memang rancangan nak makan kat Wongsolo ni dah lama. Tinggal lagi waktunya je yang belum dapat dicari. Memandangkan bulan puasa dah sampai, jadi kami teruskan dengan agenda berbuka beramai² (walaupun sebenarnya kami berenam je, hehe).



Masa berbuka kat sini, adalah beberapa insiden yang tak menyenangkan hati terjadi. Makanan lambat, service tak teratur. Sampaikan aku bangun ke kaunter makanan sebab nampak ada orang lain yang order kemudian, tapi makanannya dah sampai dulu. Memang kepantangan sungguh la camni. Aku bukanlah nak marah, sebab aku paham orang ramai. Cuma aku nakkan explanation. Kenapa kami punya lambat yang hamat, tapi orang lain boleh dapat dulu kan. If the explanation satisfied me, then it's okey. "Owh, kami ikut turn. Turnya belum sampai lagi kak". "Abis yang table ni (sambil menunjuk ke arah table betul² depan kaunter) order kemudian tapi dapat awal tu, ape citer ye?". Sebab penjelasan diorang adalah sangat blur, jadi aku kasi jela 2-3 das. And guess what, tak sampai 5 minit lepas tu, makanan kami sampai. Kesemuanya tanpa tertinggal satu pun. Hurm, bak pahat dengan penukul. Tak diketuk, tak jalan..


Tragedi air tumpah. Mendalam maksudnya ni.. :P

Tu kisah minggu lepas. Tapi baru hari ni aku nak letak entry kan. Hehehe, so sorry wahai pembaca sekalian..

Yang terbaru iaitu semalam dan hari ni. Dua hari berturut² kami berbuka kat luar. Nasib baik la Encik Somi tak bising kan asyik nak kena menghulur note kepala agung tu. Bersyukur rasa dapat suami yang sporting dan supportive ni. Walaupun kedua-dua hari tu berbuka dengan kawan² aku, die tetap mainten je layan dengan sepenuh hati. Terima kasih yunk!

Semalam berbuka kat Ayam Penyet Ria, Sunway Mentari. Dengan geng² lama zaman belajar dulu. Walaupun yang hadirnya tak sampai 10% dari jumlah keseluruhan. Tapi dah cukup la setakat nak berjumpa. Mungkin hari raya nanti dah lain pulak halnya kan. Belum tentu lagi raya nanti dapat jumpa lagi. So, terima kasih la buat Mila+Abg Shah & family, Zura + Shah & family, Andy + Nisha & family. Kehadiran korang sangat² dihargai. Insya-Allah, ada kesempatan lain aku cuba organize lagi. Sejak masing² dah berkeluarga, agak susah la nak berjumpa kan. Tapi bila dapat berjumpa tu, rasa seronok sangat sebab dapat jugak mengimbau kenangan dulu². Zaman berpikir lebih banyak pakai lutut dari otak. Zaman suka melepak daripada memikirkan masa depan. Zaman tak pernah hiraukan keje sebab asyik nak main, melepak dan tido. Hurm, how I missed all that moment! Takpelah, yang berlalu kita biarkan berlalu. sekarang ni kite fokus hidup yang baru.


Anda semua memang sporting!

By the way, pesanan khas untuk Andy (kalau lah ko terbaca blog aku ni kan), jangan la menghilangkan diri lagi. Bukan senang nak cari kawan yang betul² kawan zaman sekarang ni. So, kalau rasa kami ni adalah kawan yang sebenar²nya, sila la keep in touch. Sebab kami ni tersangat la baik tau! Hahaha.

Dan tadi, turn berbuka puasa dengan kawan² zaman aku baru nak kenal dunia kebebasan. Zaman kali pertama berjauhan dari keluarga dan kawan² dari kecik. Mereka ialah kawan yang pada aku lebih sebagai kakak² yang jadi pembimbing masa aku ni baru nak belajar hidup sendiri kat kota besar KL ni. Walaunpun KL-Semenyih tu jaraknya tak la seberapa, tapi aku memang dibesarkan dengan keadaan yang terkawal dan dikawal. Aku memang tak penah ke KL sendiri sampai la aku habis sekolah. Paling jauh aku keluar, Leisure Mall, Cheras. Masa tu aku darjah 5 kalau tak silap. Kumpul duit raya dari raya pertama sampai la raya ketiga. Lepas tu keluar dengan kawan² naik bas. Masa tu tuhan je tau macam mana takutnya hati ni nak keluar sendiri sejauh tu. Dah biasanya aku keluar ke mana² dengan mak ayah aku naik kereta. Bila kena naik bas sendiri macam tu, seram rasanya! Tambah pulak takut kena marah andai kata balik lambat ke apa. Dan memangnya aku balik lambat sudahnya, lepas maghrib baru sampai rumah sebab bas rosak. Aduh, kenangan betul!

Back to story, tadi aku berbuka kat Restoran Mohd Chan Abdullah, Kelana Jaya. Mereka yang terlibat sebenarnya kakak² senior pada aku masa aku kat ILPKL dulu. Memang masa 1st sem kat sana, aku banyak habiskan masa dengan diorang. Bukan aku nakkan nama atau glam, cuma aku senang sebab diorang ni lebih matang dari aku. So, aku rasa selamat berkawan dengan diorang masa tu. Memang merasa la digelar sombong kalangan kawan² sama semester. Tapi entah la, mungkin sebab dari kecik aku memang lagi banyak berkawan dengan orang lagi berusia. Kalau sebaya ni rasa tak best, sebab perangai masing² macam budak baru nak naik masa tu kan. Masa tu la, sekarang dah takde hal. Sebab aku pun dah tua sekarang ni. Tapi ada jugak lagi yang lebih kurang sebaya aku, tapi pemikirannya kebudak²an. Kesian.




Siap dapat buah tangan lagi.. :)

Anyway, thanks buat Kak Yong yang jadi organizer untuk event tadi. Best dapat jumpa korang yang rata²nya dah pun bergelar ibu. Cepat betul rasanya masa berlalu kan. Anak masing² pun dah besar². Kena la selalu buat reunion macam ni sebab taknak nanti setiap kali jumpa, mesti terkejut tengok perubahan terlampau ketara. Contohnya aku la, dari saiz M ke saiz XL. Memang besar gila perubahan kan, hahaha. Jadi, moga perjumpaan kali ni bukan yang terakhir la untuk kite mudah²an. Moga tuhan panjangkan umur, sihat tubuh badan untuk kita jumpa lagi lain kali.

Nota kaki lapan: Ni la jadinya kalau peram entry lama², sekali kuar berjela! :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, August 24, 2010

Asal bulan puasa je, penyakit yang satu ni mesti datang..

Ding dong..

Saban tahun dari kecik sampai la dah tua bangka ni. Aku memang suka bila masuk bulan puasa. Sebab masa ni la dapat makan macam². Masa kecik, aku cukup suka ayam percik. Kalau bukan bulan puasa, aku boleh dapat time ada pasar malam je. Which is hari Sabtu & Khamis. Tu pun bukan la tiap² minggu pun aku dapat nak pow mak aku ajak pegi pasar malam. Selalunya aku simpan belanja sekolah sebab nak beli ayam percik tu punya pasal. Aku rasa bukan la mak aku taknak bagi, tapi ayam percik kan makanan sorang². Tak macam murtabak yang boleh dimakan beramai².

Lain pulak ceritanya kalau dalam bulan puasa. Tiap² hari aku boleh jumpa ayam percik ni kat bazaar ramadhan. Maunya tak gemuk hari² makan ayam kan. Hehehe. Dan yang lagi best, mak aku adalah salah sorang dari ramai² kat bazaar ramadhan kat Kajang & Semenyih tu dulu. So, setakat nak mintak sebatang (sebatang la kan sebab ada buluh tu) ayam percik tiap² hari tu adalah bukan satu masalah. Tapi sekarang ayam percik bukan lagi aku punya keutamaan la. Tak tau la sejak bila aku stop jadi peminat ayam percik. Mungkin sebab aku dah kurang minat makan ayam kot. Lagipun bila dah tua² bangka ni, tiba² selera pun ikut sama berubah.

Hurm, tapi ada la satu benda yang aku tak suka bila dalam bulan puasa ni. Sembelit. Entah kenapa, mungkin sebab aku kurang minum air kot. Memang ye pun kurang minum air. Dah tu, masa sahur memang jangan harap la nak minum lebih dari 2 gelas air masak. Masa berbuka pulak, tangan ni lagi laju mencapai air manis. Lagi² kalau ada air soya atau air tebu. Memang tak pandang dah la air lain. Air masak memang tak ingat langsung dah. Kalau sampai ke esoknya aku tak sentuh air masak tu biasa la aku rasa.

Orang kata sembelit ni sebab kurang makan makanan berserat macam buah. Tapi hakikatnya, memang susah nak tengok aku makan buah dalam bulan puasa. Kalau dulu masa berbuka kat dengan family, mesti ada buah tembikai. Jadi masalah sembelit tu ada kurang sikit. Tapi sekarang, memang susah la nak tengok aku makan buah dulu sebelum makan nasi. Sebab kepala tu dah pikir nak cepat makan nasi sebab perut dah menaga je nak makan kan. Lagipun malas nak potong² buah tu sebelum berbuka. Padahal dalam fridge sentiasa ada je epal hijau yang memang tak penah putus bekalan.

Klimaksnya pada penyakit yang satu ni, bila perut memulas² tapi 'hasilnya tak dapat dituai'. Memang rasa amat terseksa. Boleh dikatakan malam tadi 2-3 kali aku terjaga dari tido sebab perut adalah sangat kesakitan. Hingga sakitnya terasa ke lubang *****. Sorilah kalau citer ni agak kotor pada pemikiran pembaca, tapi memangnya itulah kenyataan die. Puas sapu minyak panas, tapi tetap jugak sakit tu tak hilang. Sakitnya macam senggugut, tapi 2 kali ganda.

Jadi, bangun pagi ni aku nekad. Taknak pegi keje, aku nak MC. Pegi klinik dah tengahari. Sampai² je klinik tutup pulak, ada lunch break. Aku ingatkan bulan² puasa ni takde rehat. Hahaha. Rupanya ada jugak. Kenalah menunggu dalam kete hampir sejam lamanya. Nasib baik la masa tu perut yang memulas tu dah berkurangan. Harap ubat dari doktor tadi dan jugak buah² yang aku makan dapat membantu. Tak tahan jugak sebenarnya menyimpan 'sisa kumbahan' ni lama² sangat.

Okey lah, nak sambung tengok The Vampire Diaries yang best ini. Ni pun dah jadi satu ketagihan jugak ni. Apsal la ensem sangat puntianak² ni agaknya. Oopss, laki ku lebih ensem. Kena sentiasa muhasabah diri ni. Hahaha.



Nota kaki lapan: Entry ni sedikit kotor. Harap maaf..



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 20, 2010

Tiba² je boleh berbuka puasa sesama..

Ding dong..

Semalam ada satu insiden yang tak diingini berlaku di pagi hari. Yang menyebabkan bie terpaksa lupakan harapan masuk-opis-awal-balik-awal. Sejam die menunggu tapi sia². Nasib baik la ada lagi satu kete yang aku guna, maka berkongsi kete la kami semalam pegi keje. Die hantar aku, lepas tu die teruskan perjalanan ke Putrajaya macam biasa. Sebab dah lambat macam tu, maka peluang untuk die balik berbuka kat rumah petangnya adalah amat tipis.

Pikir punya pikir, die mintak aku turun ke Putrajaya berbuka kat area sana je. Kepala aku terus terpikirkan kawan² yang memang ada kat sana. So, pagi² terus roger tanya adakah diorang free nak ajak berbuka sama². Sebab kalau harapkan aku dengan bie punya idea tempat makan kat Putrajaya tu, memang zero la. Mana tau celah mananya kat sana yang ada tempat makan. Abis jauh pun ke Alamanda jela gamaknya yang kami tau. Nak main terjah masuk mana² jalan, takut la sesat pulak nanti kan.


Mesti gambar dak tembam ni jugak yang lebih..

Mujur la diorang semua memang free. So terus set nak berbuka sama² tapi tempat kat mana tu to-be-confirm later. Aku & bie pun tak kisah sangat asalkan boleh makan sudah. Jangan bawak tah ke mana² sampai tak sempat makan sudah la kan. Aku memang serah keputusan kat diorang jela sebab aku rasa diorang lagi tau tempat area sana.

Aku gegas dari opis sharp pukul 4:30. Kalau boleh nak mengejar masa sebab taknak bersaing dengan orang yang balik pukul 5 nanti. Kang sesak pulak LRT. Owh, terima kasih la kepada Cik Puan Syasya sebab tumpangkan aku sampai ke LRT Universiti. Kalau tak, terpaksa la naik cab yang akan mencekik sebanyak RM9 duit aku. Selagi boleh jimat, memang nak jimat la. Sampai je LRT, orang memang dah padat. Masuk dalam tren pun tak dapat duduk. Tapi sebab dekat aku tak kisah sangat la. Yang penting sampai.

Dari KL Sentral pulak naik ERL ke Putrajaya. Orang masa tu dah ramai beratur. Aduhai, memang nampaknya harapan nak dapat tempat duduk tu takde la kan. Turun je kat platform, tren memang dah menunggu. Satu yang aku tak suka naik ERL ni sebab die takkan gerak selagi tak sampai masa. So kalau masuk awal², alamatnya sempat tido² mimpi² dulu la baru die jalan. But good thing is, memang masa die sharp. Setakat ni, dah 3 kali aku naik tak pernah sekali pun rasa delay ke apa. Walaupun tak dapat tempat duduk, aku redhakan jela. Dengan laptop yang tersandang, sampai sakit bahu setengah jam berdiri camtu. Nak letak kat tempat beg, takut terlupa pulak. Yelah, makcik ni kan dah tua nak..

Sampai Putrajaya tepat pukul 5:50. Dalam hati dah pikir tak sempat la nak carik tempat makan agaknya. Sebab aku agak kalau lambat camtu mesti kedai² pun dah penuh. Orang yang nak menyambut ketibaan aku pun tak nampak bayang lagi. So terus port kat bangku, bukak laptop, update status FB. Hahaha, sempat lagi tu kan. Yelah, makcik ni takde blackberry mahupun iphone ye anak². Henpon makcik ni pun cokia je, tak larat nak online² via mobile ni. Tak cukup kaya lagi la.. :P

Lepas baper minit menunggu, Cik Puan Zura call. Nice! Sebab masa tu memang dah kebosanan sebenarnya (saya bukan FB addict ye, harap maklum). Elok² pulak tengah aku nak jalan ke kete diorang, nampak dari kejauhan sang Kenari merah gagah berani pun baru sampai. So, timing memang just nice la kan. Bincang² mana nak makan, then terus gerak sebab taknak buang masa. Thanks to Encik Akmal a.k.a Batu sebab sudi jadi pemandu arah. Die la yang jadi tukang pilih tempat. 'Weh, ko bawak kete laju sangat la. Takleh ajak konvoi orang macam ko ni..'

Yang eloknya, masing² sementara menunggu nak berbuka, borak tak ingat dunia. Gelak ketawa macam duduk kat rumah sendiri kan. Orang keliling jeling baek punyer! Tapi kitorang bukan peduli pun, bukan usik orang kan. Hehehe. Lagipun, masa² macam tu la nak chill dengan kawan². Buat apa nak hipokrit kontrol ayu? Tapi bila makanan sampai, semua senyap. Lapar kan. Encik Akmal kata "makan bersederhana pun kenyang, alhamdulillah". Tapi aku rasa, tak sederhana pun menu malam tu compare to menu biasa orang makan kat rumah kan. Jadi, aku adalah paham kenapa perut die semakin maju ke depan.. :P

Lepas makan sambung lagi borak. Dari kedai yang mulanya penuh sampai lah lengang jadinya. Tinggal berapa kerat je manusia yang duduk makan (tu pun sebab diorang baru sampai). So bila rasa masa dah time, bangun dan pegi lah bayar. Aku tak tau pun baper jumlah semuanya. Makanya, kalau lebih aku halalkan, kalau kurang aku mintak halal ye kawan². Sambil berjalan ke kete sempat lagi sambung borak lagi 15 minit macam tu. Haha, tah apa benda citer la yang tak sudah² boraknya tu aku pun tak tau. Banyak mengarut je sebenarnya. Mengarut takpe, jangan mencarut. Dosa!

Moga² ada lagi lepakking together macam ni lain kali. Tak semestinya event makan² la. Kot kalau nak ajak jogging ke, main boling ke, paintball ke (oopss, ni takleh join la), daki Bukit Broga ke tak pun just lepak picnic tepi pantai or air terjun pun ok jugak. Asalkan event tu adalah sesuatu yang boleh mengeratkan silaturahim, silaturahman dan silaturahmah pun boleh la. Hahaha..

Nota kaki lapan: Banyak² event, yang berkaitan dengan makan la yang aku paling minat.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 19, 2010

Pissed Off!!!

Ding dong..

Aku betul² tak paham kenapa ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa pikir pasal orang lain. Kenapa takde otak sangat sampai boleh buat benda paling bodoh dalam dunia.

Kau takde parking. Kau pokai tak berduit nak bayar petak parking. Tapi kereta bulan² sampai 300-400 kau mampu bayar kan. Dah tau kau tu miskin tak berduit nak bayar petak parking, jangan la sampai kau block kete orang yang parking elok² dalam petak. Jual la kete tu, naik bas je sudah. Dah la kau block kete tu, lepas tu kau tarik your bloody handbrake! Fine, maybe kau takut kete kau yang mahal tu meluncur kat carpark yang lantainya rata tu kan. Tapi apsal tak guna bahagian otak bijak yang kau guna untuk test undang² nak mendapatkan lesen dulu tu, letak sekeping kertas yang ada nombor henpon kau untuk orang contact? Apasal bodoh sangat?

Kau ingat orang yang menunggu kau nak alihkan kete tu tunggul? Kau ingat orang rajin nak ketuk pintu rumah satu² dari tingkat 1 sampai ke tingkat 24 semata² nak carik sape tuan punya kete merah yang huduh tu? Apa kau ingat bapak kau bayar satu floor carpark tu supaya kau boleh senang² hati nak parking kete burok kau tu mana² kau nak? Dah tu, tak sedar diri pulak kan. Dah block kete orang dengan handbrake kau tarik sampai kejang, kau boleh pulak buat tak reti bila orang bunyikan hon berjam lamanya. Mana kau letak kau punya sensitivity pun aku tak tau la. Kalau nak selfish sangat, baik mampus cepat sket. Dok dalam kubur tu sorang², takyah menyusahkan hidup orang lain.

Aku harap kau learn something hari ni. Kesabaran orang ada hadnya. Bukan semua orang ada kesabaran tahap nabi². Selamat mengganti apa yang patut kat kete kau yang burok tu. Aku sure, seburok² kete kau tu, burok lagi rupa dan perangai kau. Memang ci**k* punya manusia la kau ni. Hati aku ni panas menggelegak, tapi aku tahankan sebab aku puasa. Mujur la kan setan² semua kena ikat, kalau tak seronok setan mengapi²kan hati aku yang memang dah berapi ni. Ada la orang merasa tengok setiap benda berunsur kaca yang ada kat badan kete die berkecai!

Aku benci la Flora Damansara dan penduduknya yang otak bodoh tahap anj**g..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, August 16, 2010

Saya puasa tau hari ni..

Ding dong..

Mood masih ke laut. Kepala dah mula berdenyut, hidung tersumbat srott srott dari pagi tadi. Bersin pun tak henti². Memang niat di hati nak update barang seketul dua entry. Tapi mood tak baper nak mari. Nantilah, mungkin malam ni kot. Ada la seciput dua citer nak aku kongsikan. Citer biasa² aje la. Citer² serius, bagi la blogger lain rebut² buat entry. Takut nanti bosan pulak orang membaca citer yang sama berulang² kali. Lagipun aku bukannya Mazidul yang sentiasa ada citer hangat dan terkini yang tersendiri, kan?

Anyway, takziah untuk keluarga yang terlibat dengan tragedi berdarah bazaar ramadhan kat Jasin tempoh hari. Sesungguhnya mereka pergi dalam bulan yang penuh keberkatan. Redhakanlah. Moga roh mereka dicucuri rahmat, aminn..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, August 14, 2010

Saya Away Kejap Ye..

Ding dong..



Di ketika ini penulis berada jauh di dalam sebuah desa yang aman dan permai. Kepada pembaca setia sekalian, harap anda semua bersabar menanti kepulang penulis dalam sehari dua lagi ye. Mungkin jugak penulis akan berasa amat penat akibat dari perjalanan yang jauh selama 3 hari 2 malam itu. Maka jika penulis tidak muncul dengan koleksi citer diari ramadhannya itu, harap dapat dimaafkan segalanya.

To all readers, jangan nottie². Selamat meneruskan ibadah puasa dan makanlah dengan penuh hemah jugak beribadatlah dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Aminn..




** this is scheduled entry via Celcom Blackberry.



.



..




...



....



.....



......



Ok, tipu je. Mana ada pakai blackberry. :P

Nota kaki lapan: Ramai sangat la readers kan sampai nak buat entry poyo ini..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 13, 2010

Diari Ramadhan #2 - Dapat akhirnya

Ding dong..

Ingat entry semalam aku citer pasal nak beli murtabak kat bazaar ramadhan?

Yes, aku dengan gigihnya semalam beratur dalam kepanasan. Penantian yang menyeksakan jugak la. Walaupun aku terus gerak dari opis sharp 4:30 petang. Tapi malangnya, orang memang dah pack masa tu. Parking pun kena pusing sampai 2 kali. End up aku parking je kat area yang tak pernah² orang parking sebelum ni. Tapi takpe, aku sure menjelang aku nak balik nanti mesti berderet² join parking sekali. Jadi tinggalkan kete merah cumil itu keseorangan kese-kete-an.

Berjalan dengan penuh semangat terus ke gerai murtabak tak-tau-nama-apa. Tapi terus down bila tengok orang yang berbaris lagi panjang dari hari sebelumnya. Tambah pulak lagi, hari ni ada gerai lain bukak sebelah murtabak iaitu gerai sup. Bayangkan la kena beratur di samping peiuk besar bagak yang mengandungi sup panas di dalamnya. Dan di bawah periuk itu ada api yang sedang marak menyala. Ditambah pulak dengan sinar matahari petang yang tepat mengenai sasaran dan aku berbaju serba hitam! Tuhan je tau betapa seksanya masa tu. Tapi, demi menunaikan hajat hati. Sanggup aku bergadai tenaga.


Brader depan aku ni sampai basah kuyup baju dengan peluh

Aku mula beratur pukul 4:50 dan pukul 6:10 baru dapat murtabak yang aku nak. Cuba kira adik² baper jam kah aku berdiri tu? Akak dah penat sangat sampai tak larat dah nak kira. Sepanjang menunggu tu sempat jugak la hati menyumpah bila ada yang macam buat muke tak segan nak cilok order. "Kak 2 ye, jap lagi saya ambik". Amboi³, kut ye pun sedara mara ke, jiran tetangga ke. Jangan la obvious sangat weh. Cuba hormat sket dengan orang beratur sekian lama yang dah macam orang² tengah sawah ni. Benci betul orang yang macam tu. Kalau nak sangat order drive thru camtu, pegi mekdi la boleh? Tak kurang jugak dengan orang yang buat² tak reti macam mata tu dah tak nampak barisan orang beratur. Selambe je terus berdiri depan gerai nak order. Sib baik la makcik tukang bungkus adalah orang yang adil saksama (Tapi mula² tu aku dah pasang niat gak nak sound makcik ni kalau die layan orang yang tak beratur). No beratur, no order!


"Hepp, pi beratur belakang!"
Pic Source

Lepas berjam menunggu, peluh pun dah setengah baldi meleleh keluar. Akhirnya sampai jugak turn aku. Beli 3 ketul terus takde kurang². Padahal masa beratur tu dalam kepala pikir nak beli 2 je. Nafsu amarah namanya tu kan. Hahaha. Memang masa tu siap keluar dalam kepala, 'takmo dah beli kalau gini gaye'. Tapi marah manusia kan, apalah sangat tahapnya. Silap² minggu depan aku pegi la beratur beramai² kat sana kan. Well, murtabak tu really hard to resist la. Menggoda sangat.

Tak caya? Tengok ni..


Yummylicious..
Pic Source

See, camne la aku nak kata tidak kepada ini murtabak kan. Isinya padat, rasanya hebat, daging ayamnya mampat, kulitnya pun garing tak hengat. Tapi kalori & lemaknya pun, boleh tahan tu. Minyak penuh atas kuali die. Failed segala program diet kerana si buntal ini. Hahaha. Jadi tak boleh la makan selalu walau sedap manapun die.

Nota kaki lapan: Saya memang peminat murtabak nombor 1 dari kecik. Harap maklum..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 12, 2010

Diari Ramdhan #1 - Frust!

Ding dong..

Salam Ramadhan semua. Ceh, mentang² dalam bulan puasa kan. Greet orang pun penuh sopan santun, takde terjah² macam selalu. Adakah anda semua puasa hari ni? Saya? Owh, Encik Bos di atas langit sana dengan senang hati memberi saya cuti sakit selama 4-6 hari mengikut keperluan saya. Maka, saya dibenarkan makan di waktu tengahari. Nak join makan mekdi? Hahaha. Sila jangan sakit jiwa dengan statement itu okey. Pasti ada yang membaca entry ni semasa lunch hour akan terasa ingin menghentakkan kepalanya ke meja kan. Bawak² bersabar, tu semua ujian di bulan puasa ni. Jangan dilayan sangat perasaan lapar tu, hehehe. Tapi, kalau dapat aiskrim sundae mekdi tengahari ni, pun best jugak kan. Wakaka!

Mintak ampun ye kepada yang dah terliur. Aku janji, dalam entry ni aku tak letak seketul pun gambar makanan demi menjaga hati² yang dah tercabar dengan statement mekdi di atas tu. Kang kalau letak gambar, maunya ada orang cari aku kat opis ni kasi tumbuk mulut bertubi². Jadi, sekali lagi. Maafkan makcik ye anak² sekalian.

Adakah kalian berbuka dengan gembira semalam? Hurm, hari pertama sure semua pelahap kan. Kalau boleh semua nak masuk mulut serentak, betul tak? Ngaku cepat!(aku tau la aku pun sama je camtu dulu²). Tapi sebenarnya, tu perasaan sebelum makanan masuk mulut. Once dah kena air soya secawan, perut secara otometiknya macam full. Tu la fadhilat berpuasa, makan sikit pun dah kenyang gile babeng. Padahal, bulan² lain tu makan complete pagi-petang-siang-malam, tetap lapar jugak lagi kekadang. Asal ada masa terluang je, kalau boleh mulut tu nak mengunyah jela kan. Tapi bila puasa, masa berbuka tu jela kita makan. Lepas tu terus tersadai kekenyangan. Paling² pun masa moreh boleh la makan lagi semangkuk bubur pulut hitam. Nak lebih², memang tak mampu telan dah.

Semalam aku berbuka (walaupun tak puasa, term berbuka tu tetap aku nak guna untuk diri sendiri, hahaha) kat rumah mummy (MIL aku). Dimasak sepenuhnya oleh mummy tanpa bantuan aku sikit pun. Hampeh punya menantu kan. Datang bawak mulut, balik bawak perut! Nak buat camne, aku mana la sempat nak tolong². Mummy ni jenis masak nak awal² je. Tu maunya kul 4 die dah siap masak untuk berbuka. Mentang² cikgu takde opis hour macam aku kan. Senang die kata kalau dah siap masak awal². Sementara tunggu berbuka boleh lepak tengok tv, tengok rancangan masak memasak untuk membangkitkan selera dan nafsu makan sebelum berbuka tu kan. Hahaha. Bila sampai tang scene orang makan penuh berselera, mesti ada yang telan air liur sebab mulut terasa² je nak makan jugak. :P

Jadi, disebabkan aku ni tak menolong apa². Nak la bawak balik barang seketul dua juadah dari bazaar ramadhan kan. Balik keje semalam memang terus singgah bazaar ramadhan Kg. Sg. Penchala dengan penuh harapan. Niat memang nak beli murtabak (dah terkena mandrem sejak puasa tahun lepas). Sampai² situ dalam pukul 5. Aku tengok kete dah berderet² parking tepi jalan. Mak aih, ramainya manusia yang lagi laju dari aku rupanya. Aku ingat aku paling pantas. Dapat je park kete, cepat² aku usha pakcik yang jual murtabak feveret aku tu. Nak mencari gerai pakcik ni tak susah. Kalau nampak ada orang beratur pepanjang tu, tu la die. Pastu die punya bahan main letak dalam tong warna hitam (yang selalunya orang jadikan tong sampah). Walaupun orang yang jual murtabak kat situ ada lebih 5 gerai, tapi tetap la yang satu ni orang akan cari.

Arrangement gerai tahun ni dah berubah dari tahun lepas. So, kenala aku pusing jap nak mencari gerai pakcik tu. Tapi bila dah jumpa, nah! Terpaku kejap aku kat situ.



Punya la dah panjang berjela line orang yang beratur. Siap ber'corner' lagi tu. Aku tengok jam, masa tu dah pukul 5:10. Bajet² kalau dapat sampai turn aku dalam 5:30 ke 5:45 ke, ok la. Lambat dari tu aku tak sanggup. Sebab taknak sangkut sekali dengan orang yang balik keje kul 6 kang. So aku terus la beratur.

Seminit..

2 minit...

5 minit....

10 minit.....

Demmit! Aku tak gerak walau seinci pun dari tempat aku beratur mula² sampai tadi. Tengok jam 3-4 kali. Last² decide nak blah tanpa hasil. Bie pun cakap kalau lambat tak payah tunggu la. Aku terus la chow meninggalkan tempat kejadian dengan perasaan yang berat. On the way balik tu, terdengar pulak kat radio HotFM Zoomers ada kat situ. Satu kali lagi demm! Kalau tunggu sket tadi boleh jugak aku dapat hadiah macam dulu tu. Aku memang ada nampak kete diorang, tapi ingatkan saje singgah² je sebab aku tak nampak orangnya kat mana². Takpela, tu namanya bukan rezeki.

Sampai je umah mummy, terus landing depan tv. Bukak laptop, update status FB sebab kuciwa tak dapat murtabak best itu di hari pertama 'puasa'. Hahaha. Tapi takpela, bulan puasa ni ada 30 hari. Banyak lagi masa kalau nak membeli tu. Nasib baik mummy masak sambal sotong yang aku sangat suka & adik pulak belikan ayam percik. I loike! Terbukak selera aku mengalahkan orang lain yang puasa tu. Siap tambah² nasi lagi. Then pagi ni sahur aku join sekali. Makan nasi sebab taknak kelaparan kalau lunch ni tak dapat makan, hehehe. Lauk pagi tadi pun simple, daging burger goreng, telur dadar, sambal tempoyak. Tu pun dah cukup sangat. Kepala lagi pikir nak tido je sebenarnya. Mummy ada buat burger jugak, tapi aku kongsi je dengan bie. Tak larat la makan bebanyak di pagi hari.

Owh, sahur pun aku tak menolong mummy langsung. Teruk betul! Tapi aku cuci pinggan apa. Kira tolong la jugak tu kan? Hahahaha. Kira aku ni stok kalau kenduri kawen, orang yang tinggal belakang² sampai ke petang sebab nak tolong mengemas. Tapi aku basuh pinggan sendiri je pun. Boleh dikira tak tu? Hahaha.

Petang ni pun balik keje terus nak terbang ke bazaar tu lagi. Hari ni berbuka kat umah mummy lagi, tapi lepas berbuka terus balik rumah. Memandangkan hari ni aku balik awal, so aku rasa aku akan tunggu la walaupun line die panjang ke apa. Harap² jangan la panjang macam semalam..

Nota kaki lapan: Orang yang tak puasa di bulan puasa pun terseksa jugak tau. Percayalah..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ding dong..

Alhamdulillah. Pejam celik mata, dah pun sampai ke bulan puasa, bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan. Dan tahun ni tahun kedua aku berpuasa disamping suami tersayang. Rasa macam cepat betul masa berlalu kan. 2 kali dah aku merasa puasa kat rumah sewa yang sekangkang kera tu dengan si dia. Biarlah sederhana, yang penting kami happy dan bahagia. Sahur pun pagi tadi ala kadar je. Takde apa yang fancy memandangkan semalam aku memang tak masak. Kami makan burger je. Jadi, pagi ni bie bersahur dengan nasi, telur goreng & sambal tumis daging tempoyak yang aku simpan dalam fridge. Oklah tu kot, hari pertama ni sure perut dia pun belum boleh terima sangat nak makan banyak².

Teringat balik kisah setahun dulu bila baca entry ni. Alahai, sayu rupanya masa tu kan Encik Bie saya itu.. :P

Hari ni, programnya nak berbuka puasa kat rumah mummy. Dia memang awal² dah booking kitorang ajak berbuka sama² hari pertama ni. Malamnya pulak akan terus tido sana sebab esoknya nak sahur kat rumah mummy jugak. Alahai, bukan main sayangnya dia kat menantu yang sorang ni kan. Ada terkesan jiwa yang perasan di situ kan, ahaha. Bukan apa, rumah tu dah tinggal 4 orang je sejak Nana duduk hostel. Mungkin mummy nak rasa sket kemeriahan berbuka & bersahur ramai². Hajat orang tua, tunaikan jela. Lagi pulak tahun ni aku & bie tak beraya kat Pahang. So, hari pertama puasa aku utamakan pihak bie la. Baru la adil dan saksama kan.

Yang paling best bila masuk bulan Ramadhan ni, dah semestinya ada bazaar. Hari² boleh merasa makan macam² benda. Apa yang tak penah jumpa masa bulan² lain pun boleh jumpa masa bulan ni. Tapi bak kata pepatah, jangan melebih sudu dari kuah. Biar la apa pun yang kita makan, yang kita beli kat bazaar ramadhan tu, bersesuaian dengan keadaan. Jangan la ambik selagi mau kan. Tu semua nafsu semata². Jangan diikut sangat kehendak hati, nanti tak termakan dah membazir pulak. Jangan jadi sahabat setan pulak di bulan² berkat ni.

Orait, itu saje nak cerita. Aku rasa mulai malam ni aku nak start buat "diari ramadhan Izma" la. Hari² letak gambar lauk berbuka, lauk sahur, bazaar ramadhan yang aku pegi. Sure akan ada yang hangen nanti sebab iman tergugat tengok gambar makanan je tiap² kali masuk blog aku di bulan mulia ni kan. Hahaha. Nasib ler, sape suruh makanan tu sedap sangat.. :P



Nota kaki lapan: Saya sedang 'berhari raya' di saat ini, harap maklum.. :D

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Sunday, August 08, 2010

Bestnya dulu²..

Ding dong..

Hujung minggu datang lagi. Yeay! Tapi terasa minggu ni macam cepat betul berlalu. Pejam celik, habis dah 5 hari bekerja. Rasa macam baru je lagi aku bersakit² tekak pegi melalak kat karaoke. Rasa macam baru 2-3 hari lepas aku & bie bersesak² ke lowyat menguruskan hal broadband dan body skin utk Incik Acerintos ini. Agaknya sebab terlalu padat sangat aktiviti hujung minggu lepas, tu yang sampai terasa cepat sangat masa berputar.

Wokeylah, bukan itu yang nak diceritakan sangat pun. Just nak bagitau, saya skang ada kat tampong*. Yeay! Yeay! Rasa macam dah lama sangat tak balik. Last balik ialah bulan lepas awal bulan. Genap sebulan. Sampai dah termimpi² kat mak ayah, anak² sedara semua. Tah² diorang yang rindu kat aku kot. Perasan! Tambah pulak, kat mana² pun sekarang ni tengah musim buah. Manggis, rambutan, rambai, durian, pulasan. Rindunya nak makan buah fresh dari pokok! Kat KL ni, kalau makan pun hasilnya ialah dari pasar malam atau mungkin jugak dari pasaraya. Takkan sama la feeling tu kan. Bila kat kampung ni, semua depan mata. Nak makan terus petik jela kat pokok.



Teringat aku masa kecik² dulu..

***************

Aku kecik² dulu punya la lasak. Mengalahkan budak lelaki. Pantang tiba musim buah, aku la kepala di kalangan adik beradik aku. Kebetulan pulak, keliling rumah atuk aku penuh jugak la dengan buah manggis. Feveret sesangat la buah ni. Tapi nak makan die susah sket sebab kena kait kat pokok. Dan selalunya pokok die tinggi² pastu banyak semut hitam tu. Jenis yang menggigit. So, setiap kali bila sampai je musim buah manggis ni, confirm la aku yang paling rajin mengait buah ni sampai penuh sebakul. Satu perkara pasal manggis ni, getahnya kalau dah terkena baju, memang takkan hilang la seumur hidup baju tu. Tu pasal la kalau time musim buah manggis, semua budak² akan jadi anak orang 'susah' walaupun mak bapaknya pakai kete besar. Hehehe. Mana taknya, time ni la semua budak kecik diwajibkan pakai baju buruk yang disimpan khas untuk dipakai masa musim manggis.

Punya la spesel musim buah yang satu ni kan. Sampai ada baju khas setiap kali musim buah ni sampai. Durian yang dikatakan raja segala buah tu pun tak dapat keistimewaan macam ni.

Kebetulan jugak, musim manggis ni selalunya jatuh masa time cuti sekolah. So, aku memang celik je mata kepala dah pikir nak mengait manggis jela kejenya. Sampai penuh sebakul kalau sekali ambik. Sampai ke pokok manggis jiran pun aku sebat sekali, hahaha. Punya la tamak kan nak kasi bakul tu penuh. Lepas ambik, kami adik beradik mengadap la menda tu sepanjang hari. Rasa² tak cukup, carik lagi mana pokok yang ada buah yang masak. Tapi biasanya, sebakul tu boleh tahan untuk 2-3 hari jugak la.

Tu cerita manggis, ni aku cerita pasal rambutan pulak.

Actually, rumah atuk aku dulu takde seketul pokok rambutan pun masa aku kecik dulu. Memang yang ada keliling rumah tu manggis je. Jering kalau boleh dimasukkan dalam kategori buah, kira ada la sebatang je pokoknya. Kalau nak dicampurkan lagi dengan buah² yang lain, kira ada la jugak pisang, kundang (aduh, rindunya nak makan kundang), jambu batu dan tak lupa jugak buah jambu air. Owh, jambu air pun aku rindu sangat nak makan fresh². Lain kali aku citer kisah jambu air ni.

Oklah, berbalik kepada citer rambutan. Disebabkan keliling rumah atuk aku ni takde rambutan. Maka, aku selalunya bergantung stok rambutan dari rumah jiran² yang mana anak² tuan rambutan tersebut adalah kawan² kepada aku. Jadi, aku ni selalu la menempek muka kat rumah diorang kalau sampai masa aku teringin nak makan rambutan. Ajak la kawan tu sama² kait rambutan tu kan. Sebab nak ambik sendiri sorang², segan la pulak. Pastu rambutan ni, agak² susah sangat nak kait biasanya aku panjat je pokok die. Hahaha, betapa ganasnya aku masa tu kan. Yelah, zaman tu mana ada sopan² bertudung ni semua. Tu zaman rawk kapak aku. Keluar rumah pakai seluar pendek je, selambe!

Tanya la semua orang kat kampung tu, especially orang tua yang memang dah dok lama kat situ. Sape tak kenal aku dulu masa kecik macam mana. Aku lah ratu ukur jalan kampung. Kalau time cuti sekolah tu. Semua rumah kat lorong rumah atuk ni adalah rumah aku jugak. Hahahaha.

***************

Tapi tu semua dulu la. Sekarang, mana ada dah peluang nak mengganas² macam tu. Lagi pulak bila dah berlaki ni kan. Takkan aku nak panjat pokok lagi? Hahaha. Tapi kalau bagi peluang aku panjat pun. Aku tak berani dah rasanya. Gile nak memanjat dengan badan yang dah besar anak gajah ni. Dulu² takpela, slim melim. Boleh menyelit celah² dahan pokok rambutan tu selambe² je. Kalau sekarang ni aku try, takut kang tersangkut pulak celah dahan tu sampai kena panggil bomba nak turun kan aku. Dah macam dalam citer senario pulak scene Syanie masuk longkang pastu kena panggil kren nak angkat die. Wakaka, lawak².

Sekarang ni, pokok manggis keliling rumah atuk aku ni pun tinggal baper batang je. aku rasa less than 10 la kot. Dulu memang banyak gile! Jenuh la nak mengabiskan kalau tiba masa semua pokok pun ada buah yang masak. Sampai lenguh² leher mengait tapi tak abis².

Tapi sekarang ni dah ada sebatang pokok rambutan. So kalau masa musim rambutan berbuah macam sekarang, takde la aku kena menebeng muka nak mintak simpati pasal nak makan rambutan kat rumah kawan² kan. Hahaha. Paling tidak pun, sekarang ni kalau aku nak sangat, beli je kat pasar malam ke, tepi² jalan ke. Melambak ada orang jual. Makan la sampai buncit perut kan. Hahaha.

Yang lagi best, aku dah kawen. Dan orang yang aku kawen itu ada kampung yang ada banyakkkk buah²an. Rambutan je sekali ambik berguni² boleh dapat. Durian pun keliling rumah ada. Heaven rasa bila sampai musim kan. Lagi bestnya, takyah susah² aku nak panjat ke, terdongak² ke nak mengambik buah tu. Ramai je yang sudi nak ambik siap² sebelum aku sampai kampung. Kot kalau takde orang ambik sangat pun, aku kerah jela bie ambikkan. Untuk bini tersayang katakan. Takkan tak sanggup?

Macam mana pun, aku tetap jugak la rindu zaman kanak² aku dulu kan. Zaman tak kisah walaupun mulut comot makan rambutan. Baju comot makan manggis. Muka berlengas² time memanjat pokok. Tapi, semua tu tinggal kenangan jela. Skang ni kalau nampak pun buah atas pokok, tak serajin dulu la nak mengait² dengan galah. Tak kuasa dah nak berpeluh² badan mendongak bawah matahati.

Sekian, entry kenangan lalu saya.. (Mode: syahdu²)

Nota kaki lapan: Nak buat camne, masa akan terus berlalu. Walau macam mana pun kita cuba hentikan, kita takkan mampu lawan kuasa tuhan yang satu tu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, August 03, 2010

Port feveret saya kat rumah sekarang ialah..

Ding dong..


Akhirnya berguna jugak 2 bijik bangku ni..

Sekarang ni kalau bie balik lambat ada la 'kawan' aku kat rumah sementara menanti die balik. Yelah, adakalanya rancangan kat tv ni takleh pakai jugak. Bosan je semua channel yang ada. Maklum ler, rumah saya takde asterow. Tapi masa dok rumah berasterow pun, kadang² bosan jugak. Dah citer yang ada kalau tak ulangan, ianya adalah sangat bodoh untuk ditonton.

Tapi bukanlah aku kata aku nak boikot asterow. Cuma sekarang ni keadaan tak memerlukan aku memasang menda alah yang membazirkan duit itu kat rumah sewa ni. Payah nanti kalau nak berpindah randah. Insya-Allah, bila rumah sendiri dah siap, start je duduk sana tu, asterow antara benda yang pertama aku pasang. Boleh jugak anak² aku nak layan Cartoon Network ke, aku nak layan asterow Oasis ke (ceh, islamic ler sangat kan) tak pun bie nak layan AXN ke. HBO apejadah yang lain tu takyah la. Buat membazir je kalau ambik. Tak tertengok pun nanti.

Tapi baby yang diatas tu tetap la akan terus menjadi kawan baik aku walaupun aku ada komitmen lain (contohnya anak, rancangan tv yang best ke apa). Berinternet tu dah sebati dalam jiwa dowh! Bukan semata² untuk FB la. Aku bukan gile FB macam ada sesetengah (ke kebanyakkan?) orang di luar sana. Malas nak tersangkut ke terpaut ke. Tu pasal la aku tak accept mana² invitation main game pejadah yang melambak dalam FB tu. So, kepada kawan² di luar sana, takyah la susah² invite saya ek. Saya ignore gak sudahnya nanti. Buat penat je korang klik nama aku tu.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. (penutup langsung takde kena mengena kan. Motif?)


Nota kaki lapan: Walau sibuk mengadap lappy & tv, jangan sampai lupa tanggungjawab dengan tuhan mahupun suami / isteri.. Sila insaf beramai²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, August 02, 2010

Kan ku kerjakan kamu..

Ding dong..

Hari ni balik keje sharp pukul 6. Memang takde menunggu walaupun seminit. Aku ada misi penting malam ni yang perlu diselesaikan sebelum beradu. Awal² dah pesan kat bie malam ni aku tak masak. So, mintak die singgah beli lauk sebelum sampai rumah.

Apa misi penting yang buat aku terkejar² nak balik tu?


Habuk yang penuh serumah, baju bergantung yang dah lama menunggu nak di-iron & selonggok kain baju yang mintak dilipat. Macam mana tak terlonggok, asal datang je hujung minggu ada je hal yang datang. Kalau hari keje pulak, aku punya tahap kerajinan tu adalah berada di tahap sifar. Lagi² sebab minggu lepas aku puasa, balik je rumah dah sibuk nak masak mengejarkan waktu berbuka. Memang bila mikirkan nak layan keje² ni memang malas la.

Jadi, aku nekad malam ni nak settlekan semua. Lantai dah bersih dari sebarang habuk. Seterusnya, nak selesaikan baju yang menimbun itu. Semoga momentum kerajinan ini berterusan hingga ke hari² yang akan datang.

Jadi, marilah kita mulakan kerja yang tertangguh itu..

Nota kaki lapan: Nak pakai bibik tak mampu. Lagipun rumah sekangkang kera. Kang makan gaji buta pulak cik bibik tu kan.

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Sunday, August 01, 2010

Penatnya..

Ding dong..

Aku kepenatan. 2 patah perkataan yang cukup untuk menggambarkan keadaan aku sekarang ni. Mata ni sebenarnya rasa nak tidur je dari tadi, tapi aku gagahkan. Petang tadi pun dah 'terpengsan' secara tak sedar bila hari menjelang maghrib. Yang cantiknya, tengah² landing baik punya layan mata sorang² dalam bilik, mak mertua aku masuk bilik. Ambik ko sedas kena bebel tidur maghrib². Hahaha. Asalnya bukan la nak tido sangat pun, nak rehatkan kepala je kejap. Tapi sudahnya terlelap jugak. Kalau bukan sebab bie datang kejut, memang sampai ke pagi esok la. Mengenangkan aku kena balik rumah malam ni sebab esok keje, kena jugak la bangun cemanapun.

Maunya tak 'terpengsan'kan, hari minggu aku yang sepatutnya dihabiskan dengan rehat, aku guna sepenuhnya berjalan ke sana ke mari. Jumaat malam dapat arahan dari MIL, die ajak tido Taman Kop. Hari Sabtu pagi² subuh lagi aku dah bangun. MIL & FIL bertolak pagi² tu balik Lipis, jadi aku ni mengantar sampai ke muka pintu la. Lepas tu terus keluar carik sarapan pulak. Jadi takde la sambung² tido dah. Pagi tu pulak, bie nak pegi main paintball kat Ulu Yam. Nak taknak kena jugak aku ikut sebab kat rumah tu ada abang ipar aku je. Huhuhu.


Askar Jepun

Aku memang tak dibenarkan terlibat dengan sebarang aktiviti lasak dah. So, aku memang jadi penonton merangkap tukang jaga barang. Nasib baik la bawak En. Acerintos ni sekali. Kalau tak, kebosanan jugak aku. Sepanjang diorang 'berperang' dalam field, aku dok luar layan Chuck Season 3. Hahaha. Kalau tak, mau mati kutu aku tak tau apa nak buat sorang². Selalu tu aku masuk jugak jadi cameraman, tapi masa tu kamera pun takde. Nak jadi cameraman macam mananya.

Kat situ je dah abis separuh hari. Dari pagi pukul 10 sampai la pukul 3 petang duduk kat situ. Lepas paintball, diorang layan mandi sungai pulak. Aku dok tepi je layan tengok. Tak bawak baju spare nak join sekali. Agak terpancar kekecewaan di situ, huhu.

Balik dari Ulu Yam, terus singgah makan kat Bangi Kopitiam. Sepatutnya nak attend kenduri doa selamat tengahari tu. Tapi perut masa tu dah kebulur, kena jugak isi dulu. Lepas siap makan, balik rumah MIL bersiap lebih² kurang then terus keluar balik. Sampai rumah kenduri, nak taknak kena la makan jugak sikit. Kang kecik pulak ati tuan rumah yang tak baper kecik tu kan, hahaha. (Sori Sham, lauk memang sedap² tapi perut dah takleh terima. Bukan tak sudi nak makan banyak ke apa).

Dari rumah kenduri tu, teruskan perjalanan ke Lowyat pulak. Nak mencari 'baju' untuk En. Acerintos ni. Kesian pulak kulitnya yang halus mulus tu dibiarkan calar² nanti kan. Lagi satu, ke sana sebab nak register 'berokben' yang dijadikan pasangan 'sehati berdansa' untuk En. Acerintos ni. Jalan pun boleh tahan la die punya jem. Dan, baru la kami tau mana duduknya dan rupanya Pavillion yang disebut² ramai itu. Sebab memang lalu situ. Tapi, sorry to say. Payah la aku nak jejak situ kot. Sesak padat sangat dengan kanak² yang rasa diri mereka ialah orang dewasa. Makcik adalah bosan kalau pegi tempat dipenuhi dengan spesies itu.

Bie pulak kecuakkan sebab dah lama tak drive dalam KL sesak² dengan manusia macam tu. Nasib baik la dapat jugak jumpa jalan masuk parking Lowyat tu. Siap die boleh buat u-turn tengah² jem ceruk lowyat tu. Tak kira la kan, yang penting cepat dapat lepaskan diri dari manusia yang bersepah macam semut tu. Tapi bila masuk dalam, sama jugak tahap kesemutan manusia di dalam tu.

Kami terus pegi register 'berokben meksis' kat dalam. Kojap yo dah settle. Bie tanya soalan² lazim sebelum isi borang. Padahal sebenarnya semua yang ditanya tu dah ada jawapan dalam kepala. Tapi saje jela nak bagi salesman tu berusaha sikit nak convinced customer kononnya. Lepas isi borang, tak sampai 5 minit sudah pun activated. Hurm, impresive! Tak sangka aku cepat betul sekarang ni. Macam main petik² jari je semua dah settle. Yang penting, dalam poket kena la ready sejumlah kepala agung ataupun beberapa keping kad-plastik-berchip. Apa nak, semua dapat. Untuk hal yang ini saya dengan rasa sukacintasayangnya mengucapkan terima kasih buat hubby nan sorang itu. "Thanks kasi saya chan nak surfing² sesuka hati di mana². Ailapyusomuch.." :)


Pura² nak isi borang,
padahal aku jugak yang jadi tukang isi sudahnya


Settle hal 'berokben'. seterusnya mencari baju (body skin & screen protector) untuk En. Acerintos. Puas pusing sana sini, semuanya yang ada jual, tak provide pemasangan. Aduh, kena pasang sendiri yang makcik letih mendengarnya tu. Last² beli je yang murah. At least kalau tersalah pasang ke apa, takdela aku terasa nak menjadi hulk hijau kejap kan, hehe. Settle beli, terus lari balik rumah MIL. Niat di hati nak balik kemas barang lepas tu balik rumah sendiri. Tapi tiba² buat keputusan last minute, tido situ je. Padahal esoknya kitorang nak keluar lagi, baju extra takde. Jadi agak²nya tau tak apa yang terjadi? Kami selamba je pakai baju yang sama tu. "Wangi lagi ni, takpe!" :P

Dan aktiviti di hari Ahad, karok session bersama geng Ikan Bakar Saban Tahun. Ahli yang terlibat ialah Namo (Pengerusi majlis), Rina + Azhar = Fatin (The Jackson Wonder Family) dan aku (penyanyi jemputan khas) serta bie (mangsa keadaan, kena paksa ikut dan paksa suruh nyanyi.. haha!). Kami semua berkarok kat Redbox Sogo. Sebab tu tempat feveret Cik Organizer. Yang lain follow the leader jela. Karok session ni pertama kali untuk aku & bie la. Tak pernah² seumur hidup jejak tempat gelap² sambil terlalak menyanyi camtu. Betapa kesucian minda kami diragut dengan rakusnya hari ni kan. Hahahaha. 'Gurau je Namo, jangan serik ajak aku lagi lepas ni. Kmie dah surrender, takmo dah die ikut lepas ni.'


penyanyi harapan 2020

Kesian bie, kena paksa nyanyi jugak satu lagu. Puas pujuk last² die mengalah demi isteri tersayang kan, hehehe. Takpela, lepas ni ayang tak paksa dah ikut. Tapi paksa sponsor, jela. Bleh?? :P


tukang update status masa orang lain sibuk nyanyi..

Sekian, laporan hujung minggu saya.

Nota kaki lapan: Penat² pun tau² dah penuh citer, tak sedar pulak dah menaip panjang, hehehe..


Till my next post.. Bye bye bye..


-END-
Related Posts with Thumbnails