Tuesday, August 03, 2010

Port feveret saya kat rumah sekarang ialah..

Ding dong..


Akhirnya berguna jugak 2 bijik bangku ni..

Sekarang ni kalau bie balik lambat ada la 'kawan' aku kat rumah sementara menanti die balik. Yelah, adakalanya rancangan kat tv ni takleh pakai jugak. Bosan je semua channel yang ada. Maklum ler, rumah saya takde asterow. Tapi masa dok rumah berasterow pun, kadang² bosan jugak. Dah citer yang ada kalau tak ulangan, ianya adalah sangat bodoh untuk ditonton.

Tapi bukanlah aku kata aku nak boikot asterow. Cuma sekarang ni keadaan tak memerlukan aku memasang menda alah yang membazirkan duit itu kat rumah sewa ni. Payah nanti kalau nak berpindah randah. Insya-Allah, bila rumah sendiri dah siap, start je duduk sana tu, asterow antara benda yang pertama aku pasang. Boleh jugak anak² aku nak layan Cartoon Network ke, aku nak layan asterow Oasis ke (ceh, islamic ler sangat kan) tak pun bie nak layan AXN ke. HBO apejadah yang lain tu takyah la. Buat membazir je kalau ambik. Tak tertengok pun nanti.

Tapi baby yang diatas tu tetap la akan terus menjadi kawan baik aku walaupun aku ada komitmen lain (contohnya anak, rancangan tv yang best ke apa). Berinternet tu dah sebati dalam jiwa dowh! Bukan semata² untuk FB la. Aku bukan gile FB macam ada sesetengah (ke kebanyakkan?) orang di luar sana. Malas nak tersangkut ke terpaut ke. Tu pasal la aku tak accept mana² invitation main game pejadah yang melambak dalam FB tu. So, kepada kawan² di luar sana, takyah la susah² invite saya ek. Saya ignore gak sudahnya nanti. Buat penat je korang klik nama aku tu.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. (penutup langsung takde kena mengena kan. Motif?)


Nota kaki lapan: Walau sibuk mengadap lappy & tv, jangan sampai lupa tanggungjawab dengan tuhan mahupun suami / isteri.. Sila insaf beramai²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

k-mie said... Jawab Balik

orang lain kalau takleh FB tu sampai tahap taknak keje pun ada. kalau nak ikutkan apa la sgt FB tu dalam hidup kita pun. dulu2 takde FB boleh je idup, keje sumer..

ch@ said... Jawab Balik

nko ckp FB mcm tu, aku tgk status nko pagi, malam, tengah hari berupdate. gila rajin, kalo tak layan FB mcm aku ni ha... langsung tak peduli org, main game aje. ekeke...

i.z.m.a said... Jawab Balik

@bie
hurmm.. pedas semacam je komen tu kan.. :P

@syasya
update status dengan mengadap FB tu 2 perkara berbeza.. aku letak status lepas tu tutup balik.. ala, ko tu tak layan fb pun sebab internet kat umah ko slow, kalau tak sama je..

k-mie said... Jawab Balik

takde la pedas mana, ingatan utk diri sendiri & family sendiri jgk. takde makna duit melambak tp tak appreciate satu sama lain. sehari dah ngadap internet puas2 kat opis, kat rumah layan la isteri pulak. takkan kat rumah pun nak ngadap game lg, camtu baik takyah kawen. dok membujang je, bleh hadap game tu puas2 sampai mati..

syasya: konsep sama, medium berbeza. kalau game tu kena block ke takleh bukak ke, takleh idup jgk ke ko?

Related Posts with Thumbnails