Friday, August 20, 2010

Tiba² je boleh berbuka puasa sesama..

Ding dong..

Semalam ada satu insiden yang tak diingini berlaku di pagi hari. Yang menyebabkan bie terpaksa lupakan harapan masuk-opis-awal-balik-awal. Sejam die menunggu tapi sia². Nasib baik la ada lagi satu kete yang aku guna, maka berkongsi kete la kami semalam pegi keje. Die hantar aku, lepas tu die teruskan perjalanan ke Putrajaya macam biasa. Sebab dah lambat macam tu, maka peluang untuk die balik berbuka kat rumah petangnya adalah amat tipis.

Pikir punya pikir, die mintak aku turun ke Putrajaya berbuka kat area sana je. Kepala aku terus terpikirkan kawan² yang memang ada kat sana. So, pagi² terus roger tanya adakah diorang free nak ajak berbuka sama². Sebab kalau harapkan aku dengan bie punya idea tempat makan kat Putrajaya tu, memang zero la. Mana tau celah mananya kat sana yang ada tempat makan. Abis jauh pun ke Alamanda jela gamaknya yang kami tau. Nak main terjah masuk mana² jalan, takut la sesat pulak nanti kan.


Mesti gambar dak tembam ni jugak yang lebih..

Mujur la diorang semua memang free. So terus set nak berbuka sama² tapi tempat kat mana tu to-be-confirm later. Aku & bie pun tak kisah sangat asalkan boleh makan sudah. Jangan bawak tah ke mana² sampai tak sempat makan sudah la kan. Aku memang serah keputusan kat diorang jela sebab aku rasa diorang lagi tau tempat area sana.

Aku gegas dari opis sharp pukul 4:30. Kalau boleh nak mengejar masa sebab taknak bersaing dengan orang yang balik pukul 5 nanti. Kang sesak pulak LRT. Owh, terima kasih la kepada Cik Puan Syasya sebab tumpangkan aku sampai ke LRT Universiti. Kalau tak, terpaksa la naik cab yang akan mencekik sebanyak RM9 duit aku. Selagi boleh jimat, memang nak jimat la. Sampai je LRT, orang memang dah padat. Masuk dalam tren pun tak dapat duduk. Tapi sebab dekat aku tak kisah sangat la. Yang penting sampai.

Dari KL Sentral pulak naik ERL ke Putrajaya. Orang masa tu dah ramai beratur. Aduhai, memang nampaknya harapan nak dapat tempat duduk tu takde la kan. Turun je kat platform, tren memang dah menunggu. Satu yang aku tak suka naik ERL ni sebab die takkan gerak selagi tak sampai masa. So kalau masuk awal², alamatnya sempat tido² mimpi² dulu la baru die jalan. But good thing is, memang masa die sharp. Setakat ni, dah 3 kali aku naik tak pernah sekali pun rasa delay ke apa. Walaupun tak dapat tempat duduk, aku redhakan jela. Dengan laptop yang tersandang, sampai sakit bahu setengah jam berdiri camtu. Nak letak kat tempat beg, takut terlupa pulak. Yelah, makcik ni kan dah tua nak..

Sampai Putrajaya tepat pukul 5:50. Dalam hati dah pikir tak sempat la nak carik tempat makan agaknya. Sebab aku agak kalau lambat camtu mesti kedai² pun dah penuh. Orang yang nak menyambut ketibaan aku pun tak nampak bayang lagi. So terus port kat bangku, bukak laptop, update status FB. Hahaha, sempat lagi tu kan. Yelah, makcik ni takde blackberry mahupun iphone ye anak². Henpon makcik ni pun cokia je, tak larat nak online² via mobile ni. Tak cukup kaya lagi la.. :P

Lepas baper minit menunggu, Cik Puan Zura call. Nice! Sebab masa tu memang dah kebosanan sebenarnya (saya bukan FB addict ye, harap maklum). Elok² pulak tengah aku nak jalan ke kete diorang, nampak dari kejauhan sang Kenari merah gagah berani pun baru sampai. So, timing memang just nice la kan. Bincang² mana nak makan, then terus gerak sebab taknak buang masa. Thanks to Encik Akmal a.k.a Batu sebab sudi jadi pemandu arah. Die la yang jadi tukang pilih tempat. 'Weh, ko bawak kete laju sangat la. Takleh ajak konvoi orang macam ko ni..'

Yang eloknya, masing² sementara menunggu nak berbuka, borak tak ingat dunia. Gelak ketawa macam duduk kat rumah sendiri kan. Orang keliling jeling baek punyer! Tapi kitorang bukan peduli pun, bukan usik orang kan. Hehehe. Lagipun, masa² macam tu la nak chill dengan kawan². Buat apa nak hipokrit kontrol ayu? Tapi bila makanan sampai, semua senyap. Lapar kan. Encik Akmal kata "makan bersederhana pun kenyang, alhamdulillah". Tapi aku rasa, tak sederhana pun menu malam tu compare to menu biasa orang makan kat rumah kan. Jadi, aku adalah paham kenapa perut die semakin maju ke depan.. :P

Lepas makan sambung lagi borak. Dari kedai yang mulanya penuh sampai lah lengang jadinya. Tinggal berapa kerat je manusia yang duduk makan (tu pun sebab diorang baru sampai). So bila rasa masa dah time, bangun dan pegi lah bayar. Aku tak tau pun baper jumlah semuanya. Makanya, kalau lebih aku halalkan, kalau kurang aku mintak halal ye kawan². Sambil berjalan ke kete sempat lagi sambung borak lagi 15 minit macam tu. Haha, tah apa benda citer la yang tak sudah² boraknya tu aku pun tak tau. Banyak mengarut je sebenarnya. Mengarut takpe, jangan mencarut. Dosa!

Moga² ada lagi lepakking together macam ni lain kali. Tak semestinya event makan² la. Kot kalau nak ajak jogging ke, main boling ke, paintball ke (oopss, ni takleh join la), daki Bukit Broga ke tak pun just lepak picnic tepi pantai or air terjun pun ok jugak. Asalkan event tu adalah sesuatu yang boleh mengeratkan silaturahim, silaturahman dan silaturahmah pun boleh la. Hahaha..

Nota kaki lapan: Banyak² event, yang berkaitan dengan makan la yang aku paling minat.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails