Sunday, October 04, 2009

My very first own open house..

Alhamdulillah, berjaya jugak aku organize open house kat rumah sendiri akhirnya. Selama aku hidup ni, kalau ada pon kawan² yang nak datang beraya ke rumah, semuanya mak atau makcik² aku yang buat semuanya. Aku cuma jadi co-chef je, potong bawang, basuh² ayam. Tapi semalam, aku berjaya melakukan semuanya sendiri!! Dari membeli barang, sampai la kepada segala jadah kerja. Dibantu oleh co-chef bertugas pada hari tersebut, En. Zulkhaimi a.k.a 'bie yang ensem' yang juga merangkap driver dan tukang evaluate rasa. Die jugak la yang first sekali 'qc' masakan aku pada hari tersebut sebelum tetamu yang lain datang. Mee kari hasil air tangan cubaan yang pertama, success!

Aku mula masak agak lambat sebenarnya, 10:30 aku baru terhegeh² nak start potong itu, basuh ini. Mana taknya, pukul 9 baru nak pegi beli barang. Nasib baik takde datang ikut time yang aku kasi, 11 pagi. Sempat jugak la pesan kat sesiapa yang berkenaan tu supaya datang lambat sikit. Lepas lebih kurang 3 jam bertungkus lumus, akhirnya siap jugak. Memang semua benda kami baru nak buat pagi tu. Pagi tu la baru nak kemas rumah, baru nak alih perabot sana sini. Nasib baik sempat. Thanks untuk 'cayang' yang banyak membantu. Lebih kurang pukul 1 semua benda siap terhidang. Dapat la aku berehat kejap nak ambik nafas.

Lebih kurang pukul 2, aku dapat call dari Pakcik & Pak Busu. Mereka menjadi tetamu pertama aku. Tak lama lepas tu Syasya & Wandi bersama si kecik Oni pulak sampai. Sesampainya mereka bertiga, Pakcik & Pak Busu dan ahli rombongan mereka keluar nak ke Ikea (haruslah ini menjadi tempat wajib nak pegi). Lebih kurang setengah jam lepas tu, sampai pulak Mizzi (teman seopis) bersama awek barunya. Sessi usik mengusik pun berlangsung dengan galaknya. Syasya & Wandi beransur pulang setelah baby Oni mereka puas tido, ada tempat lagi nak dituju katanya. Dan tak lama lepas mereka bertiga berangkat, muncul 2 orang anak sedara aku meriuhkan kembali suasana diikuti rombongan mak & ayah serta adik beradik aku yang lain. Gamat seisi rumah! Mizzi yang mula tersipu² akhirnya mengundurkan diri memandangkan seluruh ruang rumah aku yang kecik itu sudah pun dipenuhi dengan ahli keluarga aku yang baru tiba.


Ini la mereka yang datang semalam.. Tq semua!!


Kaum keluarga yang memenuhi ruang rumah..

Aktiviti biasa diteruskan. Melepak, makan dan menyepah (oleh anak² sedara aku tu). Sambil berehat² dan berbaring. Time ni kalau la ada yang datang lagi, sure segan nak masuk sebab rumah aku dah full. Kena duduk atas lantai kat dapur la gamaknya kot. Hehehe. Sementara menantikan rombongan yang satu lagi balik dari Ikea, sebab mereka ni dah ada plan nak ke Klang pulak. Jadi sempat la para driver melelapkan mata kejap. Rombongan ahli keluarga aku yang ramai ni pulang setelah hampir jam 7 malam.

Selepas je mak & ayah balik, tinggal la kami berdua. Kemas apa yang patut. Isi balik apa yang kurang. Masa tu tak tau lagi masih ada ke tak yang nak datang. Jadi standby je sampai pukul 10. Cadangnya kalau takde sape lepas pukul 10, maka kedai nak tutup la. Tapi tak sampai setengah jam lepak, dapat call dari Azhar-Rina. Diorang on the way. Dan selepas beberapa minit, Mila (my ex-classmate) pulak call. Kesian Mila, susah payah cari jalan nak sampai ke rumah aku. Mungkin tak familiar dan tambah pulak hari dah agak malam. Tapi, berkat kesabaran (siap dah salah jalan bagai) sampai jugak diorg bertiga. Mereka merupakan group terakhir yang meninggalkan rumah aku malam tu. Yang paling bagusnya, makanan yang aku sediakan memang ngam² habis. Takde la membazir!


Yang terakhir meninggalkan rumah.
Co-chef sedang sibuk di dapur! Thanks bie..


****************************************

Keesokkan harinya which is hari ni, kami bangun lambat. Membalas dendam sebab kepenatan semalam. Tambahan pulak tengah malam semalam bie terpaksa ke opis sebab ada hal yang harus dibetulkan secepat mungkin. Tinggal la aku seorang diri malam tu. Nasib baik dah siap kemas semua benda. Takde la aku sorang² kena buat semua benda. Sebaik je bie keluar, mata aku ni macam ditarik² suruh ditutup. Tapi aku tahankan sampai la cerita yang tengah aku tonton abis. Kemudian terus, ZZZzzzz sambil tv terpasang. Bie balik pun aku tak sedar. Dah tersedar pun aku mamai² je. Hehe, penat sangat agaknya.

Berbalik pasal cerita hari ni, adik bie (nana) call bagitau nak datang beraya. So, dengan pantasnya kemas rumah dan susun balik perabot kepada keadaan yang asal. Selesai berkemas, mandi dan menyudahkan segala macam kerja rumah. Kami pun bersantai la tengok tv berdua. Layan dvd citer Madagascar. Tiba² terdengar suara memberi salam, "Assalamualaikum, kami datang nak beraya". Terkejut jugak la aku kejap. Aduh, sekumpulan budak² datang nak beraya sebab diorang tengok pintu rumah terbuka luas. Selalunya mana pernah biar pintu terbuka. Nak taknak, kena la jugak layan. Nasib baik 5 orang je. Kalau 15 orang, abis la aku. Kebetulan jugak aku dah siap menghidang makanan untuk SIL aku yang nak datang tu. "Rezeki korang la budak², makan jangan tak makan."


Bie yang tengah seronok baca sinchan sebelum diserbu!!
Dapat la budak² duit raya. Kebetulan yang aku dah pack hari tu ada lagi.

Tak lama lepas tu sampai la SIL aku tu bersama boiprennye. Sudah besar panjang skarang, jalan² beraya pun dengan boipren. Bukan dengan mummy & abah dah. Hehehe. Takpela, asalkan pandai jaga diri. Lepas je diorang balik, aku dan bie meneruskan misi penting untuk hari itu. Tido sampai lebam! Hahaha, esok nak keje. Kena la cover balik rehat yang tak cukup kan. Apapun, thanks kepada yang sudi datang. Kepada yang tak sempat datang, jangan risau. Pintu rumah kami terbuka luas kalau nak datang bertandang. Tak kira la kalau bukan hari raya pun. Yang penting sekali, nak datang bagitau. Kalau tak nanti, makan biskut meri jelah ye, hehehe..


Note: Abah & mummy masih belum berkesempatan nak datang rumah nampaknya. Ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Takpe, insya Allah lain kali.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

5 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

aner gmbo oni....xde pun...aku dtg taw! :)

i.z.m.a said... Jawab Balik

Ada la.. cuba telek betul2..

k-mie said... Jawab Balik

ah nangis je, nak amik gambar pun takde mood..

Anonymous said... Jawab Balik

hmm no komen..

i.z.m.a said... Jawab Balik

Anonymous: tapi dah komen dah pun tu.. hmm..

Related Posts with Thumbnails