Thursday, October 01, 2009

Apakah Maknanya??

Selama ni kita banyak didedahkan dengan bermacam² iklan dan kempen kesedaran tentang bahaya rokok. Bahkan yang terbaru, iklan pasal seorang nurse india mengadap macam² jenis pesakit akibat daripada merokok. Sape je yang tak pernah dengar tagline ni "Don't break my heart.." Lebih² lagi kalau dihisap di kawasan yang tidak sepatutnya. Dan kalau tak salah aku, baru je beberapa tahun lepas pihak kerajaan kita menguatkuasakan undang² larangan merokok di kawasan dan tempat awam. Di mana agaknya perlaksanaannya? Aku hanya dengar ia hangat diperkatakan lebih kurang 3-4 bulan sebelum semua senyap dan kembali kepada keadaan asal (seperti sebelum hal perlaksanaan undang² tu dilaksanakan). Masih adakah yang ingat? Pernah satu ketika, seorang nenek berusia 60 tahun menangis merayu² pada pegawai penguatkuasa mintak dibebaskan selepas die didapati bersalah kerana merokok di tempat awam. Dan aku juga pernah melihat suasana di mana sekumpulan perokok² tegar melampiaskan nafsu merokok mereka di satu kawasan khas yang disediakan oleh pihak pusat beli belah, Sunway Pyramid kalau aku tak silap (boleh pon ikut undang² masa tu kan?).

Tapi sekarang, ke manakah hilangnya semua penguatkuasaan tu? Adakah boleh kita katakan penguatkuasaan undang² negara kita ni hangat² tahi ayam? Jangankan orang awam, kalau kita perhatikan di sekeliling kita. Mereka yang tersarung kemas di badan uniform yang melambangkan mereka pegawai yang sepatutnya melaksanakan undang² pun sama je, merokok di tempat awam ni umpama sudah terpadam dari mana² akta dan undang² yang dah ditetapkan dulu. Wahai pihak yang berwajib, di manakah tanggungjawab anda? (sila la jawab dengan perlaksanaan ye). Aku bukan apa, makin hari aku semakin rimas dengan kerenah perokok ni (sorry la kalau ada yang terasa). Mereka sepatutnya sedar asap yang keluar dari mulut busuk mereka tu lebih teruk kesannya berbanding yang mereka sedut. Jangan la jadi orang yang pentingkan diri sendiri! Kalau makan kat kedai² makan, terasa malang sungguh kalau duduk bersebelahan dengan meja yang ada perokok. Nak hembus pun slumber je tak pandang kiri kanan depan belakang. Selfish!

Yang membuatkan angin aku sedikit berapi sehingga terhasilnya entry ini ialah kejadian semalam. Aku dan bie sedang dengan santainya discuss² dengan client bie tentang projectnya untuk client die tu. Kami berbincang dekat petronas Mutiara Damansara yang dalamnya ada Burger King. Sedang leka berdiskusi, tiba² aku terbau satu bau yang sangat aku tidak gemar. F#$@!! Bau rokok!! Dan papan tanda larangan merokok betul² terpampang bersebelahan meja kami. Tak guna punya orang, kalau la tiba² ada kebocoran gas dari mana² tangki minyak petronas tu, bukan ke boleh meletup dan arwah kat situ jugak. Memang la belum jadi, tapi cuba berpikir pakai otak bukan pakai lutut! Aku pandang ke belakang, rupanya ada 2 orang minah (eh, ke mamat?) bapok tengah sedap layan rokon pam demi pam. Hembus siap kepul². Jadi, aku snap la die untuk kenang²an. Mana la tau kot² meletup betul, at least aku ada bukti kukuh nak dakwa diorang kan, huh!!


Pekejadahnya korang 2 orang ni hidup atas muka bumi? Baik mati la!!


Bie dan.....? Skandal ke ni malam² dating kat petronas?? Huhu.. Ooo, wifey ada kat sebelah, tukang snap gambar ni kan.. hehe

*************************

Entry Selingan

Semalam adalah hari terakhir untuk teman seopis bie keje kat opis tu. Jadi mereka adakan farewell kecil²an. Farewell besar²an akan diadakan bila check gaji Encik sponsor itu clear, hehe. Major namanya. Walaupun die adalah teman opis bie, tapi kami dah saling mengenali sebab selalu main paintball sama². Selamat maju jaya la untuknya kat tempat baru (a.k.a lama) selepas ni.


Tetiba lak aku ada di celah² kumpulan lelaki yang ramai ini.. Apakejadahnya la aku ni!
Psst.. korang perasan tak dalam gambar ni ada Imran Ajmain, haha!

Note: Nasib baik Bie tak merokok. Kalau tak lagi cepat la paru² aku ni jahanam. Fatal error terus lepas 10 tahun kawen agaknya..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

nape ko tak angkat papan tanda dilarang merokok tu, letak kat sebelah dorang....hehe!

nas said... Jawab Balik

alah rakyat malaysia ni pyh nak ikut undang2...mcm ketua polis katalah if letak hukuman mati sx pun diorg x heran..

i.z.m.a said... Jawab Balik

Ch@ - kalau papan tanda tu setakat letak je boleh la aku angkat.. ni dah bersimen. kang jadi hulk plak aku! huhu

Nas - yelah nas, memang mentaliti org2 kite ni stereotaip lagi.. bila la nak ada anjakkan paradigma tu agaknya..

Related Posts with Thumbnails