Friday, July 09, 2010

Gunting Dalam Lipatan

Ding dong..

Pernah tak korang rasa sangat² sedih sebab macam dikhianati orang yang korang paling percaya? Aku? Pernah, tapi tu suatu masa yang amat dulu la. Memang masa tu aku rasa dunia ni kelam kejap. Rasa macam nak slap muka die 180 kali. Tapi, aku tak buat pun. Sebab aku bukan jenis orang yang suka mengamuk tak tentu pasal. Aku boleh jamin tahap kesabaran aku biasanya boleh menjangkau tahap yang mengagumkan bila sampai dalam situasi macam tu. Habis kuat pun, aku baling barang je. Still under control bagi aku la kalau camtu. Sebab kalau dah masuk tahap aku pegi face to face hadap orang tu, memang panas telinga. Sebab aku boleh sound direct tanpa rasa belas kasihan dan boleh buat orang tu sampai terduduk (yes, i did that before).


Kan nampak keji je kan..
Dalam baik je ko nyorok situ!


Tiba² ayat pembuka kata aku hari ni sangat emo kan. Hahaha, serious said la, aku sket pun tak emo. Malah aku rasa sangat lapang dada pagi ni. Thanks to someone yang menyedarkan aku. I owe you something babe! Tak sangka rupanya peribahasa rambut sama hitam, hati lain² tu betul² terkena tepat ke batang hidung aku. Tak sangka sesangat la makcik ni nak oi. But anyway, aku rasa lega sebab at least aku tau sape dia yang sebenarnya di sebalik wajah konon² ikhlas dia tu kan. Glad to know that u are like that kind of person. Paling tak pun ada modal aku nak bergelak sakan dengan bie bila mengenangkan kebodohan dia tu.

Apa agaknya yang dia dengkikan sangat dengan aku ek? Aku pernah kacau hidup dia ke? Aku rasa tak pernah pun. Jangan kata nak kacau, nak cari pasal pun jauh sekali. Tapi, kenapa la dia 'ambik berat' sangat dengan apa yang aku buat? Sampai apa yang aku buat untuk diri aku, keluarga aku, yang sikit pun tak melibatkan hidup dia pun dia sibuk nak ambik berat sangat.
*Kepochi jugak ko ni kan*. Risau sangat ke kalau aku ni nanti mengatasi dia? Haih, semua tu kan rezeki dari tuhan. Janganlah kiasu sangat beb! Aku tak mintak sesen pun harta benda dia. Apa rezeki tuhan bagi, aku redha la. Kalau aku down pun, jangan risau. Aku ada suami yang cukup² penyayang nak tenteramkan aku. Suami yang takkan biar aku sorang² kalau aku stress, *kau ada*?? Oh, takpe. Aku tau hidup dia lebih baik dari aku. Fine, ambik la Batu Caves tu buat award okey!

Bagi aku, hidup aku adalah yang terbaik untuk diri aku. Apa yang ada sekeliling aku adalah kekuatan aku. Gagal sekali, aku tak takut la gagal lagi sekali. Tu semua tuhan yang tentukan. Apa yang aku buat, tu usaha aku. At least aku tau aku bukan jenis orang yang berpeluk tubuh. Terima je apa pun keadaan yang menimpa diri tanpa usaha? So not me ler kan. Jadi pesan aku untuk dia, sebelum buat apa², fikir 100 kali. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Takkan nak tunggu sampai badan binasa baru nak jaga mulut kan? Tuhan tu memang sentiasa adil. Aku tak tau direct, lama² tetap sampai jugak kat telinga aku bila tuhan tu nak aku tau. Hidup ni singkat, jadi kurangkan perasaan hasad dengki sesama manusia ni ye. Membazir je..


Jangan sampai jadi camni ye!

Entry kali ini sangat mengundang sesuatu kan. Hehehe, tapi jangan risau, aku masih mampu tersenyum. Sebab pada aku, semua ni tak effect pada hidup aku sikit pun. Just ini mungkin untuk ingatan sesiapa saje yang ada 'PhD' dalam diri tu. Tolonglah berubah, kita hidup ni tak lama. Tak tentu bila masa kita akan pergi tau. Takut nanti 'PhD' tu tak sempat nak khatam, dah sampai masa kita yang khatam dulu. Takut tak sempat mintak maaf beb. Salah dengan tuhan, kita mintak maaf dengan tuhan, settle. Tapi salah dengan sesama manusia, selagi tak mintak maaf tergantung la kat padang masyar nanti. But don't worry, aku maafkan dia. Aku taknak la amalan aku pun tergantung disebabkan benda² stupid macam ni. Apakah bendanya? It's for me to know, for you to find out. Nasihat aku untuk dia, sila jangan terlalu Mak Joyah sangat la in future. Tu saje, sekian..

Adioss amigos santos!

Nota kaki lapan: Pasni aku nak kaler rambut warna oren la, pastu pi sokong Belanda kat final WC..
:-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

hoho, terasa kena tempias sikir la...
wei ngape komen ko sblm ni dah kuar, aku punya tak kuar pun...huhu...

Related Posts with Thumbnails