Thursday, July 01, 2010

Pink Day.. Anyone know about this??

Ding dong..

Oklah, kisahnya bermula macam ni. Kami memang ada date dengan Subway tiap² bulan. Sebulan sekali wajib makan Subway sebab dah ada voucher yang dapat masa dapat kalendar awal tahun dulu. Rugi la kalau tak pakai. Kebetulan jugak, semalam jam aku yang 'mahal' ini mati. Mahal² pun tak guna jugak kalau dah mati kan. Jadi, aku ajak bie pegi One Utama nak menggantikan batterinya yang mungkin dah sampai hayat (Sila abaikan pasal mahal tu ye, aku gurau je). Tak tau kenapa aku punya jam mesti mati dulu. Padahal beli sama² dengan bie dulu. Haih, malang sungguh rasa.

Sambil berjalan mencari kedai jam, sempat la menyinggah kedai² spec yang ada nak survey² harga. Niat hati nak buat terus, tapi memandangkan masa yang dah agak lewat, aku batalkan niat tu. Aku tak tau ada cerita ke tak, tapi ini lah ceritanya. Spec aku yang sekian lama bertahan akhirnya patah dikerjakan dek budak tembam bernama Hafiy. Nasib baik la mood masa tu okey. Aku just abaikan je. Kebetulan spec tu memang perlu sangat diganti baru.

Lepas ganti batteri jam. Kami terus ke JJ. Aku nak mencari pakaian² kecik. Settle hanya dalam masa kurang 5 minit. Bie pun kagum. First time ever katanya. Tak pernah aku settle membeli barang secepat tu. Biasanya abis semua rack aku pusing sampai puas hati belek, baru decide nak ambik yang mana. Hahaha. Tapi semalam memang kepala amat fokus. Apa nampak, terus tengok lebih² kurang. Then terus sambar. Yang penting saiz, rupa belakang citer.

Ok, berbalik kepada citer asal. On the way dari JJ ke parking kereta, aku lalu kat stall Baskin Robbins ice creme. Masa mula² nak ke JJ memang ada lalu yang depan food court Arena punya stall, tapi selera mati sebab aku terbau macam ada bau kucing lepas beranak. Dey, apakah dalam shopping mall ada bau camtu kan?? Tapi bila lalu lagi sekali di tempat yang lain pulak, selera yang mati tadi hidup semula.

Yang paling best, ternampak ini..


Harus lah tidak melepaskan peluang kan. By the time kami beratur tu, diorang siap dah tutup lampu sebab taknak orang terus beratur. Ngehehe, kira aku ni antara yang bernasib baik la kan. Jadi, dapat la merasa makan aiskem di tengah² malam. Tak pedulik, yang penting dapat makan. Hahaha.


So, penah ke korang dengar pasal Pink Day ni? Serius, aku memang baru semalam tau. Sebelum ni memang tak tau menau langsung. Ni nak bagitau betapa kebetulannya semalam aku terpakai kostum pink kan. Sampai kena tegur bila sampai opis. "Pink nya hari ini kamu?". Hahaha..


Nota kaki lapan: Wearing pink is not a crime!! Kasi la can sekali sekala nak ayu-ayuan.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

saya suka warna pink.. ;)

i.z.m.a said... Jawab Balik

@zella y

Kadang² saya suke gak.. tapi selalunya tak baper sangat la.. :)

rina said... Jawab Balik

tak tauuuuuuuuuu!!!!!!! sejak bile..isk isk

ch@ said... Jawab Balik

aku tau ada hari pink, sbb aku pnh terbaca dulu tapi dah tak ingat ngape dia buat hari pink. hijau di hatikuuu....

Related Posts with Thumbnails