Sunday, July 11, 2010

Surprise Birthday Party Utk Padlie

Ding dong..

Pertama sekali sebelum aku mula bercerita ni, sorry Padlie. Aku harap ko tak marah dengan apa yang dah terjadi semalam. Semua tu sesungguhnya hanya la sekadar gurauan kami. Mungkin ianya agak melampau, tapi percaya la, niat kami cuma nak bagi ko satu kenangan yang ko boleh bawak sampai ke tua nanti. Yelah, zaman muda² ni la nak merasa buat camni. Kalau dah beranak pinak nanti, turn nak melayan kerenah anak² pulak. Takde masa dah nak surprisekan orang macam ni. So, aku harap ko ampunkan la kami, atau secara spesifiknya aku sebab menjadi salah seorang dalang dalam kejadian tersebut.

Kisahnya, beberapa hari lepas seorang hamba Allah yang mengaku sangat la akrab dengan Padlie ni merancang nak buat surprise sempena birthdaynya yang jatuh last few days. Baper haribulan ek, lupa plak aku. Then aku mendapat undangan untuk jadi salah sorang talibarut yang bakal merancang sama la kononnya (tapi sebenarnya role aku mula² hanyalah tukang beli kek dan makanan je). Jadi, perancangan teliti pun dibuat dengan penuh hati². Fai (si hamba Allah itu tadi) yang menjadi kepala kepada perancangan baik bersulam jahat ni. Masa dan venue pun dia yang tetapkan. Aku memang jadi pengikut semata². Dengar khabarnya, perancangan dibuat lebih kurang seminggu yang lalu (aku dapat undangan pun last minute).

Sampai hari yang dijanjikan, maka aku dan Sham a.k.a Dobot sudah get ready dengan segala makanan dan perkakasan. Kami gerak all the way from Gombak ke Kelana Jaya hanya sebab nak menjayakan misi ni. Singgah kat Giant KJ membeli apa yang perlu. Yang paling penting bukannya kek, tapi "hidangan misteri" untuk birthday boy. Hua hua hua (gelak evil). Selesai beli barang, terus ke Tasik KJ menanti kehadiran "mangsa keadaan" lepas semua yang sama² setuju nak jadi talibarut sampai. Fai memang pandai melekakan mangsa kami. Dah la tipu die kata nak pegi tasik sebab konon² nak training fotoshoot dengan DSLR baru mahalnya tu. Pastu singgah la plak masjid nak solat asar dulu, kononnya nak ambik berkat. Padahal, semua tu auta belaka. Yang ye nya, nak kasi kami betul² ready dengan segala persiapan (sambil kami menjadi mangsa nyamuk² yang kelaparan kat tepi tasik tu, seksa!). Hampeh punya sahabat kan, hahaha.

Sebaik je sampai, Padlie dah senyum tersipu² bila nampak kami (sekarang ko senyum la kan, hahaha). Acara terus dimulakan tanpa melengahkan masa. Masing² pun dah tak sabar nak ngap kek & KFC depan mata. Padlie pulak terharu sangat sampai nak makan pun tak lalu. Die tak tau, ada "hidangan istimewa" untuk die tengah menunggu kan.

Selesai makan, kami pura² kononnya nak buat sessi fotoshoot. Fai pun baik punya la setting tripod la, setting kamera la. Good job la kawan², memang aku berjaya ambik "hidangan" tu tanpa Padlie sket pun sedar. Yang Sham plak jadi tukang melayan si mangsa supaya die leka tak pandang kiri kanan. Elok je aku dah berjaya bawak "hidangan" ke depan, Sham capai 2 biji.

1.. 2.. 3.. cheeseeee, plekkkk!!


Hambek ko, telur sama tepung mencurah atas kepala. Punya la bersalji kejap terasa kan. Tapi serius, masa ni cuak jugak aku rasa. Takut kalau tiba² Padlie ngamuk die humban aku dalam tasik kan. Kot tiba² die tukar jadi kaler hijau, mampus aku. Tapi nasib baik, lepas few seconds dia mampu tersenyum balik. Siap masing² kena carut sedas sorang. Hahaha. *Mintak ampun penunggu gua, jangan makan saya!* Disebabkan takmo terus rasa bersalah, aku pun tolong la die masa cuci rambut tu. Tolong pegangkan tisu apa semua. Pasal nak kasi hati die cool balik kan. Aku, Sham & Fai, 3 kepala yang jadi dalang dalam kejadian tersebut. Yang lain setakat jadi tukang sorak, batu api, tukang gelak je. Masing² nak tengok wayang je, takmo ambik risiko kena campak masuk tasik. FYI, Padlie ni orang KJ. Takut kang kalau dia bengang, die panggil semua rakyat KJ humban kami. Mau tak jumpa jalan balik nanti, hehe. Tapi apapun, dia tetap cool seperti biasa. Syabas bro! Selesai dia bersihkan kepala yang penuh tepung bercampur telur. Kami boleh sambung borak² dan ketawa kukik² seperti biasa. Tapi setengah jam pertama boleh nampak la dia fobia. Nak duduk pun takut. Agaknya fobia kalau² ada acara tersembunyi lagi kan, hahaha.

Bila hari dah merembang ke hujung petang, kami pun decide untuk menamatkan sesi petang tu. Hahaha, muka mangsa tadi punya la lega. Kesian pulak aku tengok. Bersalam²an dan berpamitan. Pastu terus masing² ambik haluan masing². Aku menumpang kereta Sham je, jadi dapat la en. Bie menjadi bos duduk kat belakang (dah berkurun dia tak dapat naik kete duduk belakang katanya). Hehehe. Perjalanan pulang kami diiringi hujan lebat dengan petir dentam dentum. Dalam hati terdetik, ni sumpah padlie ke apa? Hahaha. Macam mana pun, kami akhirnya selamat sampai ke rumah. Selesanya naik Honda City Cik Sham yang best itu. Boleh la tumpang selalu.. :-P


Jadi, akhir kata. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bie, Sham, Fai, Semoh & Sam (bf Semoh). Yang penting sekali, terima kasih jugak kepada Padlie sebab bersabar dengan kawan² dia yang gila ini. Takpe, next time aku kasi chance kat ko plak nak tabur tepung tu. Aku dah tender resign dari jawatan ni sampai bila². Menggigil weh nak menuang ke kepala orang tu. Ko ingat senang ke? Hehehe.

Nota kaki lapan: Harap masa bulan January nanti korang semua tiba² hilang ingatan kejap.. :-p

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

k-mie said... Jawab Balik

saya tidak bertanggungjawab atas kejadian yg menimpa padli :D

Related Posts with Thumbnails