Monday, July 26, 2010

Get Together Again, Best!

Ding dong..

Entry lepas ada aku citer pasal aku pegi memenatkan menyihatkan diri dengan program JWOL kan. Balik dari program tu, sempat singgah rumah MIL kejap. Lepas tu terus balik rumah membawak badan yang kepenatan + kemengantukkan. Kat rumah MIL pun sempat la terlelap kejap masa tengok melodi. Ceh, nampak sangat dunia hiburan tak menarik perhatian aku dah kan. Mummy ajak pegi kenduri doa selamat petangnya, tapi dah ada program lain menanti. So, kena la tolak pelawaan tu dengan cara penuh bersopan iaitu - DIAM. Aku biar bie yang jawabkan, hahaha.. :P

Sebenarnya, petangnya dah ada orang booking free slot aku (pergh, tu maknanya aku ni memang maha busy punya manusia, sampai kena booking² kan). Janji asalnya nak jumpa hari Sabtu petang, tapi sebab salah sorang kena keje pulak di hari Sabtu (cam bangl* je keje hari Sabtu kan), maka perjumpaan tu ditunda ke hari Ahad. Kalau ikutkan pada badan yang penat, malas rasanya. Tapi aku gagahkan jugak. Kalau bukan sebab ada budak comel yang menanti nak jumpa aku (ceh, tiba² plak die yang nak jumpa aku kan), tak kuasa nak bangun dari tido petang tu.

Elok² je keluar, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Janji nak jumpa kat IOI Mall. Jadi kenala lalu LDP yang dah famous dengan tahap jemnya yang kadang² melampau sangat. Tapi nasib baik la slow moving je, kalau jem tak bergerak menyumpah jugak aku tu. Dah la aku ni kalau duduk dalam kereta hujan², hati tu berdebar² je. Fobia manjang. Sampai² IOI Mall, mencari parking pulak berpusing². Ni semua kerana Siti si mak buyung la nak makan Mekdi GCB kat IOI Mall. Ikut hati aku, ajak jumpa kat mamak je sudah. Takyah la pening nak cari parking kan. Selera ibu mengandung, kena layankan jela. Hehehe..

Lepas dapat parking, terus roger² pengerusi majlis MamaTuya a.k.a Zura. Rupanya tengah sakan melayan mak buyung shopping barang baby kat Jusco. Aku malas nak join, so terus ke Mekdi. Perut pun dah ala² berbunyi lagu lapar. Orang ramai tak hengat punya. Tak sangka, IOI Mall tu dah besar rupanya. Pastu ramai manusia pulak tu. Dulu² takde la seramai itu manusia yang datang (aku pernah duduk menyewa kat Puchong tahun 2003 dulu). Dalam hingar bingar manusia, tiba² Semah call. Tanya aku kat mana. Rupanya die pun dah sampai. Kami bertiga makan dulu meninggalkan yang lain.



Tak lama sangat pun menunggu. Dalam setengah jam lepas tu, sampai pun diorang. Kemal a.k.a Batu & Siti, Shah & Zura diiringi Piya & A'an yang makin debab dan comel. Piya ni kawan gaduh aku setiap kali jumpa. Tah kenapa la aku suka sangat nyakat die. Macam seronok dapat dengar mulut die menceceh. By the way, die sebaya Hafiy. Lahir pun dalam bulan yang sama. Tak boleh bayang kalau diorang berdua berjumpa. Sama² kecoh pulak tu kan. Hahahaha. A'an pulak sampai² je terus jadi rebutan. Semuanya la nak pegang die kan. Comel sungguh budak kecik ini. Dah la comel, sangat behave pulak tu. Godek la macam manapun, die senyap je. Dah la gebu semacam pipinya! Geram betul, rasa macam nak cubit². 'Weh Zura, ko bagi makan vitamin apa dak A'an ni aa?'


Alahai tomeynye awak ni!!

Kitorang just lepak dan borak² sambil gelak² tak ingat dunia. Batu memang jadi pak lawak kitorang la petang tu. Ada je benda yang die cakap buat kitorang ketawa terbahak². Macam tak percaya je mamat sengal ni dah nak jadi bapak tak lama lagi.

Kepada kawan² yang tak dapat join, harap korang tabah la sebab tak dapat join ek. Mana² yang terbatuk² petang semalam tu, adalah yang jadi bahan kutuk² belakang kitorang agaknya kan. Insya-Allah, lain kali kite plan lagi gathering² camni. Syok jugak dok kumpul balik ramai² sambil mengenangkan kebodohan zaman remaja dulu kan. Hahaha. So, next gath kite maybe majllis berbuka puasa la kan. Bestjugak tu kalau jadi realiti!

Nota kaki lapan: Lama dah kita kenal kan kawan². Cepat betul masa berlalu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails