Thursday, July 29, 2010

Aku yang tak prihatin atau kau yang tak paham?

Ding dong..

Apa yang akan korang buat bila ada orang approach dengan benda² charity masa ko tengah jalan to somewhere? Ignore? Layan? Buat tak nampak? Senyum & blah? Tunggu & dengar sampai habis die membebel?

In my case, berlaku semalam. Aku baru turun dari kereta dan berjalan menuju ke sebuah bank (terkemuka di tanah air ni) nak cucuk ATM mengambik saki baki duit yang ada. Sebelum masuk, ada la salah sorang daripada yang ramai² tu bagi aku kad yang rupanya macam poskad ucapan. Alkisahnya, diorang ni tengah cari donation untuk rumah anak yatim bawah kelolaan bank tersebut. Aku ambik & terus masuk bank. Teruskan tujuan aku tanpa toleh kiri kanan sebab aku nak cepat. Dan sebab aku nak cepat, aku isi siap² apa yang diorang mintak atas poskad tu. Ucapan, tick pilihan, isikan nama & email address.

Aku melangkah keluar dari bank dengan penuh bergaya dan mantap sebab aku nak cepat. By the way, aku puasa semalam. Dan tujuan aku lepas ambik duit tu nak ke pasar malam pulak. Nak mengejarkan masa nak sampai rumah sebelum azan magrhib berkumandang la kiranya. Aku bagi balik kad tu pada seorang budak pompuan yang sedia menunggu kat luar (salah sorang dari mereka yang buat charity ni la). Then aku nak teruskan langkah, tiba² die tahan aku sebab katanya nak EXPLAIN apa yang diorang tengah jalankan. Aku besarkan kat situ perkataan 'explain'.

So, aku yang memang jenis tak suka nak menghampakan orang ni pun layankan jela. Bagi la die chan nak bercerite dengan aku kan.

Si Budak Itu: Ok kak, hari ni kami kat sini nak buat kutipan derma untuk rumah anak yatim bawah kelolaan kami.

Si Budak Ini: Ok..

Si Budak Itu: Macam yang akak nampak dalam brochure ni, sehari budak² ni memerlukan lebih kurang RM11 untuk makanan, pakaian, tempat tinggal.. bla.. bla.. bla.. Sedangkan kita sehari pun belanja untuk makan pun lebih RM10 sehari kan..

Si Budak Ini: (Dalam hati) Aku belanja RM5 sehari untuk makan boleh je.. (Angguk² kepala)

Si Budak Itu: Jadi tujuan kami hari ni nak kutip donation seikhlas hati daripada orang ramai. Kami tak mintak banyak, bukan RM50, bukan RM100.. Tapi cuma RM1.20 je sehari atau bersamaan RM38 sebulan. Takde paksaan, akak boleh bagi masa nak je. Maknanya bukan la tiap² bulan akak wajib bagi RM38 tu.

Si Budak Ini: Hurmm.. (sambil angguk²)

Si Budak Itu: So akak boleh bagi IC akak dan saya boleh isikan borang terus untuk akak.

Si Budak Ini: Err.. Lain kali boleh. Bagi saya kad untuk contact ke, atau saya datang ke bank terus buat benda ni.

Si Budak Itu: Kami ni charity kak, mana la ada kad² ni. Buat terus sekarang la kak..

Si Budak Ini: Hurm, takpela. Lain kali maybe..

Si Budak Itu: La, takkan next time² pulak kak? Charity ni, bukan selalu ada. Saya ingat akak nak terus buat tadi..

Si Budak Ini: Eh, kalau camtu takpela. Saya takmo buat.

Lepas tu aku terus blah dari tempat kejadian.

Kat situ je masa aku dah terbuang lebih 5 minit. Sebab adanya arguement yang tak sepatutnya ada. Bagi aku, kalau nak buat charity. Buat la, aku sokong. Tapi boleh tak jangan masukkan unsur² paksaan? Kita ni nak beramal, nak bersedekah, kena la ikhlas. Dah kalau sampai kena paksa, bukan la ikhlas dah jadinya. When I said next time, maknanya untuk masa tu memang hati aku tak terbuka la. Aku ni takmo la terus kata taknak ataupun ignore die sebelum aku dengar apa yang die nak explain. Tapi bila aku dah dengar and aku kata lain kali, please understand la. Why u have to forced me? Jangan tipu la cakap u do that for the sake of charity semata. Takkan takde komisen langsung kan. If not, u will not forcing people like that ler (see, tak pasal² aku bersangka buruk).

Actually, bukan la aku tak terbuka hati nak menderma ke apa ke. Tapi, aku takmo la buat keputusan on the spot. Kena la balik rumah dulu, tengok betul² mana sourcenya semua. Ke mana duit tu betul² disalurkan. Takkan buta² je aku nak bagi duit kat orang yang aku tak kenal? This is my hard eard money tau, bukan jatuh dari langit. Lain la kalau die tengok aku datang tu bawak BMW, parking terpacak! Ada ke die nampak aku sandang handbag Gucci ke, CK ke, or even Bonia kat bahu aku masa tu yang sampai die boleh assume aku mesti setuju on the spot nak bagi duit kat die? Der, gua pakai handbag cap JJ yang dah reput pun masa tu bai..

Jadi, pengajarannya di sini. Untuk sesiapa yang nak keje approach² orang macam tu. Please go learn some communication skills lah. Kita nak mintak duit orang ni, kena belajar macam mana nak convince orang and make that person feel secure. Dah kalau ko macam memaksa² atas nama charity, atas tiket beramal. Takde maknanya weh! Godaiplis..

Nota kaki lapan: Takde spelling check mahupun editing seperti biasa kerana gua membara dan panas masa taip entry ni. Sekian.


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails