Selepas sekian lama menanggung rasa mengidam, akhirnya hari ni dapat jugak aku melepaskan keinginan. Tadi dah dapat merasa makan burger bakar yang sebelum ni heboh sanat diperkatakan ramai. Asyiklah dok terliur bila orang update status fb tepek gambar makan burger bakar yang menggunung-gunung tingginya tu kan. Yang melimpah-limpah sosnya menggoda selera.
Muahahahahaha..
Itu pun nasib baik je dapat pegi tadi. Kebetulan hari ni bie balik awal. Aku langkah kanan la bertanya dia tadi sebelum dia balik keje. Maceh mucuk, tak sihat pun digagahkan jugak melayan tekak wife nan sorang ini ye. Sayang awak!
Pencarian tempat tak susah pun, sebab sambil jalan sambil gugel. Masa sampai kat seksyen 2 Wangsa Maju, tutup ler pulak. Tau dia tutup pun sebab kat situ baru terbaca update kat fb diorang. Tapi nasib baik yang kat seksyen 5 bukak (ni kat opis lama bie, terkenang2 memori lalu :p).
Kalau nak try rasa burger bakar ni, jangan terkeliru dengan yang satu lagi kat simpang traffic light (dekat2 Shell). Yang itu Rawang Burger Bakar, lain kampeni, lain mak lain bapak. Hehhe. Yang aku pegi ni Kaw-kaw Burger Bakar namanya. Letaknya kat deretan Gulatis, ada satu kedai makan nama Arena Kafe (dulu kat sini Ani Sup Utara). Tempatnya proper sket pasal ada kedai berbumbung. Sesuai la untuk aku yang ada anak kecik ni.
Parking depan kedai lagi you
Takyah beratur, orang tak ramai macam semut macam selalu tu
Dari segi rasa, aku tak reti nak rate sebab ni first time aku makan burger bakar gaya camni, homemade patty. Biasa aku makan burger bakar segera je, grill burger fast food (Burger King, Carl's Jr.) Tapi kalau ikut selera tekak aku, boleh bagi 5 bintang la. Harga pun boleh tahan jugak. Yang aku makan tadi double cheezy beef bacon. Ada 2 patty daging, 2 slice bacon & cheese. Harganya RM16. Kalau Carl's Jr. dapat yang single patty je harga tu. Patty dia pulak bersamaan dengan 2 keping daging burger biasa tu. Giler kentang!
Yummyliciously good! ~.~
Sampai tersenget2 tudung, nak makan punya pasal
Menyesal giler beb. Menyesal aku ambik double patty. Bukan menyesal sebab tak sedap, tapi sebab letih rahang aku nak mengunyah daging tu, banyak sangat! Kurang sikit nikmat makan. So, next time tak boleh tamak. Kena ambik yang single je cukup.
Lain kali boleh makan lagi kat sini. Sebab nak try tempat lain kebanyakkannya tempat tak berbumbung, susah sikit. Kena tunggu minah ni besar sikit la. Bagi dia reti duduk main sendiri tanpa perlu perhatian penuh abah & ibu.
Big lady boss
Sekian.
Nota kaki lapan: Hidup biar sedap!
Nota kaki lapan: Hidup biar sedap!
2 Mak Joyah Bertandang:
hi cakap pasal burger bakar kaw-kaw nih saya baru jer upload pics masa makan kat cawangan puchong. Memang best tapi banyak sangat so tak habis makan hehe.
Senang2 tu jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100% hehe tak de topik lain.
Kalau sudi follow yer blog saya TQ TQ TQ bebanyak
camne nak follow blog Sheikh Papa?
Post a Comment