Sunday, October 28, 2012

Marilah bertebi-tebi

Salam aidiladha. Dah lambat pun still nak wish jugak tak kira. Tahun ni kami bertiga satu family dapat ambik bahagian korban lembu. Tapi korbannya buat kat kampung bie je, kami tak join pun sebab tahun ni tak balik sana. Walaupun kalau ikut turn patutnya aku memang balik sana pun. Bie cakap sebab mummy tak balik, maka kami pun tak balik jugak. Jadi orang 'key ell' ler beraya kat bandar, huhu.

Tak apa aktiviti pun di hari raya, just ikut mummy beraya rumah pak sedara & mak sedara bie. Malamnya just lepak kat rumah je tengok tv. On the way balik dari beraya, bie tiba2 ajak ke One Utama esok (semalam). Aku tanya nak buat apa, dia jawab  "tebi2" la nak jadi "samseng" la. Pening jap aku nak proses. Tapi lama2 aku paham jugak. Dia nak menunaikan hajat aku yang dah sekian lama aku pendam. Tenkiu la sayang, memang senyum sampai telinga la aku sepanjang hari semalam. Hehehe.

Akhirnya aku selamat menjadi warga Samsung. Gtab2 10.1 sudah selamat menjadi hak milik mutlak. Lama dah teringin nak bertablet, tapi sebab dah ada laptop so macam banyak membazir pulak nak beli. Macamkan banyak benar benda nak guna. Tapi disebabkan kampeni baru bie takde bagi laptop macam kampeni yang dulu, so bie cakap dia boleh guna laptop tu kalau aku dah ada yang lain. Awalnya plan nak cari netbook, tapi nan hado. Takde orang dah nak jual netbook kot. Alang2, aku request tab jela. Yeahuhuhuhu! :)

So hari ni baru hari kedua ber'gtab'. Harap2 aura kerajinan nak mengupdate entry tu datang la nanti. Sekarang tengah belajar camne nak bubuh gambar dengan efisennya kalau update dari sini. Kalau guna laptop tu senang sket pasal gambar semua memang transfer dalam tu, application nak edit gambar pun senang guna. Dengan tab ni aku tak sure lagi camne. Takpe2,praktis banyak2 lama2 pandai la tu..

Sekian.

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails