Tuesday, October 16, 2012

Bertuahnya jadi anak pertama

Ding dong..

Apa kes pulak dengan tajuk entry hari ni? Hahaha, konfem la nak cerita pasal puteri sulong hamba ni kan, apa lagi. Cerita Bukittinggi tunggu dulu, banyak nak kena taip, I is pening lalat.. :P

Sape setuju kalau aku cakap jadi anak pertama ni banyak untungnya? Aku dah nampak benda ni pada ramai orang. Dan sekarang benda yang sama tengah berlaku dalam kehidupan aku sendiri. Untung tu dari banyak segi la, bukan materialistik semata2 tau.

Untung, sebab ramai orang sayang lebih. Ni contoh untuk Hanan la sebab dia anak pertama & cucu pertama untuk belah abahnya. So, selain dapat full attention dari kami as parents dia. Dapat jugak kasih sayang sepenuhnya dari Tokbah & Wan dia jugak. Yang part ni aku risau sikit, takut dia membesar jadi budak yang spoil terlebih manja. Hopefully tak la, aku akan cuba kekang perkara ni dari terjadi walau dengan apa cara sekali pun.

Untung, sebab semua barang dia mostly boleh dapat yang baru. Part ni, bukan la 100% semuanya baru. Sebab sebelum Hanan lahir, aku dah terima pemberian dari orang2 terdekat. Stroller, carseat, playpen, & baju2 kebanyakkannya second hand dari orang terdekat. Tapi, bila dia dah start membesar ni, baru la kami start beli barang2 dia yang baru. Macam pakaian, peralatan mainan ke apa semua tu.

Ini soft-toy yang ada setakat ni. Bakal bertambah nanti kot..

Yang terbaru, semalam bie belikan walker untuk Hanan. Dah lama pun survey sebenarnya, tapi tak beli2 lagi. Kebetulan semalam lepas bie balik keje, dia ajak makan kat luar terus. Dah alang2 tu, aku ajak singgah kedai baby lepas makan. Memang ayat aku, "kalau jumpa yang ok, terus beli. takyah survey2 dah". Memang sungguh bagai dikata la, sekali tengok je. Lepas belek2, terus decide nak beli yang mana. 

 Colourful!

Senang dah settle satu perkara. Aku ni ada satu perangai, selagi tak beli benda tu, selagi tu la asal lalu tempat yang ada jual, konfem nak singgah tengok. Walaupun dah tengok kat tempat yang sama lapanploh kali sekalipun. Aku rasa bie pun dah lali dengan perangai aku yang satu ni. Jadi langkah paling selamat kalau nak aku stop tengok ialah beli je terus benda tu. Takyah la nak layankan peel aku ni lagi kan. Aman, hahahaha..

Seronok tengok dia happy dapat main dalam walker tu. Beli walker ni tujuannya nak memudahkan aku buat keje rumah je, terutama sekali nak memasak. Sebab kadang2 bila biar Hanan sorang2 depan tv masa aku memasak, tau2 kang dia dah sampai bawah meja makan la, bawah tv cabinet la. Takut nanti dia kutip apa2 benda masukkan ke mulut. Lantai rumah aku ni pun bukan bersih sangat, mop seminggu sekali pun susah. Huhuhu.

Minggu lepas weekend sebelum pegi Padang-Bukittinggi, bie belikan feeding chair untuk Hanan. Yang ni takde survey lama2 sangat pun. Jadi nak beli tu sebab susah nak bagi Hanan makan kalau duduk berpangku. Macam nak berperang jadinya. Dengan dia yang nak turun la, nak pegang sudu la, nak berdiri la. So, solution yang paling senang, beli feeding chair ni.

 Ni boleh pakai sampai besar, selagi muat..

Awalnya nak beli Bumbo je, jenis macam getah tu. Tapi mengenangkan harga dan jangka hayat penggunaannya yang kejap, aku pikir lapanratuspatploh kali nak beli. Mujur la masa surfing2, terjumpa feeding chair first years tu. Ada jugak jumpa yang second hand orang nak jual, tapi bie nak beli yang baru jugak. Untuk adik2 nanti katanya. Adik2? Baper ramai ler agaknya tu kan? Hahaha. See, adik2 dapat second hand je dari kakaknya nanti, tak adil kan. Huhuhu..

Next project, nak ganti katil, carseat & stroller. Yang ada skang ni pinjaman je dari akak ipar aku. Takleh jugak nak lenjan lebih2 kan. Dah nak masuk 7 bulan pun melenjan ke sana ke mari, kesian pulak nanti adik2 Kak Qis tu tak dapat sambung pakai kalau dah jahanam kat tangan Hanan. Insya-Allah, bak kata bie, dulukan mana yang penting. Yang kurang penting, boleh la beli lambat sket. Nak beli pun, biar yang betul2 ok terus. Bak kata bie, mahal sket takpe, janji dapat pakai lama.

Sekian..

Nota kaki lapan: Untung ler Hanan, semua pun dapat baru kan. Demi anakanda tersayang, apa pun boleh.. :-)

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails