*ini entry basi, harap maklum.. tarikh kejadian: 22 September 2012*
Sabtu lepas pepagi dah bersiap keluar rumah. Misi utama nak pegi imigresen Wangsa Maju, settlekan renew passport kitorang & buat passport si kecik Hanan Zulaikha. Good girl ni macam tau2 pagi tu dia kena bersiap awal, aku siap mandi tengok dia dah tersengih2 dalam cot dia. Sementara abah dia take turn mandi aku main dengan Hanan just nak bagi mata dia segar. Takde la dia terkejut kena mandi tiba2 pagi tu.
Pukul 8 dah siap keluar dari rumah, memang takde bekfes apa ke dulu pun. Plan bekfes kat sana je. Masa tu membayangkan kononnya nak kejar masa nak elak orang yang beratur ramai2. Sambil tu dalam hati berharap jugak kot2 la orang tak ramai. Walaupun sebenarnya tau sangat hakikat yang masa wiken macam ni la orang akan lagi ramai dari hari biasa.
Dan bila sampai sana, kami dihidangkan dengan pemandangan orang ramai yang sedang beratur panjanggggg!
Punah harapan nak mengelak orang ramai kononnya kan. Tapi nak sedapkan hati masa mula2 nampak orang beratur tu, "diorang nak pegi JPN kot, bukan imigresen". Tapi terang2 kat tangan memasing pegang passport merah tu, jadi takyah la nak berharap sangat.
Lepas 3 kali pusing cari parking, akhirnya bie decide parking kat luar dari area tu. Parking tepi jalan then jalan sket. Aku masa tu dah bagi idea, kalau camtu punya ramai, why not terus pegi Putrajaya. Kononnya kat sana nanti mesti tak ramai orang. Hahaha, konfiden jela aku masa tu kan. So, turun situ just nak ambik gambar la kasi settle apa yang patut. Sebab takut nanti kat Putrajaya takde tempat nak ambik gambar pulak.
Elok2 turun je dari kete, ada aunty tarik ajak ambik gambar kat kedai dia. Situasi biasa kot kat tempat2 yang ada Imigresen, JPN etc. Diorang ni memang standby je nak tarik customer. Masa on the way nak ke kedai dia, dia cakap ada baby tak payah beratur, terus pegi kaunter khas ambik nombor. Yes! Dapat skip line yang panjang itu. Maka plan ke Putrajaya cancel.
Tapi......... Ternyata impian nak cepat sangat tu tak kesampaian pun. Memang la dapat skip line beratur panjang2 tu. Setakat untuk ambik nombor je. Tapi nak tunggu kena panggil menduga jiwa jugak la. Nombor yang kena tunggu ada lagi 60+. Dan nombor untuk kaunter khas tu hanyalah untuk ambik nombor je, untuk proses kena jugak saing2 dengan nombor kaunter biasa.
Mengikut pemerhatian, boleh dikatakan diorang panggil nombor khas tu 2-3, then panggil nombor biasa 10-20 nombor. Tak berjanggut jugak jadinya tu kan. Dari 8:40 pagi kitorang dapat nombor, sampai la pukul 11:45 pagi menunggu baru nombor tu dipanggil. Setengah hari!!! Lepas proses borang, tunggu panggil untuk bayar, lepas bayar tunggu panggil ambik passport. Tunggu sampai lebam.
Pukul 2 petang akhirnya penantian kami berakhir. Tu pun hampir2 ada insiden yang tak diingini jugak la. Bila ada sorang makcik ni baik punya nak potong line aku bila dia tengok nombor yang naik untuk collect passport tu dekat2 dengan nombor dia. Aku malas nak bising, aku biarkan je. Bila sampai kat kaunter, memang passport dia tak siap lagi. Dasar manusia degil, tak reti ikut turn. Hambek!
Settle hal kat imigresen terus ke Jusco AU2 (ataupun sekarang namanya AEON, tapi dah biasa panggil jusco) nak cari tempat makan. Perut dah kebulur masa tu, pastu specific nak cari tempat ada air-cond. Puas dah berpanas setengah hari menunggu baik di luar mahupun dalam pejabat imigresen tu. Makan kat Black Canyon. Order makanan yang tak penah try, sib baik sedap. Kalau tak sedap, mau terbalik meja tu nanti kelaparan punya pasal. Haha.
Lepas makan, lepak lebih2 kurang, pusing2 dalam JJ tu cuci2 mata then terus balik. Sebelum balik sempat tapau takoyaki idaman kalbu itu. Tak sah rasanya kalau dah lalu depan takoyaki tapi tak beli. Bie pun macam dah paham sangat dengan tekak aku ni, takyah mintak2 dia yang akan offer. Walaupun dia tak minat, tapi sebab wifey tersayang ini memang sentiasa mengidam, dia tak penah lupa. Temkiyu sayamku!
Nota kaki lapan: Budak tecik dah ada passport, bleh la selalu pegi obersi kan abah kan abah kan kan kan...?? :-P
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment