Friday, November 30, 2012

Rindu

Dingdong..

2 minggu, tapi rasanya macam lama benar. Hati memang bagai diruntun2, nak balik!!! Rindu bantal, rindu ikan, rindu dapur, rindu pokok2. Yang paling penting, aku rindu sangat pada damai rumah sendiri. Homesick sangat dah ni.mujurlah malam ni last tido kat bilik yang bukan bilik sendiri. Esok confirm nak balik la, kesian rumah yang tinggal tak berjaga.

Well, aku kat kampung ni by the way. Menjaga emak yang baru lepas operation. Tapi bukan la jaga apa sangat, setakat menguruskan keje2 dapur. Memasak terutamanya. Sampai naik pening pikirkan menu hari2. Yela, aku bukan setakat masak untuk orang sakit, tapi untuk orang sihat jugak. Bukan sorang dua pulak tu. Nasib baik la memang dah terer sikit masak sejak2 jadi SAHM ni. Hahaha..

Ikutkan hati, macam tak sampai hati nak balik, sebab aku tau mak masih perlukan aku kat sini. Tapi aku dah janji dengan bie, kat sini cuma 2 minggu. Lepas tu pass baton pulak. Aku kena pikirkan keselesaan suami aku terutama sekali keselesaan si tecik, Hanan Zulaikha. Tetap, sebesar dan seindah mana sekalipun rumah orang lain, takkan sama dengan rumah sendiri. Aku harap yang lain2 faham la situasi aku ni hendaknya. Aku ada tanggungjawab atas keluarga kecil aku ni kan.

InsyaAllah, esok lepas bie balik keje kami akan siap2 untuk berangkat pulang. Tapi malam Sabtu balik lagi untuk kenduri doa selamat. Sempena mak yang selamat operation dan Alif yang dapat 5A dalam UPSR baru2 ni. Jadi boleh la buat 2 trip nak angkut barang2 balik. Barang Hanan je dah konfem penuh 1 trip, haish. Really need a new bigger car badly!

Oklah, nak tido. Babai.

Sekian..

1 Mak Joyah Bertandang:

Wan Afzan said... Jawab Balik

Btol kn.. Mcm mana pun rumah kita la plg selesa n tenang ..

Related Posts with Thumbnails