Thursday, July 29, 2010

Aku yang tak prihatin atau kau yang tak paham?

Ding dong..

Apa yang akan korang buat bila ada orang approach dengan benda² charity masa ko tengah jalan to somewhere? Ignore? Layan? Buat tak nampak? Senyum & blah? Tunggu & dengar sampai habis die membebel?

In my case, berlaku semalam. Aku baru turun dari kereta dan berjalan menuju ke sebuah bank (terkemuka di tanah air ni) nak cucuk ATM mengambik saki baki duit yang ada. Sebelum masuk, ada la salah sorang daripada yang ramai² tu bagi aku kad yang rupanya macam poskad ucapan. Alkisahnya, diorang ni tengah cari donation untuk rumah anak yatim bawah kelolaan bank tersebut. Aku ambik & terus masuk bank. Teruskan tujuan aku tanpa toleh kiri kanan sebab aku nak cepat. Dan sebab aku nak cepat, aku isi siap² apa yang diorang mintak atas poskad tu. Ucapan, tick pilihan, isikan nama & email address.

Aku melangkah keluar dari bank dengan penuh bergaya dan mantap sebab aku nak cepat. By the way, aku puasa semalam. Dan tujuan aku lepas ambik duit tu nak ke pasar malam pulak. Nak mengejarkan masa nak sampai rumah sebelum azan magrhib berkumandang la kiranya. Aku bagi balik kad tu pada seorang budak pompuan yang sedia menunggu kat luar (salah sorang dari mereka yang buat charity ni la). Then aku nak teruskan langkah, tiba² die tahan aku sebab katanya nak EXPLAIN apa yang diorang tengah jalankan. Aku besarkan kat situ perkataan 'explain'.

So, aku yang memang jenis tak suka nak menghampakan orang ni pun layankan jela. Bagi la die chan nak bercerite dengan aku kan.

Si Budak Itu: Ok kak, hari ni kami kat sini nak buat kutipan derma untuk rumah anak yatim bawah kelolaan kami.

Si Budak Ini: Ok..

Si Budak Itu: Macam yang akak nampak dalam brochure ni, sehari budak² ni memerlukan lebih kurang RM11 untuk makanan, pakaian, tempat tinggal.. bla.. bla.. bla.. Sedangkan kita sehari pun belanja untuk makan pun lebih RM10 sehari kan..

Si Budak Ini: (Dalam hati) Aku belanja RM5 sehari untuk makan boleh je.. (Angguk² kepala)

Si Budak Itu: Jadi tujuan kami hari ni nak kutip donation seikhlas hati daripada orang ramai. Kami tak mintak banyak, bukan RM50, bukan RM100.. Tapi cuma RM1.20 je sehari atau bersamaan RM38 sebulan. Takde paksaan, akak boleh bagi masa nak je. Maknanya bukan la tiap² bulan akak wajib bagi RM38 tu.

Si Budak Ini: Hurmm.. (sambil angguk²)

Si Budak Itu: So akak boleh bagi IC akak dan saya boleh isikan borang terus untuk akak.

Si Budak Ini: Err.. Lain kali boleh. Bagi saya kad untuk contact ke, atau saya datang ke bank terus buat benda ni.

Si Budak Itu: Kami ni charity kak, mana la ada kad² ni. Buat terus sekarang la kak..

Si Budak Ini: Hurm, takpela. Lain kali maybe..

Si Budak Itu: La, takkan next time² pulak kak? Charity ni, bukan selalu ada. Saya ingat akak nak terus buat tadi..

Si Budak Ini: Eh, kalau camtu takpela. Saya takmo buat.

Lepas tu aku terus blah dari tempat kejadian.

Kat situ je masa aku dah terbuang lebih 5 minit. Sebab adanya arguement yang tak sepatutnya ada. Bagi aku, kalau nak buat charity. Buat la, aku sokong. Tapi boleh tak jangan masukkan unsur² paksaan? Kita ni nak beramal, nak bersedekah, kena la ikhlas. Dah kalau sampai kena paksa, bukan la ikhlas dah jadinya. When I said next time, maknanya untuk masa tu memang hati aku tak terbuka la. Aku ni takmo la terus kata taknak ataupun ignore die sebelum aku dengar apa yang die nak explain. Tapi bila aku dah dengar and aku kata lain kali, please understand la. Why u have to forced me? Jangan tipu la cakap u do that for the sake of charity semata. Takkan takde komisen langsung kan. If not, u will not forcing people like that ler (see, tak pasal² aku bersangka buruk).

Actually, bukan la aku tak terbuka hati nak menderma ke apa ke. Tapi, aku takmo la buat keputusan on the spot. Kena la balik rumah dulu, tengok betul² mana sourcenya semua. Ke mana duit tu betul² disalurkan. Takkan buta² je aku nak bagi duit kat orang yang aku tak kenal? This is my hard eard money tau, bukan jatuh dari langit. Lain la kalau die tengok aku datang tu bawak BMW, parking terpacak! Ada ke die nampak aku sandang handbag Gucci ke, CK ke, or even Bonia kat bahu aku masa tu yang sampai die boleh assume aku mesti setuju on the spot nak bagi duit kat die? Der, gua pakai handbag cap JJ yang dah reput pun masa tu bai..

Jadi, pengajarannya di sini. Untuk sesiapa yang nak keje approach² orang macam tu. Please go learn some communication skills lah. Kita nak mintak duit orang ni, kena belajar macam mana nak convince orang and make that person feel secure. Dah kalau ko macam memaksa² atas nama charity, atas tiket beramal. Takde maknanya weh! Godaiplis..

Nota kaki lapan: Takde spelling check mahupun editing seperti biasa kerana gua membara dan panas masa taip entry ni. Sekian.


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, July 26, 2010

Get Together Again, Best!

Ding dong..

Entry lepas ada aku citer pasal aku pegi memenatkan menyihatkan diri dengan program JWOL kan. Balik dari program tu, sempat singgah rumah MIL kejap. Lepas tu terus balik rumah membawak badan yang kepenatan + kemengantukkan. Kat rumah MIL pun sempat la terlelap kejap masa tengok melodi. Ceh, nampak sangat dunia hiburan tak menarik perhatian aku dah kan. Mummy ajak pegi kenduri doa selamat petangnya, tapi dah ada program lain menanti. So, kena la tolak pelawaan tu dengan cara penuh bersopan iaitu - DIAM. Aku biar bie yang jawabkan, hahaha.. :P

Sebenarnya, petangnya dah ada orang booking free slot aku (pergh, tu maknanya aku ni memang maha busy punya manusia, sampai kena booking² kan). Janji asalnya nak jumpa hari Sabtu petang, tapi sebab salah sorang kena keje pulak di hari Sabtu (cam bangl* je keje hari Sabtu kan), maka perjumpaan tu ditunda ke hari Ahad. Kalau ikutkan pada badan yang penat, malas rasanya. Tapi aku gagahkan jugak. Kalau bukan sebab ada budak comel yang menanti nak jumpa aku (ceh, tiba² plak die yang nak jumpa aku kan), tak kuasa nak bangun dari tido petang tu.

Elok² je keluar, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Janji nak jumpa kat IOI Mall. Jadi kenala lalu LDP yang dah famous dengan tahap jemnya yang kadang² melampau sangat. Tapi nasib baik la slow moving je, kalau jem tak bergerak menyumpah jugak aku tu. Dah la aku ni kalau duduk dalam kereta hujan², hati tu berdebar² je. Fobia manjang. Sampai² IOI Mall, mencari parking pulak berpusing². Ni semua kerana Siti si mak buyung la nak makan Mekdi GCB kat IOI Mall. Ikut hati aku, ajak jumpa kat mamak je sudah. Takyah la pening nak cari parking kan. Selera ibu mengandung, kena layankan jela. Hehehe..

Lepas dapat parking, terus roger² pengerusi majlis MamaTuya a.k.a Zura. Rupanya tengah sakan melayan mak buyung shopping barang baby kat Jusco. Aku malas nak join, so terus ke Mekdi. Perut pun dah ala² berbunyi lagu lapar. Orang ramai tak hengat punya. Tak sangka, IOI Mall tu dah besar rupanya. Pastu ramai manusia pulak tu. Dulu² takde la seramai itu manusia yang datang (aku pernah duduk menyewa kat Puchong tahun 2003 dulu). Dalam hingar bingar manusia, tiba² Semah call. Tanya aku kat mana. Rupanya die pun dah sampai. Kami bertiga makan dulu meninggalkan yang lain.



Tak lama sangat pun menunggu. Dalam setengah jam lepas tu, sampai pun diorang. Kemal a.k.a Batu & Siti, Shah & Zura diiringi Piya & A'an yang makin debab dan comel. Piya ni kawan gaduh aku setiap kali jumpa. Tah kenapa la aku suka sangat nyakat die. Macam seronok dapat dengar mulut die menceceh. By the way, die sebaya Hafiy. Lahir pun dalam bulan yang sama. Tak boleh bayang kalau diorang berdua berjumpa. Sama² kecoh pulak tu kan. Hahahaha. A'an pulak sampai² je terus jadi rebutan. Semuanya la nak pegang die kan. Comel sungguh budak kecik ini. Dah la comel, sangat behave pulak tu. Godek la macam manapun, die senyap je. Dah la gebu semacam pipinya! Geram betul, rasa macam nak cubit². 'Weh Zura, ko bagi makan vitamin apa dak A'an ni aa?'


Alahai tomeynye awak ni!!

Kitorang just lepak dan borak² sambil gelak² tak ingat dunia. Batu memang jadi pak lawak kitorang la petang tu. Ada je benda yang die cakap buat kitorang ketawa terbahak². Macam tak percaya je mamat sengal ni dah nak jadi bapak tak lama lagi.

Kepada kawan² yang tak dapat join, harap korang tabah la sebab tak dapat join ek. Mana² yang terbatuk² petang semalam tu, adalah yang jadi bahan kutuk² belakang kitorang agaknya kan. Insya-Allah, lain kali kite plan lagi gathering² camni. Syok jugak dok kumpul balik ramai² sambil mengenangkan kebodohan zaman remaja dulu kan. Hahaha. So, next gath kite maybe majllis berbuka puasa la kan. Bestjugak tu kalau jadi realiti!

Nota kaki lapan: Lama dah kita kenal kan kawan². Cepat betul masa berlalu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Jacobs Walk of Life

Ding dong..

Semalam berjaya jugak aku & bie join aktiviti yang nampak macam mustahil je untuk kami. Mustahil tu bukan la sebab aktiviti tu terlalu extreme ataupun susah sangat. Tapi sebab keperluan untuk kitorang ni bangun pagi² buta di hari Ahad yang sangat la menuntut komitmen tinggi dari kami yang suka bangun lambat di hari minggu. Sedangkan nak pergi keje pun mata aku ni payah benar nak terbukak, ni kan pulak hujung minggu. Lagi la die manja semacam. Tapi inilah yang dinamakan kuasa tuhan, boleh pulak aku terjaga bila dengan loceng jam pukul 6 pagi. Walaupun liat², tapi tetap bangun jugak. JWOL punya pasal, tetap bangun.

Jadi, dalam pukul 7 pagi kami dah tinggalkan rumah. Pendaftaran hanya dibuka sampai 7:30, so agak rushing la jugak masa tu. Tak sempat la nak sarapan ke apa. Memang aku sempat minum air masak je masa tu. Sampai² je kat simpang FRIM Kepong tu, kereta dah pun berderet² nak menuju ke tempat yang sama. Aduih, masa tu memang genting sangat dah. Aku takut tak sempat register je masa tu. Sia² la usaha bangun pagi di hari Ahad kalau aku tak dapat register. Kereta yang parking jangan cakap lah, penuh sampai ke tepi² jalan. Terus tak pikir panjang, kami parking luar je. Tak kuasa nak masuk dalam tu, menghadap jem dengan orang lain yang nak masuk jugak. Nak mendapat parking kat dalam tu pun belum tentu lagi macam mana pulak keadaannya. Dah lambat, so takleh la memilih sangat.

Settle parking, kena berjalan ke dalam untuk sampai ke tempat nak register. Aku bajet dekat la, sekali kau, 15 minit menapak baru sampai. Sempat la peluh aku keluar menitik² sampai basah baju. Bila dah nampak booth registration, aku dengar bunyi hon diorang mulakan acara. Sudah! Tak sempat je gayanyakan. Sampai² kaunter, bukan main tabah la menunggu orang tu nak entertain aku. Tapi tup², die kata registration close! Hangin okey, kenapa tak cakap nak close masa aku dok berdiri lama² depan die tu? Disebabkan rasa tak puas hati, aku berdiri je depan kaunter tu sambil buat muka bengang. Main psikologi dengan budak kat kaunter tu. Lepas 5 minit camtu, die panggil aku sorok² taknak orang lain nampak. "Kak, cepat² sini, apa size baju?" Hahaha, akhirnya perang psikologi aku menjadi!


Thank you cik adik yang tembam!

Terus sarung baju then join orang ramai yang dah mula berjalan. Eksaited aku dapat jugak join. Bie rilek je macam biasa. Die memang terima je apa² pun. Sebab pikir memang kitorang yang salah, siapa suruh lambat. Orang dah kata kaunter tutup pukul 7:30. Pukul 7:45 baru terkedek² nak line up? Padan muka aku kan. Kena pulak, kat kaunter tu ada guard RELA yang sedikit kerek menjaga. Die pulak yang melebih² tak bagi orang register. Tapi apapun, aku dapat jugak register dan dapat t-shirt free!! Menambah koleksi baju basahan kat rumah yang dah menimbun.





Ada kisah disebalik gambar 3 gadis kat atas tu. Al-kisahnya, diorang ni register lambat jugak macam aku. Masa die sampai tu kononnya dah nak tutup kaunter la. Tapi lepas negotiate, dapat jugak diorang t-shirt tapi tak dapat wristband (untuk redeem goodie bag). Muka lepas berjalan tu punya tension sebab bila nak redeem goodie bag (without wristband), petugas kaunter tu tak bagi. Katanya kalau nak jugak, kena tunggu sampai semua orang yang dapat wristband redeem goodie bag diorang. Maunya tak berjanggut menunggu. Muka memang masam mencuka la. Tiba² ada announcement diorang nak bagi goodie bag untuk orang yang takde wristband. Mula² diorang tak caye, tapi bila pegi memang betul pun. Tu lah, kecewa sangat sampai takleh mendengar arahan. Hahaha. Macamanapun, hari mereka tetap end up dengan ke-happy-an. Nice!

Kami abiskan perjalanan dalam sejam rasanya. Jalan tanpa henti. Naik cramp jugak la tapak kaki aku kan. Tapi puas hati la dapat jugak jadi 1 antara beribu yang sama² menjayakan program tu. Seronok weh join benda² menyihatkan ni. Abis perjalanan, dapat goodie bag pulak. Hoho, dah kalau namanya Jacobs punya program, biskut memang antara barang yang ada dalam goodie bag tu la.


Isi kandungan beg kuning itu!

Settle berpenat² membakar kalori, kami beramai². Dah banyak kalori yang terbakar, so kena la ganti balik kalori² tu. Rugi wor kalau biarkan, bukan senang nak mengumpul kalori tu semua kan. Banyak modal dah abis pegi makan sana sini. Ahaks!



Nota kaki lapan: Next year sure akan join lagi. Best!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 22, 2010

Review : Despicable Me

Ding dong..

Tengok citer ni malam Isnin lepas. Punya la semangat nak tengok sampai sanggup lupakan kepenatan keje. Sebab pikir kalau nak pegi tengok weekend, memang harapan la. Manjang sesak je orang tengok movie sekarang ni. Malas la nak bersesak² sangat. So kami memang awal² rancang nak tengok citer ni di minggu kedua tayangan. Malas nak tengok masa awal², nanti penuh sangat budak². Jadi, awal pagi Isnin tu aku dah bersungguh² booking tiket.

Bie la yang paling semangat nak tengok citer ni. Sejak kali pertama tengok promo die tah baper bulan lepas. Aku pun eksaited jugak, tapi takdela beriye² sangat kan (ceh, tak ngaku la plak kan). So, pegi la kami ke Cineleisure, The Curve malam Isnin kelmarin. Masing² dengan baju dari opis yang belum bertukar pun. Memang sempat singgah rumah letak barang je. Lepas tu turun balik.

Title : Despicable Me
Genre : Animation/Action / Crime / Drama / Thriller
Runtime : 2:12:01



A mysterious criminal mastermind has stolen one of the pyramids in Egypt, sparking a fit of jealous envy in evil genius Gru (Steve Carell), who hasn't managed to make headlines since he and his minions swiped the Times Square JumboTron years back. Ever since Gru was a little boy, he dreamed of going to the moon. Now, if Gru can just build a rocket and get his hands on a powerful shrink-ray, he can cement his reputation as the greatest thief who ever lived by stealing the Earth's satellite right out of the sky. But immediately after Gru heists the shrink-ray, the cunning super-nerd Vector (Jason Segel) swoops in and snatches it right out of his hands. Now, in order to claim the moon, Gru must first reacquire the weapon from Vector. Armed with the knowledge that his nemesis has a mean sweet tooth, Gru adopts cookie-selling orphans Margo (Miranda Cosgrove), Agnes (Elsie Fisher), and Edith (Dana Gaier) and commissions a new line of cookie robots from the evil Dr. Nefario (Russell Brand), his personal weapons specialist. But as Gru and his diminutive yellow minions prepare to carry out the biggest heist in history, something strange happens. Gru discovers that the three little girls who have come into his life are much more than simple pawns. They actually seem to care about Gru, and it turns out the scheming evildoer makes a pretty good father. When Gru realizes that his upcoming moon mission clashes with a ballet performance by the girls, he must decide what's more important -- being a present parent or cementing his nefarious reputation once and for all.

Source: Here
Ulasan saya:

Movie yang sangat santai. Sesuai untuk kanak² mahupun orang dewasa. Citer bodoh, tak logik, tak masuk akal. Tapi lawak gile sampai hilang segala stress aku di hari Isnin itu. Paling mengagumkan, efek 3Dnya memang jelas. Terasa macam betul² semua yang ditayang tu berlaku depan mata. Macam boleh digapai² kan. Nak rasa pengalaman tu, kena la tengok yang 3D ok.



Yang paling aku suka watak Agnes yang super comel la rasanya. Alahai, kalau ada anak camtu memang tak sampai hati nak marah. Terlalu comel. Then, watak² Minions yang pada aku sangat kelakar. Dah la cute, bulat² macam kacang je memasing. Pastu cakap pulak bahasa die sendiri yang kite tak paham, tapi kite boleh tau apa yang die cakap. Ala, macam zaman kecik² dulu. Tengok Power Rangers yang cakap omputeh. Dengan takde subtitle tu semua. Tapi tetaplah paham jugak kan. Main paham² sendiri je, hehehe. Kalau la ada jual patung Minions tu kat pasar malam, aku ingat nak beli la dalam 3-4 biji. Letak dalam kete, kasi tambah semak lagi kan. Haha.

Oklah, itu saje. Nak paham lebih², sila pegi tengok sendiri kat wayang² terdekat ok. Lagi superb kalau dapat tengok 3D version la. Punya la cantik 3D die sampai aku yang selalunya tak gemar bila tengok filem² 3D ni pun boleh kekal pakai spek tu sampai ke hujung citer. Sebab taknak missed apa² yang ada dalam movie tu.

So, selamat menonton!

Nota kaki lapan: Bie ajak tengok Mantra pulak. Haih, citer melayu ni ai ada sikit kurang kepercayaan nak tengok kat wayang. Kadang² indah khabar dari rupa..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, July 20, 2010

Ayam Penyet Ria - SEDAP!

Ding dong..

Ini kejadian lepas turun dari Bukit Tinggi. Terus ke Sunway Pyramid all the way dari sana. Plan asal nak berjumpa Cik Puan Zura (ex-housemate, ex-classmate dan segala macam 'ex' lagi) dan nak main² dengan anak die yang sangat la comel. Sambil tu nak berjalan la mencari makan sebab rindu nasi kan, 2 hari tak makan nasi. Tambah pulak aku dah lama tak jejak Sunway Pyramid ni. Padahal jarak dari rumah aku ke situ ada la dalam 10-15 minit je. Last sekali aku jejak kaki kat situ sebelum kawen dulu kot. Masa tu teman bie pegi hantar kad jemputan kawen kitorang kat ex-opismate die. Sekali bila datang, hambek ko. Banyak gila dah berubah, bertambah² di sana sini. Terpegun jap aku, tak sangka banyak betul perubahan dalam masa setahun lebih ni.

Tengah² berjalan cari tempat makan, dapat SMS dari Zura. Last minute dia tak dapat datang sebab kena balik kampung pulak, ada kenduri. Makanya, main objective kami dah tergendala la. But it's okey. Teruskan agenda lain pulak - Jalan² Cari Makan.



Abis segala pelosok kami terjah. Payah sket nak cari tempat sebab kat situ takde map macam kat OU, boleh tengok semua tempat dari satu map je. Situ map die floor-by-floor. So kalau ko kat tingkat 2, nak cari benda yang ada kat G tak boleh la. Itu satu kelemahan la jugak kiranya. Dah buat tempat besar camtu, sepatutnya upgrade la sket map tu. Menyenangkan semua orang yang mencari lebih² lagi untuk orang macam aku yang jarang² jejak kaki ke situ kan.

Lepas puas menelek², terpandang nama restoran Ayam Penyet Ria. Sejak² lepas pegi Bandung dulu, tiba² jadi penggemar ayam penyet kan. Padahal dulu² tak penah langsung rasa nak try. Sekali kena mandrem Pak Chi Met, memang terus tertawan hati ni. Makanya, dengan pantas la mencari kat mana duduk kedai tu kan. Tak susah pun nak cari, sekali pusing je dah jumpa. Perut pun dah tak sabar nak mentedarah! Hahaha..



Jadi, terus masuk, order dan duduk. Deko dalam kedai oklah, tak la bosan dan tak jugak serabut sangat. Yang penting pencahayaan. Aku tak baper gemar kedai makan yang suram². Terasa payah nak makan dalam gelap² tu. Kang tulang pun aku main sental je. Dah tercekik sapa yang susah, aku jugak. Yang best, ada disediakan tempat untuk makan bersila. Macam kalau datang dalam group besar ke kan. Lagi syok kalau dok bersila, santai sket rasa.

Jadi kami order ini..



Overall, saya sangat suka! Sambal die memang super kick la wa cakap lu. Mendidih lidah lepas kena kan. Memang kalau tak tahan pedas, maunya menggelupor atas lantai, hahaha. Sup Buntut a.k.a Sup Ekor tu pun sangat syok rasanya. Pelengkap la kiranya untuk orang yang gila sup cam aku ni. Ayam penyet die aku boleh kata so-so je kot. Sedap lagi Waroeng Penyet punya. Udang tu, yummi!! Aku makan sekali dengan kulit² die. Sebab kulit die garing, ai loike!

Selesai makan, terus ke digital center. Nak menunaikan hajat yang dah lama terpendam. Terima kasih ye Encik Bie sebab sudi jadi penasihat dan banker untuk menjadikan impian saya yang satu ini kenyataan. Ai Lap Yu lah! :-)



Nota kaki lapan: Pasni nak try Wongsolo pulak. Dengar citer katanya sedap jugak, setanding Pak Chi Met. Mari kite terjah!!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, July 19, 2010

Mari Mengawan a.k.a Bulan Madu.. :P

Ding dong..

Akhirnya, lepas sekian lama merancang dan asyik tak jadi dan tunda menunda untuk kesekian kalinya, kami sampai jugak ke destinasi bulanmadu yang pertama (lepas setahun empat bulan kami kawen!!). Niat asal nak ke Cameron Highland. Tapi mengenangkan keadaan kat sana yang asyik la sesak dengan manusia, kami tukar plan ke Bukit Tinggi, Pahang. Nak pegi jauh² sampai Paris belum berkemampuan. Jadi, ini pun jadi la kan. Untuk permulaan. Insya-Allah masa akan datang ada lagi plan nak bulan madu untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Takmo stick dengan frasa 'bulanmadu hanya untuk orang baru kawen'.



Kalau dah namanya naik ke Bukit Tinggi tu, memang takde apa aktiviti sangat la. Semua aktiviti & tempat yang ada boleh kami cover hanya dalam 4-5 jam. Sampai² je terus check-in. By the way, kami stay kat Meranti Park Suite. Apartment 1 bilik yang letaknya bawah sket dari Colmar Tropicale. Oklah tempat die, sunyi. Tapi satu la menghampakan, aku bajet Bukit Tinggi ni sejuk la. At least kalau tak sejuk pun, aku boleh rasa dingin². Tapi nan ado weh. Aku rasa sejuk lagi opis aku yang macam peti ais ni. Kecewa jugak la makcik pasal tu.

Kekecewaan itu menyebabkan aku takmo dah pegi Bukit Tinggi tu. Mencik! But afterall, aku tetap la enjoy berdua²an dengan suami tersayang kan. Memang la kat rumah kami boleh berdua²an jugak. Dah memang belum ada orang ketiga kan. Tapi feeling tak sama. Kat rumah kena memasak, mengemas, membasuh segala macam. Takde masa nak spend quality time together bak kata *omputeh. Jadi, bulanmadu sangat la penting untuk pasangan yang dah kawen untuk eratkan balik mana² part yang dah loose tu kan. Masa ni la nak curahkan sepenuh perhatian untuk diri masing². Manja², loving² kan. Ahaks! (Orang bujang jangan ngade nak try ye) :-P



Lepas je check-in, terus jelajah seluruh pelosok yang ada. Yang boleh masuk jela, takde la sampai nak masuk dalam hutan sebarang² kan. Bermula dengan Taman Jepun & Botanical Garden. Mula² sampai, kena park kete kat bawah. Lepas tu mendaki bukit. Aduih, rasa nak tercabut lutut. Tapi digagahkan jugak hati ni nak naik. Tapi sepanjang perjalanan asyik la mulut ni mengomel, "why?? kenapa kena penat² masa bercuti?? cuti sepatutnya untuk relax, bukan penat²". Nasib baik la bie penyabar orangnya. Dilayan je semua bebelan aku. Penat² camne pun, gambar tetap la banyak kan. Selagi ada battery, selagi tu la snap segala ceruk yang ada. Kesian bie terpaksa jadi model tak bertauliah aku. Macam² gaya-hero-remaja aku paksa die buat. Hahaha, sorry sayang..

Lepas penat mendaki, turun naik tangga bagai. Ambik gambar sana sini. Decide untuk turun balik. Boleh kata abis jugak la bukit tu kami explore. Sampai berpeluh² satu badan. Baju pun lencun dek peluh yang keluar. Mengharapkan nak rasa kabus sejuk², jangan harapla. Tak merasa langsung hokey! Tapi sesekali angin berhembus, dapat la jugak rasa dingin² angin tu. Masa tu, heaven kejap rasa.

Masa on the way turun, nampak orang tunggu ramai² kat satu tempat macam stesen bas. Aku memang tak tau apa yang diorang tunggukan sebenarnya. Sekali bie cakap ada bas turun naik bawak orang. Jadi takyah la mendaki kalau naik bas tu. "Ciss, kenapa tak cakap awal²". Suamiku itu hanya tersengih je. "Ingatkan dah tau tadi". Tapi takpela, anggap tu pengganti exercise aku untuk minggu lepas. Banyak tu kalori hilang sepanjang pendakian. Konon² nak tunggu bas tu masa turun. Nak merasa la kan naik bas tak berdinding tu. Tapi yang menunggu pun sikit punya ramai. Aku rasa mau 3 trip turun naik baru aku merasa nak naik kot. Jadi terus lupakan hasrat murni tu.

Puas jalan dalam hutan, kami ke Colmar Tropicale pulak. Feeling konon² tengah jalan² kat Kota France dulu² la kan. Kena bayar nak masuk sini, RM12 sorang. Nasib baik la aku pegi ni under Berjaya Club membership. Jadi boleh la mintak refund balik. Aku tak tau la pulak kalau normal visitor boleh dapat refund ke tak. Tak penah berpengalaman dalam hal itu. Kalau nak tau, mungkin boleh call diorang tanya kot.

Kat sini kami just banyak bergambar la. Berbekalkan battery kamera yang dah nyawa² ikan masa tu. Digagahkan jugak la nak berposing sana sini. Berjalan dari pangkal sampai la ke hujung. Takde apa yang menarik sangat pada pandangan mata aku. Tambah pulak boleh dikatakan semua benda kat situ mahal. Air coke dalam tin sampai RM6! Mang aih, kalah Genting. So, memang kitorang langsung tak beli air kat situ. Mujur la memang dah beli sebelum naik kan. Sempat singgah main pool. Lawak je rasa, punya la banyak tempat main pool ni kat KL aku tak pernah try. Boleh pulak kat sana aku main kan. Well, I have my own reason la. Bie sorang je tau apa sebabnya tu.



Lepas puas berjalan, singgah kedai roti pekena croisant ngan ngopi sekali. Saje menghilangkan lelah berjalan dari pagi. Tapi, harga memang mencekik darah hingga ke titisan darah yang terakhir sungguh rasanya. Kenapa la sampai gini sekali mahalnya kan, tak paham aku. Tempat dah la tak ramai sangat orang datang, tapi die punya harga macam takmo kasi orang datang terus. Teruk okey! Nasib baik la untuk lunch aku dah singgah beli McDonald kat Genting Sempah. Kalau tak, kenala jugak makan Pizza single harga RM28 kan.

Sempat main dengan itik yang sangat besar. Tak pernah aku tengok itik besar camtu live depan mata. Selalu aku tengok itik kampung je kan. Pastu siap merasa bagi makan itik tu kat tangan. Menjerit² jugak la. Maunya tak, kang kot dingapnya jari aku. Tak ke naya. Dah cacat sket hilang hujung² jari. Jari dah la memang tak runcing, kena gigit terus jadi kontot. Sape nak jawab tu?

Sebelum balik ke Apartment sempat singgah ladang arnab. Main² dengan arnab yang super jinak. Haih, nasib baik la bukan tempat aku kan. Kalau kat kampung aku tu, tangkap 2-3 ekor pastu buat satay. Yumm. Hahaha, tak la, aku tak sekejam itu. Aku tak pernah pun makan arnab. Comel sangat untuk dimakan, bleh camtu? Kat ladang arnab ni ada keldai jugak. Aku berjaya melawan ketakutan dengan memegang dan membelai keldai² tu. Siap bagi makan sekali. Well, aku ni penakut + penggeli. Kucing pun aku tak pegang weh. Kalau dapat pegang keldai tu, dah kira achievement la kan. Dan aku belajar satu perkara di situ, keldai ialah gatal. Mentang² la aku pompuan cute, kemain lagi die menyeringai tersengeh bila aku usap. Bie usap, die boleh buat derk je. Ciss!

End of day. Malamnya ke Club House nak dinner. But end up kami minum jela kat situ. Nasi goreng pun RM13, haih tak jadi la nak makan. Aku taknak hadapi risiko bayar mahal² tapi rasa hampeh. Buat terkilan tekak je nanti. Tunggu la balik KL, melantak 3 pinggan nasi goreng pun takde hal. Hahaha. Jadi, dinner kami makan megi je. Nasib baik memang ada bawak bekalan. Kitorang happy je layan megi. Low class pun low class la labu. Yang penting kenyang, hati tak sakit, jiwa tak kacau.

Esoknya lepas check-out, terus balik KL. Walaupun tempat ni bukan la tempat percutian feveret aku. Dan keje aku sepanjang hari memang asyik cursing itu ini. Tapi, deep down in my heart, aku sangat happy bersama si dia. Thanks my dear husband. You're my heart, you're my soul. Forever..



Nota kaki lapan: I Love You Bie, Saya Cinta Kamu Sangat²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Sunday, July 18, 2010

Satu Wishlist Aku Sudah Strike! Yeay!!

Ding dong..

Alhamdulillah, impian sekian lama akhirnya termakbul. Mula2 pasang niat nak kan benda ini dulu adalah sekitar 6-7 tahun dulu kot. Tapi masa tu memang impian jela. Akhirnya, lepas lama berkira2 aku buat keputusan nak beli je terus. Walaupun ada yang pernah tanya, apa aku nak buat dengan die nanti. Sedangkan tuntutan keje aku tak langsung memerlukan aku bawak keje sampai ke rumah. Kalau boleh aku nak jawab kat orang tu camni, "aku punya suka la nak beli ke taknak, sila jangan kecoh bleh?". Hehehe, tapi takde la aku nak kuang ajaq nak jawab gitu kan.

Anyway, thanks to hubby yang sangat setia menjadi penasihat sepanjang proses keputusan dibuat. Tanpa die, aku memang susah la nak decide mana yang aku nak pilih. To be honest, memang aku blur pun, lama dah aku tinggalkan menda yang satu ini. Aku memang hanya boleh jadi user jela sekarang ni. Bukan lagi orang yang boleh bagi nasihat teknologi terkini ke apa. Handphone aku pun entry level je weh.

Okey, takmo citer panjang2. Dengan ini aku ucapkan selamat datang untuk teman terbaru aku ini. *Clap, clap, clap* Welcome abroad dan selamat berkhidmat!!

Align Left

Nota kaki lapan: Senyum sampai telinga sekarang. Terima kasih Encik Bie!

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Friday, July 16, 2010

Saya suka makan

Ding dong..

Saya suka makan. Ada sape² dalam dunia ni tak suka makan? Angkat kaki, pastu sila berambus! Hak hak, joking je. Oklah, aku memang sangat suka makan. Tak kira la apa pun bendanya, asalkan halal, semua aku boleh bedal. Betul² tolak kayu, batu, besi lain semua aku boleh bedal. Sedap ke tak tu, lain kes. Lagi² kalau ada benda baru yang aku tengok macam menarik, sure nak cuba. Bak kata kawan² aku, aku ni perut sama sifat ngan stokin. Makin isi makin kembang. So space sangat banyak. Waakakaka.. This is the reason why dulu aku pakai t-shirt size M, skang aku pakai XXL! But, who cares? As long as aku sihat, sudah. Tapi macam manapun, still kena jaga diri dan jugak perut. Nak pakai sampai mati kan. :-P

Jadi hari ni ai nak share dengan uols di luar sana, ai lunch kat Shinlin One Utama. Pagi tadi dah makan nasi lemak, jadi tengahari rasa nak makan something lite (terasa amat gedik ayat² tersebut, yarks!). Tengah² pikir, tiba² tekak teringin nak pekena Oyster Mee Suah. Lama dah tak makan ini benda. Jadi, dengan pantasnya meninggalkan opis dengan semangat berkobar². Dari kejauhan dah nampak area depan kedai tu lengang, cantek! Sebab biasanya depan kedai ni ramai benar orang yang dok beratur menunggu benda yang diorang order. Terus cari port baik punye kat dalam kedai, order apa mau.


Touch N Go, tapi takyah pakai card² pun :-P


Kena plak dengan air soya, layan!

Dan, aku sangat suka makan sayur. Boleh dikatakan apa je jenis sayur aku boleh telan. Name it apa pun, aku sedia bedal tanpa banyak tanya. Walaupun sayur tu sepahit peria (ni baru start makan dalam 4 tahun lepas). Tapi, dalam banyak² spesies sayur dalam dunia ni, ada satu yang buat aku kalah. Bukan je tak boleh makan, kalau boleh bau die pun aku nak elak. Tapi boleh katakan, kebanyakkan benda² yang aku suka makan mesti letak spesies ni sebagai hiasan mahupun penambah perisa ataupun penambah rencah. Why?!!

Dan namanya ialah.... Cik Ketumbit Ketumbar!

2 ketul oyster mentah tu pun aku telan..
walaupun muka aku lepas telan tu adalah huduh!


Jenuh rasa aku nak mengasingkan. Nasib baik la yang ni potongannya agak kasar. Kalau Dapat yang jenis potong halus² tahap cincang tu, menitik air mata nak mengasingkan semua baru boleh makan. Tapi, lepas asingkan tetap la jugak rasa die tertinggal sket kan. Telan jela dengan penuh kesabaran, nak makan punya pasal aku sanggup!

Itu aje nak citer, sekian..

Nota kaki lapan: Cik Ketumbar please go away from my life. I hate u!!!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Sunday, July 11, 2010

Surprise Birthday Party Utk Padlie

Ding dong..

Pertama sekali sebelum aku mula bercerita ni, sorry Padlie. Aku harap ko tak marah dengan apa yang dah terjadi semalam. Semua tu sesungguhnya hanya la sekadar gurauan kami. Mungkin ianya agak melampau, tapi percaya la, niat kami cuma nak bagi ko satu kenangan yang ko boleh bawak sampai ke tua nanti. Yelah, zaman muda² ni la nak merasa buat camni. Kalau dah beranak pinak nanti, turn nak melayan kerenah anak² pulak. Takde masa dah nak surprisekan orang macam ni. So, aku harap ko ampunkan la kami, atau secara spesifiknya aku sebab menjadi salah seorang dalang dalam kejadian tersebut.

Kisahnya, beberapa hari lepas seorang hamba Allah yang mengaku sangat la akrab dengan Padlie ni merancang nak buat surprise sempena birthdaynya yang jatuh last few days. Baper haribulan ek, lupa plak aku. Then aku mendapat undangan untuk jadi salah sorang talibarut yang bakal merancang sama la kononnya (tapi sebenarnya role aku mula² hanyalah tukang beli kek dan makanan je). Jadi, perancangan teliti pun dibuat dengan penuh hati². Fai (si hamba Allah itu tadi) yang menjadi kepala kepada perancangan baik bersulam jahat ni. Masa dan venue pun dia yang tetapkan. Aku memang jadi pengikut semata². Dengar khabarnya, perancangan dibuat lebih kurang seminggu yang lalu (aku dapat undangan pun last minute).

Sampai hari yang dijanjikan, maka aku dan Sham a.k.a Dobot sudah get ready dengan segala makanan dan perkakasan. Kami gerak all the way from Gombak ke Kelana Jaya hanya sebab nak menjayakan misi ni. Singgah kat Giant KJ membeli apa yang perlu. Yang paling penting bukannya kek, tapi "hidangan misteri" untuk birthday boy. Hua hua hua (gelak evil). Selesai beli barang, terus ke Tasik KJ menanti kehadiran "mangsa keadaan" lepas semua yang sama² setuju nak jadi talibarut sampai. Fai memang pandai melekakan mangsa kami. Dah la tipu die kata nak pegi tasik sebab konon² nak training fotoshoot dengan DSLR baru mahalnya tu. Pastu singgah la plak masjid nak solat asar dulu, kononnya nak ambik berkat. Padahal, semua tu auta belaka. Yang ye nya, nak kasi kami betul² ready dengan segala persiapan (sambil kami menjadi mangsa nyamuk² yang kelaparan kat tepi tasik tu, seksa!). Hampeh punya sahabat kan, hahaha.

Sebaik je sampai, Padlie dah senyum tersipu² bila nampak kami (sekarang ko senyum la kan, hahaha). Acara terus dimulakan tanpa melengahkan masa. Masing² pun dah tak sabar nak ngap kek & KFC depan mata. Padlie pulak terharu sangat sampai nak makan pun tak lalu. Die tak tau, ada "hidangan istimewa" untuk die tengah menunggu kan.

Selesai makan, kami pura² kononnya nak buat sessi fotoshoot. Fai pun baik punya la setting tripod la, setting kamera la. Good job la kawan², memang aku berjaya ambik "hidangan" tu tanpa Padlie sket pun sedar. Yang Sham plak jadi tukang melayan si mangsa supaya die leka tak pandang kiri kanan. Elok je aku dah berjaya bawak "hidangan" ke depan, Sham capai 2 biji.

1.. 2.. 3.. cheeseeee, plekkkk!!


Hambek ko, telur sama tepung mencurah atas kepala. Punya la bersalji kejap terasa kan. Tapi serius, masa ni cuak jugak aku rasa. Takut kalau tiba² Padlie ngamuk die humban aku dalam tasik kan. Kot tiba² die tukar jadi kaler hijau, mampus aku. Tapi nasib baik, lepas few seconds dia mampu tersenyum balik. Siap masing² kena carut sedas sorang. Hahaha. *Mintak ampun penunggu gua, jangan makan saya!* Disebabkan takmo terus rasa bersalah, aku pun tolong la die masa cuci rambut tu. Tolong pegangkan tisu apa semua. Pasal nak kasi hati die cool balik kan. Aku, Sham & Fai, 3 kepala yang jadi dalang dalam kejadian tersebut. Yang lain setakat jadi tukang sorak, batu api, tukang gelak je. Masing² nak tengok wayang je, takmo ambik risiko kena campak masuk tasik. FYI, Padlie ni orang KJ. Takut kang kalau dia bengang, die panggil semua rakyat KJ humban kami. Mau tak jumpa jalan balik nanti, hehe. Tapi apapun, dia tetap cool seperti biasa. Syabas bro! Selesai dia bersihkan kepala yang penuh tepung bercampur telur. Kami boleh sambung borak² dan ketawa kukik² seperti biasa. Tapi setengah jam pertama boleh nampak la dia fobia. Nak duduk pun takut. Agaknya fobia kalau² ada acara tersembunyi lagi kan, hahaha.

Bila hari dah merembang ke hujung petang, kami pun decide untuk menamatkan sesi petang tu. Hahaha, muka mangsa tadi punya la lega. Kesian pulak aku tengok. Bersalam²an dan berpamitan. Pastu terus masing² ambik haluan masing². Aku menumpang kereta Sham je, jadi dapat la en. Bie menjadi bos duduk kat belakang (dah berkurun dia tak dapat naik kete duduk belakang katanya). Hehehe. Perjalanan pulang kami diiringi hujan lebat dengan petir dentam dentum. Dalam hati terdetik, ni sumpah padlie ke apa? Hahaha. Macam mana pun, kami akhirnya selamat sampai ke rumah. Selesanya naik Honda City Cik Sham yang best itu. Boleh la tumpang selalu.. :-P


Jadi, akhir kata. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bie, Sham, Fai, Semoh & Sam (bf Semoh). Yang penting sekali, terima kasih jugak kepada Padlie sebab bersabar dengan kawan² dia yang gila ini. Takpe, next time aku kasi chance kat ko plak nak tabur tepung tu. Aku dah tender resign dari jawatan ni sampai bila². Menggigil weh nak menuang ke kepala orang tu. Ko ingat senang ke? Hehehe.

Nota kaki lapan: Harap masa bulan January nanti korang semua tiba² hilang ingatan kejap.. :-p

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, July 09, 2010

Gunting Dalam Lipatan

Ding dong..

Pernah tak korang rasa sangat² sedih sebab macam dikhianati orang yang korang paling percaya? Aku? Pernah, tapi tu suatu masa yang amat dulu la. Memang masa tu aku rasa dunia ni kelam kejap. Rasa macam nak slap muka die 180 kali. Tapi, aku tak buat pun. Sebab aku bukan jenis orang yang suka mengamuk tak tentu pasal. Aku boleh jamin tahap kesabaran aku biasanya boleh menjangkau tahap yang mengagumkan bila sampai dalam situasi macam tu. Habis kuat pun, aku baling barang je. Still under control bagi aku la kalau camtu. Sebab kalau dah masuk tahap aku pegi face to face hadap orang tu, memang panas telinga. Sebab aku boleh sound direct tanpa rasa belas kasihan dan boleh buat orang tu sampai terduduk (yes, i did that before).


Kan nampak keji je kan..
Dalam baik je ko nyorok situ!


Tiba² ayat pembuka kata aku hari ni sangat emo kan. Hahaha, serious said la, aku sket pun tak emo. Malah aku rasa sangat lapang dada pagi ni. Thanks to someone yang menyedarkan aku. I owe you something babe! Tak sangka rupanya peribahasa rambut sama hitam, hati lain² tu betul² terkena tepat ke batang hidung aku. Tak sangka sesangat la makcik ni nak oi. But anyway, aku rasa lega sebab at least aku tau sape dia yang sebenarnya di sebalik wajah konon² ikhlas dia tu kan. Glad to know that u are like that kind of person. Paling tak pun ada modal aku nak bergelak sakan dengan bie bila mengenangkan kebodohan dia tu.

Apa agaknya yang dia dengkikan sangat dengan aku ek? Aku pernah kacau hidup dia ke? Aku rasa tak pernah pun. Jangan kata nak kacau, nak cari pasal pun jauh sekali. Tapi, kenapa la dia 'ambik berat' sangat dengan apa yang aku buat? Sampai apa yang aku buat untuk diri aku, keluarga aku, yang sikit pun tak melibatkan hidup dia pun dia sibuk nak ambik berat sangat.
*Kepochi jugak ko ni kan*. Risau sangat ke kalau aku ni nanti mengatasi dia? Haih, semua tu kan rezeki dari tuhan. Janganlah kiasu sangat beb! Aku tak mintak sesen pun harta benda dia. Apa rezeki tuhan bagi, aku redha la. Kalau aku down pun, jangan risau. Aku ada suami yang cukup² penyayang nak tenteramkan aku. Suami yang takkan biar aku sorang² kalau aku stress, *kau ada*?? Oh, takpe. Aku tau hidup dia lebih baik dari aku. Fine, ambik la Batu Caves tu buat award okey!

Bagi aku, hidup aku adalah yang terbaik untuk diri aku. Apa yang ada sekeliling aku adalah kekuatan aku. Gagal sekali, aku tak takut la gagal lagi sekali. Tu semua tuhan yang tentukan. Apa yang aku buat, tu usaha aku. At least aku tau aku bukan jenis orang yang berpeluk tubuh. Terima je apa pun keadaan yang menimpa diri tanpa usaha? So not me ler kan. Jadi pesan aku untuk dia, sebelum buat apa², fikir 100 kali. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Takkan nak tunggu sampai badan binasa baru nak jaga mulut kan? Tuhan tu memang sentiasa adil. Aku tak tau direct, lama² tetap sampai jugak kat telinga aku bila tuhan tu nak aku tau. Hidup ni singkat, jadi kurangkan perasaan hasad dengki sesama manusia ni ye. Membazir je..


Jangan sampai jadi camni ye!

Entry kali ini sangat mengundang sesuatu kan. Hehehe, tapi jangan risau, aku masih mampu tersenyum. Sebab pada aku, semua ni tak effect pada hidup aku sikit pun. Just ini mungkin untuk ingatan sesiapa saje yang ada 'PhD' dalam diri tu. Tolonglah berubah, kita hidup ni tak lama. Tak tentu bila masa kita akan pergi tau. Takut nanti 'PhD' tu tak sempat nak khatam, dah sampai masa kita yang khatam dulu. Takut tak sempat mintak maaf beb. Salah dengan tuhan, kita mintak maaf dengan tuhan, settle. Tapi salah dengan sesama manusia, selagi tak mintak maaf tergantung la kat padang masyar nanti. But don't worry, aku maafkan dia. Aku taknak la amalan aku pun tergantung disebabkan benda² stupid macam ni. Apakah bendanya? It's for me to know, for you to find out. Nasihat aku untuk dia, sila jangan terlalu Mak Joyah sangat la in future. Tu saje, sekian..

Adioss amigos santos!

Nota kaki lapan: Pasni aku nak kaler rambut warna oren la, pastu pi sokong Belanda kat final WC..
:-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, July 06, 2010

Micheal Heart - We Will Not Go Down

Ding dong..

Just nak share lagu yang menyentuh kalbu ini. Hayati okey!


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Ini ialah tribute untuk semua penduduk Gaza. Kalau la dihayati betul² lirik ni, mungkin boleh menitis air mata kot. Walaupun kali pertama aku dengar pagi ni, terus tersentuh hati. Semoga mereka dirahmati dan diredhai. Hidup mereka untuk berjuang, mati mereka syahid. Aminn..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 01, 2010

Pink Day.. Anyone know about this??

Ding dong..

Oklah, kisahnya bermula macam ni. Kami memang ada date dengan Subway tiap² bulan. Sebulan sekali wajib makan Subway sebab dah ada voucher yang dapat masa dapat kalendar awal tahun dulu. Rugi la kalau tak pakai. Kebetulan jugak, semalam jam aku yang 'mahal' ini mati. Mahal² pun tak guna jugak kalau dah mati kan. Jadi, aku ajak bie pegi One Utama nak menggantikan batterinya yang mungkin dah sampai hayat (Sila abaikan pasal mahal tu ye, aku gurau je). Tak tau kenapa aku punya jam mesti mati dulu. Padahal beli sama² dengan bie dulu. Haih, malang sungguh rasa.

Sambil berjalan mencari kedai jam, sempat la menyinggah kedai² spec yang ada nak survey² harga. Niat hati nak buat terus, tapi memandangkan masa yang dah agak lewat, aku batalkan niat tu. Aku tak tau ada cerita ke tak, tapi ini lah ceritanya. Spec aku yang sekian lama bertahan akhirnya patah dikerjakan dek budak tembam bernama Hafiy. Nasib baik la mood masa tu okey. Aku just abaikan je. Kebetulan spec tu memang perlu sangat diganti baru.

Lepas ganti batteri jam. Kami terus ke JJ. Aku nak mencari pakaian² kecik. Settle hanya dalam masa kurang 5 minit. Bie pun kagum. First time ever katanya. Tak pernah aku settle membeli barang secepat tu. Biasanya abis semua rack aku pusing sampai puas hati belek, baru decide nak ambik yang mana. Hahaha. Tapi semalam memang kepala amat fokus. Apa nampak, terus tengok lebih² kurang. Then terus sambar. Yang penting saiz, rupa belakang citer.

Ok, berbalik kepada citer asal. On the way dari JJ ke parking kereta, aku lalu kat stall Baskin Robbins ice creme. Masa mula² nak ke JJ memang ada lalu yang depan food court Arena punya stall, tapi selera mati sebab aku terbau macam ada bau kucing lepas beranak. Dey, apakah dalam shopping mall ada bau camtu kan?? Tapi bila lalu lagi sekali di tempat yang lain pulak, selera yang mati tadi hidup semula.

Yang paling best, ternampak ini..


Harus lah tidak melepaskan peluang kan. By the time kami beratur tu, diorang siap dah tutup lampu sebab taknak orang terus beratur. Ngehehe, kira aku ni antara yang bernasib baik la kan. Jadi, dapat la merasa makan aiskem di tengah² malam. Tak pedulik, yang penting dapat makan. Hahaha.


So, penah ke korang dengar pasal Pink Day ni? Serius, aku memang baru semalam tau. Sebelum ni memang tak tau menau langsung. Ni nak bagitau betapa kebetulannya semalam aku terpakai kostum pink kan. Sampai kena tegur bila sampai opis. "Pink nya hari ini kamu?". Hahaha..


Nota kaki lapan: Wearing pink is not a crime!! Kasi la can sekali sekala nak ayu-ayuan.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Melaka Trip, Season 2 - Pictures Only

Ding dong..

Day 1.. Lunch - Jalan Bachang, Cendol - Jonker Walk


Seafood - Muara Sungai Duyong.. Terbaek!!


Night market - Jonker Street, River Cruise - Sungai Melaka


Day 2..


Go-Kart, Ayer Keroh


Botanikal Park - Ayer Keroh




Lake Garden - Ayer Keroh


Berbanyak² terima kasih untuk Farid yang sudi menjadi fotografer tak berbayar kami dengan khidmat bantuan kamera DSLR yang mahal itu. Jasa anda akan tetap dikenang. Next trip jangan lupe tawarkan diri jadi fotografer lagi ye. Kami memang akan awal² offer diri jadi model² tak bertauliah. Hehehehe..

Nota kaki lapan: Kalau nak letak semua gambar, mampuih! Ni la natijahnya bila dah ada kamera digital..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-
Related Posts with Thumbnails