Monday, January 05, 2009

I am not well-rested this weekend



Pagi yang bosan. Memulakan hari Isnin dengan rasa hati yang sangat sebal. Muaknya nak bangun pegi keje!! Lagi pulak semalam diserang sakit kepala dan demam malam yang tiba². Nasib baik pagi ni dah kebah. Loceng jam dah menjerit², tapi aku buat tak dengar je. Malas betul nak bukak mata. Tambahan pulak dengar bunyi orang mandi, so kuat lagi la alasan nak bermalas² tu. Jadi, marilah menyambung tido. Sampai la ke pukul 7:20 barulah aku betul² bangun dari tempat tido. Badan terasa amat berat dan sangat la malas. Siap mandi, berhias ala kadar (aku memang tak penah make-up pon nak pegi keje, tak koser!!). Terus pegi keje. Dengan muka yang sangat sebek!! (ayat kengkawan zaman belajar dulu, sebek = bosan). Pagi ni banyak kete, maklumla sessi persekolahan tahun 2009 kan baru start. Berpusu² semua orang menuju destinasi masing². Sepanjang 10 minit perjalanan ke rumah Bie tah berapa kali aku menguap dah pun aku tak dapat nak kira. Sampai kat rumah Bie aku tak singgah lama. Memandangkan mak tak buat bekfes pun pagi ni, Jadi bekfes kat ofis jela. Stereng bertukar tangan. Sepanjang perjalanan mata aku ni asyik nak tertutup je. Mengantuk dan penat masih tak hilang lagi. "Haih, cuti bawak penyakit ke?", sampai je itu yang aku dengar dari Syasya.

Mana taknya. Aku rasa walaupun last week banyak cuti. 
Tapi ruang untuk aku berilek² macam takde. Jadual aku penuh dan padat. Pada cuti Krismas (Khamis), aku balik Semenyih. Memenuhi undangan BBQ dan berkumpul satu famili yang dianjurkan 
"The Sibling's Chip" iaitu Akak Aren, kakak sulung aku. Nasib baik jugak plan nak ke Sungai Congkak dibatalkan saat akhir. Dapat jugak la aku nak tido lama² sikit pagi tu. Bie pun mengambil peluang yang sama. Serius, kami memang tak cukup rehat sejak dua menjak ni. Ada je aktiviti masa weekend!! 
Memulakan perjalanan ke Semenyih lepas lunch. Nak memastikan rehat yang betul² cukup sebab BBQ diadakan waktu malam. Jadi mesti kami balik agak lambat nanti. 
Sesampainya di Semenyih, tak banyak yang aku kena buat. Sebab hampir semua persiapan untuk BBQ malam tu dah pun disiapkan. Tunggu nak bakar jela. So aku & Bie hanya melepak² jela depan TV melayan anak² sedara.
  Especially Hafiy yang semakin membesar dan bijak. Seronok layan budak sorang ni. Melihatkan keletah dia akan membuatkan sesape pun terasa nak ada anak sendiri. Termasuklah Bie! Petang tu bawak die berjalan² sekitar rumah. Penat berjalan kami sambung meronda naik motor. Kelakar sikit part ni sebab yang bawak motornya aku, bukan Bie. Die duduk belakang je. Hafiy duduk dalam bakul. (FYI, Bie memang tak biasa bawak motor. Lagi pulak kalau kena bawak orang, tak berani la die).
 Malamnya lepas maghrib, maka 
bermula la acara membakar dan mencurik makan ayam BBQ. Hehehe. Aku & Bie adalah antara pencurik ayam yang bertanggungjawab mengurangkan kuantiti ayam dalam pinggan. Hahahaa.. (bukan curik, kite nak rasa je kan Bie). 
Part ni pun aku & Bie tak involved sangat. Banyak duduk tepi tengok² je. Kakitangan dah ramai. Bie lagi pandai, menjadikan Hafiy sebagai objek untuk mengelakkan kena suruh buat keje.
Bijak.... bijak..! Selesai makan dan melepak², aku & Bie dengan selambernya mintak diri nak berangkat balik. Pinggan pun tak basuh!! "Nak buat camne, esok keje. Kena la balik awal." Aku memang dah standby nak bagi jawapan ni kalau ada yang tanya. Nasib baik takde yang tanya. Maka kami pun pulang dengan aman dan tenteram sebab perut dah kenyang!! @.@ hehehe.. Tapi yang tak best, esoknya keje sehari je, pastu cuti balik. Bosan betul la!!



Hari Sabtu pulak, kami meneruskan program hujung minggu yang berfaedah. Paginya aku & Bie memang dah bercadang nak ke Sentul. Hujan lebat pagi tu tak menghalang niat suci murni kami berdua. Ada program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan anjuran HOPE.
 Sebuah persatuan kebajikan yang agak pemes jugak la. Bie agak excited jugak sebab ni 1st time dia nak derma darah. Sebelum ni pernah nak try sekali, tapi sayangnya masa tu die tak dapat join sebab die baru lepas makan ubat demam. Nak tau apa syarat² nak derma darah? Sila la google ye. Jadi masa tu hanya aku sorang jela yang dapat menderma. Ramai jugak la rakyat Malaysia yang 

prihatin aku jumpa kat sini. Macam² bangsa. Bangga kejap sebab salah sorang yang prihatin dalam ramai² itu adalah aku!! Aku takde takut sangat tengok jarum tu skang. Dah biasa (dengan penuh berlagaknya!!).. hahaha. Lepas derma darah. 
Kami meneruskan perjalanan kami ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India pulak. Bie nak cari baju melayu untuk nikah nanti. Kagum aku tengok Bie hari ni, tak sangka die larat lagi nak berjalan² lepas derma darah. Walaupun itu 1st time die derma darah. Masa aku 1st time dulu, 
lepas derma darah aku terus balik ke bilik. Tido puas²! hahaha.. Sampai kat situ, hujan masih belum ada tanda² akan berhenti. Parking kete kat Semua House, lepas tu jalan kaki sambil berpayung ke Wisma Yakin. Ala² romantik gitu.. hahaha.. Tapi dugaan sungguh nak mencari baju melayu tu. Dari satu kedai ke kedai yang lain. Masih tak jumpa apa yang kami cari. Kalau ada pun, saiznya pulak yang takde. 
Tapi alhamdulillah, sampai ke kedai yang terakhir (atau mungkin selepas tu ada satu lagi kedai, aku tak pasti sebab aku dah tak tengok), dapat jugak baju melayu yang menepati ciri² yang kami cari. Syukur!! Selesai pencarian, kami berdua makan di Station Kopitiam kat Semua House tu. Agak lewat lunch, dah pukul 3 pun masa tu. Fuhh, 2jam hanya untuk sepasang baju melayu. Untuk melengkapkan 2 jam tu, Bie tambah sekali songkok dan butang baju melayu. Tapi takpe, semua tu berbaloi!! Lepas makan terus balik. Penat dah meredah hujan. Lagipun darah yang dah kurang mesti ditambah balik!!
 
Cadangnya nak berehat je hari Ahad, tapi satu panggilan telefon diterima dan meranapkan harapan itu!!! "Hello akak, ini Cavenzi Sg Chua Kajang mari punya telepon. Itu akak ada bili itu bedroom set kan. Tapi itu delivery kasi hold dulu pasal akak punya form sudah kurang 1 signature." kata si bangla bengong itu dengan panjang lebarnya. Semata² 1 signature aku terpaksa melupakan impian Ahad aku tu. Hampeh!! Makanya pagi Ahad yang hening itu aku & Bie ke Kajang untuk mensettlekan sesuatu yang amat stupid!! Kononnya lepas sign nak balik terus. Tapi tiba² Bie tanya, "Pegi mana pulak?". Aik, bukan ke nak balik terus?? Hurm, memandangkan die dah bertanya, aku jawab jela. "Mines pun ok jugak." Bie cakap, " OKlah, tapi takleh lama. Bie nak pegi ofis petang ni." Maka ke Mines la pulak kami. Pusing² takde arah, window shopping je. Pastu pekena McD, menunaikan azam 2009 Bie yang kedua, Prosperity Burger. Owh, BTW.. azam pertama dia nak derma darah. Pun dah tercapai. Azam seterusnya aku tak tau la apa. Puas berjalan² kat situ, kami pun bergerak pulang. Memandangkan dia kata boleh siapkan kejenya kat ofis tu kurang dari sejam, aku cadangkan kami terus ke ofis die. Alang² kami memang dah keluar tu. Melepak la aku kat ofis die kejap. Kami bukan berdua okey, jangan nak sabotaj pulak!! Ada lagi orang lain dalam tu. Aku pulak masa dalam perjalanan tetiba terpikir nak ajak die tengok wayang kat cineleisure, die pun tak citer banyak, OK je katanya. Tengok citer Yes Man. Quit interesting jugak la. Jim Carey yang jadi hero, mau tak tergelak² je manjang. Tengok wayang pukul 5:15, pukul 7 citernya selesai. Kami terus bergerak pulang. Aku memang dah sampai kepada kadar kepenatan yang hampir maksimum. Lepas hantar Bie memang tak berlengah dah nak balik terus. Kepala dah berdenyut². Sampai je kat rumah, aku pun tumbang.....

Jadi ini lah hasilnya, pagi ni memang sangat tidak bermaya nak keje... :(

-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails