Thursday, January 22, 2009

Berubahnya satu angka itu......~.~

22 Januari 2009

Hari ini, tepat jam 7:20 pagi. Maka genap la umur aku 25 tahun. Suku abad dah aku hidup atas muka bumi ini. Macam biasa, tiada apa² yang luar biasa pun. Menjalani hidup seperti biasa. Aku memang tak biasa nak celebrate² ni. Jauh sekali suprise jam 12 tengah malam daripada sesiapa. But it's ok, aku senang begini. Adakalanya suprise tu mungkin menyeronokkan, tapi kadangkala suprise jugak sesuatu yang merimaskan. Jadi, baik la diteruskan macam ni. Pada aku, birthday is nothing much then a circle that you have to face setiap tahun selagi kita bergelar manusia yang hidup di muka bumi. So, apa yang special sangat pun kan. Every year it will come over and over again.. Ada yang ingat, ada yang lupa, ada yang buat² lupa, ada yang memang tak pernah nak cuba ingat. Pada aku, it's ok. Suatu ketika dulu, mungkin ia sesuatu yang sensitif pada aku. Tapi berkat kematangan yang semakin bertandang, aku rasa itu bukan la suatu perkara yang perlu aku letakkan dalam priority list hidup aku sekarang ini. 

Apapun, buat semua yang mengingati, thanks a lot. Anda semua tetap akan dihargai selayaknya. Buat yang terlupa, nevermind.. Just give me a belated wish. Buat yang tak pernah teringin nak mengingati, up to you.. i'm really fine here. Dan untuk yang tidak mengetahui, this entry will help you a lot i think so... 

Dan memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir aku meraikannya with the title "bujang". Aku agak hepi jugak la, mengenangkan tahun depan ada seseorang yang sentiasa di sisi dan boleh menghadiahkan hadiah terindah pada setiap tahun. Biarlah walau hadiah itu hanya sekadar sebuah senyuman. Itu dah cukup indah dan manis untuk aku kenang sepanjang hayat. Siapa tau, mungkin ada hadiah yang lebih "bermakna" tahun depan. Hehehehehe... Doa² kan la ye. 

OKlah, esok aku update aktiviti weekend yang lepas. Tata.. MySpace

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Anonymous said... Jawab Balik

klu nak hadiah bermakna tahun depan kenelah berusaha lebih keras ye korang berdua hahaha..anyway selamat melangkah ke era 5 dibelakang umur anda hahaha..sokka..sokka..

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha.... akan diusahakan sebaik mungkin!!

Related Posts with Thumbnails