Friday, January 16, 2009

Sorotan Seminggu....

Minggu ni agak sibuk di awalnya. So agak kemalasan nak meng'update' blog ni. Memang saje aku menunggu sampai hari terakhir bekerja baru update. Lagi pun hari ni 'angin' baru melanda. Saat aku menaip coretan ni, aku dah pun berpindah tempat dengan selamatnya kat opis. Ambik port yang lagi best dari yang dulu. Tempat yang asalnya Asstn Manager aku yang dok tercongok hari². Best jugak, boleh ngular surfing² time bosan dengan bebasnya. Hahahaha....

Dari hari ini genap la lagi 2 bulan ke detik itu. Agak kecut jugak perut aku ni bila memikirkan tu semua. Persiapan alhamdulillah, aku kira untuk perkara² yang genting dah pun aku settlekan. Sekarang ni menunggu detik dan waktu jela. Persiapan yang lain masih on progress. Mintak² semuanya yang bakal berlaku tu akan berjalan dengan lancar. Selancar yang mungkin, insya-Allah.

Oklah, sedikit cerita untuk minggu ni. Pada hari Ahad lepas, aku hanya menghabiskan sepenuh masa di rumah. Memang dari awal lagi aku dah rancang taknak ke mana². Lama dah rasanya tak dapat lepak² kat rumah dengan teman² serumah yang lain. Jadi agenda pertama aku untuk hari itu adalah masak. Bangun agak lambat, balas dendam tak cukup tido selama ni. So bekfes kami agak lewat, dah menginjak ke jam 11 pagi baru nak mencekik. Lepas bekfes (yang agak lambat tu), aku & kak Safa ke pasar. Mandi pun tak, muka slumber je. Aku memang sentiasa wangi ok... Menu utama hari tu, masak lemak ayam cili padi. Perghhhh, agak menggigil jugak sebenarnya nak masak tu. Selama ni aku masak benda² leceh macam tu dengan pemantauan bersama mak aku kat dapur. Selalunya aku jadi tukang potong & tukang kacau jela. Tapi bahan & stepnya aku memang hafal la. So, dengan yakinnya aku tetap teruskan hasrat nak melakukan percubaan solo kali pertama. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Lagi puas bila tengok orang lain semua makan dengan penuh berselera. Habis semua setengah ekor ayam aku gulai. Sebab aku dah niat nak bawak sikit untuk bagi Bie rasa malamnya. Lepas settle melantak segala menu yang ada, we all just lepak² tengok TV. Kak Lela keluar bersama kawannya (Kak Hairul <--- pompuan ni tau!!) ke KLCC. Sambung makan sushi katanya. Kebetulan dia nak menghantar kawannya tu ke Puduraya, nak balik Melaka. Aku & Kak Safa pulak dah plan nak ke Jusco AEON Setiawangsa petang ni. Ada misi yang harus diselesaikan. Misi apa ye? Haha... 

On Progress.........

Hampir siap...

Masak lemak cili padi, kangkung goreng belacan, ikan cencaru masin... nyummm..

Depan rumah urut thai.. Ni lah misi aku petang tu, Full Body Massage!!

Sabtunya pulak, aku melakukan aktiviti riadah yang menyeronokkan. Aku, Bie, Nana & Adik (adik² Bie) ke Sungai Congkak. Awal pagi lagi kami dah memulakan perjalanan. Pegi picnic yang tak dirancang dengan teliti. Main redah je. memang aku tak buat apa² pun. Just beli je makanan ringan. Misi utama adalah nak release tension. Jadi taknak la bawak beban banyak² snagat. Yang nampak paling hepi Adik la, excited sungguh die. Lama tak dapat rasa mandi sungai. Sesampai je kat port, terus siap² nak terjun. Haih, nasib baik la dapat kakak ipar sporting macam aku ni. Aku la yang kena kemaskan barang yang diorang biarkan berterabur. Kami betul² mandi dalam istilah sebenar. Memang tak mensia-siakan sedikit pun masa. Yang paling menarik, kami siap buat aksi terjun². Aku dah terasa macam kembali ke zaman kanak² pulak. Lupa segala masalah dalam kepala. Sebelum balik kami sempat singgah makan kat Satay Kajang Samuri. Pekena cukup². Lepas kenyang terus pulang dengan senang hatinya. Oopss, ada insiden memalukan terjadi masa mandi sungai tu... nak tau apa?? Seluar aku koyak!! Tercarik kat batu tajam mana tah. Nasib baik la aku perasan awal. Dalam pada gabra tu terpaksa la jugak cari idea nak cover. Nasib la Bie ada bawak seluar extra dan aku muat seluar tu. Kalau tak naya jugak tu. Memang tak sambung mandi dah la agaknya. Pengajaran untuk aku la kiranya tu. Moral of the story, bawak la seluar extra kalau pegi mandi kat kawasan berbatu² macam tu. 

Bie yang memerhati adik²nya...

Aksi stunt dari adik...

Syiokk...

Satay Session....
Aktiviti baru² ini pulak, farewell lunch untuk aku punya ex-Asstn Manager. Sebab tu la aku telah bertukar angin hari ni. Mengambil alih tempat die yang sangat strategik. Boleh curik² kalau mata terasa berat lepas lunch. Hahaha.. Nak sambung surfing la pulak.. Bosan sudah seharian takde keje nak buat.. hehehe..

Lokasi... Old Town White Coffee Jaya One

Order time..

Waiting...

Ofis Mett..

Burrpp...
Sekian, terima kasih....

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Tok Li said... Jawab Balik

The Masak LEmal Cili Padi looks really good !

i.z.m.a said... Jawab Balik

TQ..... My first attemp without my mom around.. Alhamdulillah everything going fine... The most important thing is, everyone enjoy it!!

Related Posts with Thumbnails