Friday, January 30, 2009

Perkasakah Bahasa Melayu??

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Lihat dan nilai sendiri. Aku dapat ni dari satu website stesen penyiaran popular dan top negara kita ni. Minta maaf banyak², bukan niat aku nak menjatuhkan siapa². Secara jujurnya aku juga adalah salah seorang penonton yang boleh dikatakan setia pada stesen penyiaran ni. Cuma menegur mana yang tersilap. Agar kita sama² dapat membetulkan kesilapan antara kita. Tak gitu??? Kalau ada sesiapa dari pihak yang berkenaan tersinggah ke blog ni dan terbaca entry ni, harap dapat membetulkan apa yang salah dan silap tu. 

Aku mengaku yang aku bukanla seorang yang sempurna dalam penggunaan bahasa ni. Macam yang boleh anda² semua perhatikan dalam blog ni, aku pun "kaki rojak" bahasa jugak. Cuma, terasa agak tercalar hati ni bila melihat keadaan seperti ini berlaku pada laman web stesen penyiaran terkemuka yang mana kita pun tahu betapa ramainya yang membaca atau terbaca apa yang aku maksudkan dalam ni. Alangkah memalukan kalau yang membaca tu adalah anak kecil yang baru belajar membaca. " Ayat baru ke ni mama?". Mungkin perkataan itu hanya sebuah perkara enteng pada setengah masyarakat. Tapi bayangkan kalau ia menjadi amalan? Mungkin Bahasa Melayu benar² akan layu satu hari nanti.

Ini hanyalah contoh² kecil yang dapat aku singkap. Kalau disusuri layar web yang lain, berlambak² lagi "perkataan² baru" yang dicipta oleh para penulis yang bijak pandai memporak-perandakan bahasa. Semoga kita sama² belajar dan memperbetulkan kesilapan sesama kita. 

Renung² kan... dan.. Selamat ber"blogging".....

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

gila siot said... Jawab Balik

hmm kalau bahasa jiwa bangsa tapi kalau bangsa jiwa apa lak...?????

i.z.m.a said... Jawab Balik

Bangsa jiwa kacau... tu pasal la hidup tak tentu arah je.. kuang kuang kuang!! Ekau pikir la sendiri yo....

Related Posts with Thumbnails