Seperti yang telah dijanjikan semalam. Maka inilah sedikit cerita aktiviti yang aku jalani minggu lepas. 2 aktiviti yang pada aku agak menarik dan sudah agak lama tak aku lalui. Mungkin atas sebab faktor kejauhan dan juga kesibukkan menjalani hidup masing². Maka aktiviti² sebegini agak jarang, atau lebih tepat lagi kalau aku katakan sudah tidak lagi kami (aku dan ahli keluarga yang lain) adakan. Maka dengan peluang yang ada, kami gunakan sebaiknya..
Apa yang aktiviti yang best sangat tu? Hurmm.. takde la apa² sangat rasanya. Cuma yang membuatkan ia jadi menarik, hampir semua ahli keluarga aku terlibat sama. Serius, keluarga aku yang agak besar membuatkan kami susah nak berkumpul dan melakukan aktiviti bersama. Tambahan pulak dulu mak dan ayah tinggal berjauhan. Jadi adakalanya peluang berjumpa dan berkumpul hanyalah di rumah.
OK, ini kisahnya.. Pada sabtu yang lepas, aku dan Bie menghabiskan hujung minggu kami kat Semenyih. Tanpa ada apa² perancangan untuk melakukan apa² aktiviti. Aku pulak memang dah teramat rindu pada anak sedara yang kecik sekali, Hafiy namanya. Sampai dah termimpi². Bie pun sama, dah mula termimpikan Hafiy yang manja tu. Well, for your information, Hafiy ni lebih rapat dan manja dengan Bie berbanding aku. Tak tau la kenapa, ada chemistry kot. Mungkin jugak Bie suka memanjakan dan melayan si kecik tu. Sesampainya kat rumah, aku disambut teriakan Adam (anak sedara yang ke-2). "Cikma!!!!". Haih, dia ni memang pantang nampak aku. Ada je benda dia nak mintak. Tapi memang dah aku yang rajin melayan. Memang boleh kata setiap kali balik ke Semenyih, mesti ada something yang aku beli untuk dia, Alif (anak sedara yang sulong), dan Hafiy. Kali ni aku belikan t-shirt untuk diorang. Butik PM (Pasar Malam) je. T-shirt Upin & Ipin untuk Alif, T-shirt Ben-10 untuk adam, dan untuk hafiy hanya sebuah ciuman. Hehe, bukan taknak belikan, tapi takde saiz untuk dia. Bagaikan ada aura antara aku dan mereka. Rupanya memang Adam mengidamkan baju Ben-10. Tepat sekali la pilihan aku untuk dia tu.
Ini la Hafiy... Comel kan!!
Oklah, berbalik kepada cerita asal. Aktiviti kami pada hari itu merupakan aktiviti yang tidak dirancang. Apa dia?? Ia adalah..... Sesi makan sate!!! Akak Aren yang cadangkan kami sekeluarga makan kat luar. Nak bagi rilek sikit katanya. So takyah la nak penat menyediakan bahan untuk dimasak ke apa. Tambahan pulak dia dan Abang Zam (abang ipar aku), baru je pulang dari Bandung, Indonesia. Dah pasti lebih² lagi penatnya. Dan tempat yang telah dipersetujui semua, Ramal Junction. Lokasinya di Sungai Ramal, Kajang. Betul² berdepan dengan stesen minyak Shell Sungai Ramal. Perut kami semua memang telah dikosongkan dari segala jenis makanan berat sejak petang lagi. Nak kasi banyak space!! Tapi aku dan Bie sempat menjamah (semangkuk jugakla jamahnya) mee hailam masa singgah kat rumah Ude (mak sedara aku) sebelum keluar tadi. Jadinya, akibat dari kelaparan yang amat sangat, sate yang dihantar ke meja lenyap sekelip mata kerana dibaham oleh singa² yang kelaparan. Alif antara pemangsa yang paling kejam dan rakus. Aku tak tau la berapa cucuk dia bedal malam tu. Tapi yang pasti, kalau ada competition, sure dia top 5. Anak sedara aku yang sorang ni memang kuat makan. Hidangla apapun, dia boleh bedal. Janji jangan pedas² sangat. Tak cukup dengan sate yang bercucuk², tambah pulak nasi ayam sepinggan. Lapar sangat nampak gayanya. Akibat dari kelaparan semua pihak, maka sate yang sebanyak 150 cucuk itu lenyap dalam sekelip mata. Abang yang tukang bakar sate tu pun aku tengok agak menggelabah. "Lahap benar diorang ni, tak sempat aku nak abis bakar diorang dah abis bedal yang atas meja..". Agaknya itu la yang dia pikir kot setiap kali menghantar sate ke meja kami. Haha, baru kau tau!! Kami tak ambik masa yang lama pun nak mensetelkan makanan yang terhidang. Dalam sejam, semuanya telah habis licin!! Tapi malang sungguh nasib Bie malam tu. Air laici yang diorder tak sampai². Makanan dalam pinggan dah clear, tekak dah nak tercekik, baru la air tu sampai. Berbakul² la tukang hantar air tu dapat bebel dari aku. Elok² kami dah nak berangkat, ada pulak lagi yang hantar air laici tu lagi. Dah over dos la pulak diorang ni. Telinga tersumbat ke apa!! Maka dengan hampa si tukang hantar air tu berlalu dengan wajah hampa. "Nasib ko la bangla..."
Ahli rombongan yang kelaparan!!
Lepas makan kitorang pun bersiap² nak berangkat pulang. Lupa nak bagitau, kami bergerak dalam 3 buah kereta. Kenari, Spectra dan Iswara. Plan seterusnya nak ke Down-town kata mereka. Ayah & mak yang memfollow kereta aku memang taknak join. Jadi kami buat keputusan nak terus balik. Aku pun memang malas nak follow. Baik balik tido!! So kami pun berpecah. Tapi elok² je aku masuk highway (siap dah bayar tol RM1), akak aku call. "Ima pegi mana? Taknak ikut pegi putrajaya ke?" Lorr, hampeh tul. Rupanya plan dah bertukar. Aku memang dah cakap awal² kat Bie, kalau pegi Putrajaya kami follow, pegi Down-town kami balik. Sebab, apa yang aku dengar tadi diorang semua macam dah confirm nak ke Down-towm. Jadi, terpaksa la kami berpatah balik. Lepas jumpa dengan yang lain², kami semua pun gerak ke Putrajaya. Takde nak buat apapun kat situ. Saje nak bawak mak & ayah jalan². Lepak² kat Dataran Putrajaya tu. Aku sendiri pun tak pernah sebenarnya jalan ke situ waktu malam. Lepak² kat dataran tu lagi la tak pernah. Yerp, memang aku ngan Bie lebih suka lepak kat rumah banding berjalan² waktu malam. Jadi, kami lepak² kat situ sampai la pak guard tu start 'menghalau' tepat pukul 12 tengah malam. "Masa dah tamat ye, sila kosongkan dataran..." Bersopan santun sungguh pak guard Putrajaya ni. Maka, kami pun berdedai² berangkat pulang meninggalkan dataran tersebut. Sempat la snap beberapa keping gambar. Sayang betul kamera aku dah out of battery. So hasil gambar pun tak berapa memuaskan. Takpe, lain kali boleh datang lagi. Snapping around dengan Bie kat sekitar Putrajaya ni. Dalam perjalanan balik sempat la jugak pusing² kejap.
Semua dengan haluan masing²...........
Mak & Ayah... Akak Aren & Hafiy...
Kami...
Sampai kat rumah lebih kurang jam 1 pagi!! Haih, mak & ayah pun dah mengantuk sangat. Dah berumur, nak berjaga lama pun dah tak larat agaknya. Aku pun tak tunggu lama. Terus tukar baju tido, dan bersiap² untuk tido..... Bie pulak awal lagi dah ZZZZzzzzzz.... Dia memang cepat je lelap, pantang jumpa tilam & bantal. Tu pun tanda² dah tua jugak tu!! Hahahaha...
Oh ye, hampir terlupa. Ada sedikit update sempena birthday aku semalam. Thanks a lot buat teman² serumah, Kak Safa & Kak Lela yang sudi belanja makan. Arigatogozamass!! Kenyang perut aku, bertambah la berat badan aku ni... Huhuhu... Kami berlima, aku & Bie, Kak Safa & Abg Mohd (kawan Kak Safa dari S'pore) dan Kak Lela. Makan di salah sebuah restoran Thai kesukaan Bie satu ketika dulu, Pha Pha Seafood (sebutannya mungkin 'peha peha' kot). Lokasinya kat area Jalan Gombak. Sangat pelik tomyam nya!! Nak tau boleh la pegi try ok..
2 org Cik Puan yang sangat bermurah hati, TQ!!
Gaya Bisnesman yang sedang bercerita hal bisnes!!
Santapan Diraja yang lazat.. Hehehe
Thanks jugak untuk Syasya yang kasi present pagi tadi. So sweet dan comel. Boleh la aku gantikan pen holder DIY aku tu. "Bulan 3 nanti aku nak hadiah lagi besar dari ni tau!!"
Jeng.. jeng.. jeng!!!
Tadaaa.... Cutekan!! Hahaha
-END-
1 Mak Joyah Bertandang:
comeynye dak hafiy tu, anak sapolah agaknye
Post a Comment