Nota kaki lapan: Hidup biar sedap!
Monday, October 29, 2012
Makan: Burger bakar kaw-kaw
Nota kaki lapan: Hidup biar sedap!
Sunday, October 28, 2012
Marilah bertebi-tebi
Salam aidiladha. Dah lambat pun still nak wish jugak tak kira. Tahun ni kami bertiga satu family dapat ambik bahagian korban lembu. Tapi korbannya buat kat kampung bie je, kami tak join pun sebab tahun ni tak balik sana. Walaupun kalau ikut turn patutnya aku memang balik sana pun. Bie cakap sebab mummy tak balik, maka kami pun tak balik jugak. Jadi orang 'key ell' ler beraya kat bandar, huhu.
Tak apa aktiviti pun di hari raya, just ikut mummy beraya rumah pak sedara & mak sedara bie. Malamnya just lepak kat rumah je tengok tv. On the way balik dari beraya, bie tiba2 ajak ke One Utama esok (semalam). Aku tanya nak buat apa, dia jawab "tebi2" la nak jadi "samseng" la. Pening jap aku nak proses. Tapi lama2 aku paham jugak. Dia nak menunaikan hajat aku yang dah sekian lama aku pendam. Tenkiu la sayang, memang senyum sampai telinga la aku sepanjang hari semalam. Hehehe.
Akhirnya aku selamat menjadi warga Samsung. Gtab2 10.1 sudah selamat menjadi hak milik mutlak. Lama dah teringin nak bertablet, tapi sebab dah ada laptop so macam banyak membazir pulak nak beli. Macamkan banyak benar benda nak guna. Tapi disebabkan kampeni baru bie takde bagi laptop macam kampeni yang dulu, so bie cakap dia boleh guna laptop tu kalau aku dah ada yang lain. Awalnya plan nak cari netbook, tapi nan hado. Takde orang dah nak jual netbook kot. Alang2, aku request tab jela. Yeahuhuhuhu! :)
So hari ni baru hari kedua ber'gtab'. Harap2 aura kerajinan nak mengupdate entry tu datang la nanti. Sekarang tengah belajar camne nak bubuh gambar dengan efisennya kalau update dari sini. Kalau guna laptop tu senang sket pasal gambar semua memang transfer dalam tu, application nak edit gambar pun senang guna. Dengan tab ni aku tak sure lagi camne. Takpe2,praktis banyak2 lama2 pandai la tu..
Sekian.
Tuesday, October 23, 2012
Makan: The Gardens
Tuesday, October 16, 2012
Bertuahnya jadi anak pertama
Sape setuju kalau aku cakap jadi anak pertama ni banyak untungnya? Aku dah nampak benda ni pada ramai orang. Dan sekarang benda yang sama tengah berlaku dalam kehidupan aku sendiri. Untung tu dari banyak segi la, bukan materialistik semata2 tau.
Tuesday, October 09, 2012
Bukittinggi, we're coming!!
Esok nak pegi berjalan jauh, naik kapal terbang. Dan macam biasa, aku konfem akan jadi manusia yang paling resah gelisah. Sebabnya? Acik ni takut naik flight anak2 oii, dari mula2 dulu sampai la sekarang ni, tak hilang lagi takutnya. Entah apa ubat kena makan baru hilang rasa takut entah la. Doa2kan acik yo!
Kali ni pegi bercuti bertemankan 'hand luggage' tambahan, cik Hanan Zulaikha kita. Alahai, tah cemane nak handle budak tecik tu dalam flight nanti. Jangan dia bantai jerit2 buat perangai sudah la. Ibu dia ni dah la sepanjang masa melawan gemuruh di hati. Kang kalau dia buat perangai, mau gemuruh terus jadi petir dentam dentum atas tu kang. Be good ye gegirl ibu!
Insya-Allah, akan ambik gambar banyak banyak banyak banyak. Pastu tepek kat sini. Dah pasang niat ni pegi nak lebihkan berjalan dari shopping. Kita tengok niat tu tertunai ke tak ok. Hahahaha..
See ya!
Passport oh passport
*ini entry basi, harap maklum.. tarikh kejadian: 22 September 2012*
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
Wednesday, October 03, 2012
Delay..
Aku ada 2 entry tersangkut dalam draft. 1 sebab gambarnya ada dalam iPong encik suami, 1 lagi sebab kena tunggu entry yang mula2 tu up dulu. Jadi, kepada encik suami yayang saya itu, sila la update dropbox anda. Nak transfer terus dari phone asik terlupa je.
Sekian..