Thursday, March 17, 2011

Island getaway yang dah lama diidamkan

Ding dong..

Holla dunia! Dah ternampak sedikit bersawangkah? Hehehe, lamanya tak berupdate blog ni. bukan taknak update, bukan takde idea, bukan takde cerita. Tapi manjang la bertangguh sampai cerita yang fresh segar bugar pun boleh basi menunggu aku yang pemalas ni. So sorry ye blogku sayang. Tambah pulak sejak kebelakangan ni keje kat opis bertambah, bebanan kat bahu dah semakin berat. Tapi sayang, kiraan dalam akaun setiap hujung bulan taklah seberat bebanan ni. What to do, terima jela selagi boleh terima kan. Tu pasal la bila balik rumah, aku lagi banyak duduk menghadap tv daripada lappy. Sebab mata aku dah penat mengadap skrin komputer kat opis. Urat² mata pun boleh timbul kalau lama² macam ni kan.

Orait, straight to the point. Entry ni aku rasa dah lama sangat aku simpan dalam kepala hotak. Tapi sampai ke sudah tak tercurah² ke dalam ni. Ni cerita 2 minggu sudah sebenarnya. Akhirnya impian aku selama ni nak menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian tercapai. Punya la lama menyimpan hasrat. Sejak tahun 2003 kalau aku tak silap. Masa tu bie ikut company trip. Balik² je dok citer betapa bersihnya pantai dia, betapa jernihnya air laut dia. Waa, sejak tu la hati ni meronta² nak pergi. Alhamdulillah, tercapai sudah tahun ni kan. Selepas 8 tahun menanti.

4 Mac 2011, hari pertama, CI - LCCT - Kota Bharu - Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian...

Gerak seawal 3:30 pagi dari rumah. Punya la semangat nak bercuti, senang je mata aku celik dari tidur. Cuba kalau hari keje, jangan harap la. Along, abg kepada bie dah tunggu kami kat depan guard house. Dia dipertanggungjawabkan untuk jadi tukang hantar & tukang jemput bila kami balik nanti. Perjalanan ke KL Sentral sangat smooth. Kete yang ada atas jalan raya pun boleh bilang dengan jari.

Kami cadang nak naik bas ke LCCT. Mula² punya plan nak gerak tengah malam sebelumnya & tido kat LCCT. Tapi last minute aku mintak bie tukar plan. Check schedule bas yang bergerak ke LCCT dari KL Sentral. Rupa²nya, memang ada banyak bas yang mula bergerak dari awal pagi. So, malam tu kami tido awal yang sangat awal. Dapat la 4-5 jam tido yang selesa dan lena.

Sampai KL Sentral lebih kurang pukul 4 pagi. Right on time. Bas yang ada menunggu memang sangat banyak. Memang tak risau pasal terlepas bas ke apa. Kami terus naik Sky Bus yang kebetulan baru sampai. Tunggu sampai bas penuh lebih kurang 20 minit lepas tu bas pun gerak. Sepanjang perjalanan, aku & bie tido² ayam. Sebab bas tu berkreok sana kreok sini. So aku takleh la nak fokus pada tido aku. Tapi macam manapun, tetap la tutup jugak mata tu taknak bukak kan.

Tau² je bas tu dah pun sampai ke LCCT. Teruskan tujuan kami yang seterusnya, mencari breakfast seawal 5 pagi. Tapi kena jugak makan sebab flight kami pukul 7 pagi. Lambat² breakfast nanti ada pulak yang kena tinggal dengan kapal terbang. Seperti yang dijangka, McDonald tempat yang dituju tu penuh sesak. Semua orang pun dengan tujuan yang sama. Terus tiba² rasa bersyukur sebab cancel plan nak tido situ malam tu. Kalau tak, ada la orang yang menahan bijik mata sebab tak selesa nak tido orang lalu lalang.



Selesai makan, selesai urusan rasmi setiap pagi dengan 'Encik Tan', kami terus masuk departure hall. Sementara menunggu boarding call, sempat la solat subuh kat surau dalam departure hall tu. Elok² keluar dari surau, dah ramai yang mula beratur kat depan pintu. Aku dengan bie duduk rilek dulu sampai barisan dah mula kurang panjangnya, baru kitorang masuk jugak. Perjalanan nak ke kapal terbang dari departure hall tu aku rasa ada 5 minit kot. Punya la jauh dia parking! Naik berpeluh ketiak di pagi hari.

Maka selepas itu bermula la perjalanan aku dengan kapal terbang Air Asia untuk kali yang ke-3. Dan masih seperti dulu, tetap la cuak² sampai berpeluh tapak tangan. Apapun, sepanjang sejam perjalanan tu adalah sangat smooth.

Dalam sekelip mata aku dah pun selamat sampai ke negeri Cik Siti Wan kembang. Kejap je singgah kat sini. Touchdown dengan selamatnya. Keluar je dari kapal terbang, driver dari resort dah pun sedia menanti depan arrival hall. Terus gerak ke jeti Kuala Besut, perjalanan lebih kurang sejam. Selesai bayar segala payment kat opis resort, terus ke jeti untuk siap² naik bot.

Mula² naik bot tu, perasaan adalah sangat kacau bilau. Lagi² bila dah mula sampai kat tengah laut. Hati tak henti² berdoa. Dah la terasa gelombang sana sini, terhentak sana sini. Maunya tak pucat muka. Tapi lama², keadaan semakin ok. Bila dah mula rasa selesa & boleh terima keadaan atas bot. Baru la mula rasa enjoy & excited! Owh, by the way. Kami dikelilingi mat salleh di mana². Maklumla, pegi hari weekday, belum cuti sekolah pulak tu. Nak jumpa pelancong tempatan memang susah la kat pulau² ni.

Lebih kurang sejam perjalanan dengan bot. Akhirnya sampai dah aku ke tempat yang dituju. Waaaa, rasa macam mau nangis je. Terharu sangat². Impian jadi kenyataan sungguh kan. Thanks bie, i love you so much.

5 - 6 Mac 2011, Pulau Perhentian...

Dan untuk aktiviti kat sana, aku rasa aku tak payah cerita panjang² kot. Sepanjang 3 hari kat sana, memang kejenya tido, makan, snorkeling, tido, makan, tido, makan, snorkeling. Ambik gambar, kutip cengkerang kat pantai, ambik gambar, main pasir, ambik gambar, ambik gambar, ambik gambar, ambik gambar. So, rasa² kalau aku citer semua kat sini, maunya muntah orang baca kan. Hahaha. Jadi, sila la layan gambar saje ye..






Tapi macam manapun, aku rasa hari² yang indah dan best sangat sepanjang 3 hari 2 malam kat sana. Aman je kepala otak jauh dari kesibukkan keje. Rasa sangat bahagia dapat luangkan masa² yang berkualiti dengan yang tersayang. Bukan selalu kami dapat keadaan macam tu, duduk dekat tempat yang terputus dari dunia luar, takde tv takde apa. Gangguan adalah sangat minima, perhatian memang sepenuhnya untuk dia. Takde la macam kat rumah, sambil borak sambil tengok tv, sambil masak. Nak fokus pun tak sempat.



Yang pasti jugak, ini salah satu impian bie sejak kami mula² kawen dulu. Nak bawak aku pegi berhoneymoon kat pulau tanpa sabarang masalah dan gangguan. Dan dia la yang bersungguh² settlekan semua benda tanpa aku banyak campur tangan. Kebetulan jugak tarikh kami pegi tu dalam bulan yang bermakna, our anniversary!! Kira 2 dalam 1 la, sambil honeymoon, sambil early celebration & candle light dinner sekali (lilin minyak je pun, hahaha). Thanks yang!



Balik dari Pulau Perhentian, bekalan yang kami bawak adalah sangat banyak. Singgah kat Jeti Kuala Besut shopping sakan segala t-shirt apa semua. Kami tak terus balik KL, tapi singgah dulu bermalam kat Tune Hotel, Kota Bharu. Hotel yang serba serbi benda kena bayar. Konon²nya taknak tambah apa² yang lain. Tapi malam tu, tak tahan jugak sudahnya ambik jugak entertaiment package sebab nak tengok Merlin punya pasal. Keesokkannya pulak, tambah lagi hair dryer sebab aku takmo berjalan sana sini dengan rambut yang basah dalam tudung. Kepam la bila sampai KL nanti. Owh, on the way ke hotel tu sempat je singgah beli keropok lekor. Memang haruslah kan!

7 Mac 2011, last day, Kota Bharu - LCCT - KL Sentral - CI..

Pagi² dah bangun untuk check out. Plan hari tu nak berjalan² area Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah jela yang kami tau. So, terus la gerak mencari tempat makan untuk sarapan. Punya la susah sebab tempat tu hanya penuh dengan kedai hardware. Sakit jiwa rasanya, dah la bukan tempat sendiri. Lepas berpusing², ternampak gerai tepi jalan. Kitorang belasah jela singgah. Sedap ke tak tu belakang cerita.

Siap makan, ringankan mulut tanya dengan akak kedai tu mana nak cari teksi & stesen bas. Dah dapat info lebih² kurang, kami terus gerak. Tunggu teksi pulak. Mula² ingat nak cater sebijik teksi bersama drivernya sampai petang. Sebab flight kami pukul 5:30 petang. Kebetulan terjumpa sorang pakcik teksi yang sangat baik hati & jujur. Memang dia explain la tempat² yang kitorang patut pegi dan tempat tu pun semua senang je nak cari teksi kalau nak ke airport petang nanti. Tak payah nak cater dia seharian. Siap dia bawak pusing tunjuk tempat² tu sekali. Nice! Bila tanya tambang, dia boleh pulak jawab. "bagi jela baper² pun, pakcik tak kisah". Pergh, bagi 50 sen kang baru tau, hahahaha.

Tempat yang menjadi tujuan, Pasar Lama Kota Bharu. Atas suggestion pakcik teksi tu. Sempat la membeli dan selepas itu belah dari situ sebab tak tahan dengan kepanasan kat situ. Barang pulak dan bertambah² banyak nak kena pegang. Kesian tengok bie yang berpeluh², terus cari solution tempat yang ada a/c. So, terdekat yang ada ialah KBTC. Siap singgah Giant beli trolley luggage. Punya la banyak barang tambahan kan. Hahaha. Selesai beli beg, nampak A&W seberang jalan. Singgah lunch & lepak lama² sampai petang.



Masa nak masuk A&W tu, dah ada pakcik driver kete sapu yang approach. Setuju dengan harga dia, so kitorang cakap nak makan dulu sebelum ke airport. Kitorang makan punya la lama, pakcik tu setia menanti kat luar. Terbaik sungguh la! Dan dia hantar kitorang ke airport pun macam nak terbang, "rilek pokcik, banyok maso lagi nih!"



Nota kaki lapan: 15/03/03 - 15/03/11.. Lama kan, tapi masih tak cukup lagi..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

Capyqa said... Jawab Balik

tumpang bertanya,

dalam departure hall memang ada surau ye? yang saya tahu kat luar je ada. dalam pun ada jugak la ye? sbb risau flight pukul 2.25pm, zohor dalam 1.20, kalau solat luar departure hall takut tak sempat nak kejar..

Related Posts with Thumbnails