Saturday, February 19, 2011

Finally

Ding dong..

Lepas lebih kurang 2 bulan bertungkus lumus, akhirnya selesai sudah hal renovation rumah baru. Sejak dari hari kami ambik kunci, maka bermula la episod pening² lalat memikirkan hal renovation, bajet dan kepeluan rumah baru. Semalam, segalanya selesai sudah. Urusan terakhir itu ialah, perabot baru!! Alhamdulillah, lega sangat² bila semuanya dah selamat. Mungkin ada kekurangan lagi di sana sini, tapi tu semua boleh uruskan slow². Yang penting sekali, rumah tu dah ada rupa rumah. Dah selesa untuk didiami. Dah bersedia nak menerima kunjungan tetamu. :)

Ruang tamu.......... Check!
Dapur.................... Check!
Ruang makan....... Check!
Bilik Tamu............ Check!

Rasa happy sangat bila dapat tengok keadaan rumah yang mula² dulu kosong, kemudian jadi tunggang langgang penuh habuk dan debu sebab renovation dan akhirnya kemas dan bersih dan cantik dan best untuk santai². Rasa berbaloi kepenatan otak dan badan selama lebih 2 bulan ni. Tapi, setakat ni belum lagi 100% selesai mengemas. Still banyak lagi barang yang nak kena susun balik. Letakkan kat tempat yang betul. Still banyak barang berterabur lagi. Sampaikan pagi ni nak cari seluar jeans pun susah betul. Mana taknya, semua main selit je sana sini sebab aku takde almari sebelum ni, yang ada dulu dah selamat dijual (tapi sekarang dah ada yang baru, yeay!).

Kiranya lepas ni kami banyak keje yang melibatkan susun atur la pulak. Nak pastikan semua benda disusun dan diletak kat tempat yang sepatutnya. Al-maklum la kan, rumah tak sebesar mana. Kalau tak susun elok², mesti banyak pembaziran ruang. So, selagi ada ruang yang boleh dimanfaatkan. Kena la guna sebaik mungkin (nak panggil Eric Casa Impian datang deco boleh tak?). Tapi takmo la rumah jadi penuh macam gudang pulak kan. Apa² yang rasanya tak perlu, yang rasa² layak untuk dijual mahupun diberikan kat orang, maka haruslah difilter secepat mungkin. Banyak jugak kot benda yang aku boleh jual / bagi kat orang. Sape nak, sila buat wishlist. Kalau dalam wishlist anda ada barang tersebut, mungkin saya boleh bagi ke. Hehehe.

Selain dari keje mengemas, ada jugak keje lain lagi yang menanti. Insya-Allah, lepas semuanya dah cool down, ada masa hujung minggu yang terluang ke kan. Project mengecat akan diteruskan. Setakat ni project untuk cat bilik masih delay. Bukan takde percubaan la, tapi masa memang sangat² terhad untuk aku & bie sejak dua menjak ni. Manjang ada je hal bila hari cuti. Sibuk bebenar rasanya. Ingatkan masa cuti Maulidur Rasul hari tu nak settlekan mengecat sebelum barang perabot guest room tu sampai. Tapi apakan daya, mendapat arahan balik Semenyih sebab mak buat nasi minyak. Mana boleh miss wor! Terbaik nasi minyak yang mak aku buat tu.

Kebetulan pulak memang ada 'project mega' dengan adik beradik yang lain. Project membelikan mesin basuh baru untuk rumah mak. Menggantikan mesin basuh yang sedia ada kat rumah tu yang dah koma. Dah sampai masa untuk di buang ke pusat kitar semula je tarafnya. Memang dah sangat hazab! Alhamdulillah, project tersebut berjaya, hasil kerjasama semua adik beradik. Terima kasih la ye sebab sama² menyumbang untuk menggembirakan hati mak. Walaupun sumbangan tu nampak kecik, tapi besar maknanya untuk hati seorang ibu. Betul tak mak..?

Erm, cukup sampai sini cerita pasal progress pengemasan rumah baru. Insya-Allah ada kelapangan nanti akan ada update entry bergambar. Asik membaca je, bosan jugak kan. Rumah dah cantik, kenala tayang. Tak gitu, hahahaha! Gurau saje la.

Nota kaki lapan: Rasa macam batu atas kepala, balak atas bahu sudah 'picah'! Kurang bebanan otak lepas ni.. :-)

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails