Saturday, February 12, 2011

Yang sudah tu sudahlah

Ding dong..

Selamat pagi Malaysia dan seluruh dunia! Lama aku menyepi. Menyepi bukan la sebab terlalu busy atau tak berkesempatan langsung menghadap internet. Tapi kekuatan mental yang teruji sejak 2 menjak ni buat aku rasa macam malas nak mula menulis. Biasanya kalau pun ada kelapangan di depan meja opis ni (ye, aku bekerja hari ni), aku lagi banyak menghabiskan masa dengan main game FB ataupun membaca blog je. Otak yang sangat penat sangat² perlukan rehat yang cukup.

Apa yang otak aku penatkan sangat ye? Hurm, banyak sangat. Kalau la aku senaraikan kat sini. Berjela² ceritanya nanti. Takpela, apa yang pasti sekarang. Aku dah mula adapt dengan keadaan dan situasi sekarang. Mungkin mula² dulu aku rasa sangat stress dan adakalanya rasa macam boleh marah tiba² tak tau hujung pangkal. Tapi sekarang aku lebih tenang kot. Thanks to my beloved husband yang selalu bagi dorongan & sokongan. I love you! Tanpa dia di sisi, mungkin keadaan aku takkan terkawal macam sekarang.

Semua ni hanyalah sebab satu benda je, RUMAH BARU. Mesti pelik kan, kenapa nak stress kalau dapat rumah baru? Sepatutnya mestilah happy & excited. Yerp, memang la aku excited. Tapi dugaan sepanjang tempoh nak mula masuk rumah baru sampai la ke hari ni. Banyak sangat!

Mula² pening memikirkan bajet, tapi alhamdulillah. Lepas dikorek sana sini, dapat jugak Bie kumpulkan jumlahnya. Yang penting sekali, kami tak menambah hutang dengan personal loan atau apa je bentuk yang bersifat hutang. Kalau tak lagi pening kepala lepas ni. Settle dengan hal tu, tiba pulak masa nak memikirkan cari orang yang betul² boleh dipercayai untuk renovation dan segala benda yang perlu sebelum pindah masuk. Tapi end up, sampai ke hari ni still ada lagi benda yang tertangguh. Dan yang paling tak suka, kesilapan & kelewatan tu memang 100% berpunca dari kontraktor tu sendiri.

So far yang dah betul² complete hanyalah kerja² wiring. Thanks a lot pada Pejai (hubby's friend) yang bersungguh² settlekan semua benda walaupun kami bayar ciput je berbanding projek² dia yang lain sebelum ni. Nanti bawak anak bini datang mandi pool okey! :)

Tak lupa jugak kepada tukang cat jemputan khas dari Semenyih. Thanks buat abang ipar, Pak Long Zam, yang walaupun sibuk dengan projek perkebunan cilinya, tapi tetap jugak cuba meluangkan masa nak tolong kami mengecat rumah. Sebab memang samada bie atau aku, memang dua² pun tak reti langsung pasal mengecat. Mengecat guna application dalam computer kami reti la kot. Hahaha. Juga takkan dilupakan jasa dua orang adik aku, Eddy & Joey, yang bertungkus lumus mengecat sampai ke tempat yang kami tak suruh cat pun diorang catkan. Thanks ye korang. Nanti nak bertunang & kawen we'll definately sponsoring something for both of you. Don't worry.

Kabinet dapur half way, pintu & kabinetnya dah ada, tapi benda yang paling penting iaitu dapurnya tak pasang lagi. Tertekan! Janji masa mula² dulu, 3 minggu lepas bayar deposit, semua akan settle. But now, selepas sebulan dan 6 hari, completionnya masih samar². Maybe aku terlalu berlembut sangat bila dia mula delay itu ini. Tapi aku taknak la push sangat sebab takmo nanti diorang buat keje cincai. Macam yang jadi kat grille aku, refer dalam POST INI. Dugaan terhebatnya, bila janji yang diberi kata nak pasang semua complete on last Monday, yang sampai aku sendiri dah ambik cuti sehari semata² untuk itu. Tapi akhirnya, janji tinggal janji. Last minute orang ni salahkan orang tu, orang tu salahkan orang ni. Macam bola je kami ni kena pass ke sana ke mari. Memang kesabaran aku teruji sangat². Hampir je keluar ekor yang ke-9 masa tu (ni kena refer anime Naruto baru paham, hehehe).

And until today, dapur aku masih belum dapat nak berasap. Semalam kontraktornya baru datang pasang. Ingatkan boleh la siap semua benda. Tapi lain pulak ceritanya. Hari Rabu nanti baru boleh complete sebab ada pulak few things yang kena buat kemudian. F***, rasa macam nak bagi je 4 letter word ni depan muka dia. Tapi aku sabar je, kumpul je semua sampai end of the day nanti. Harap² dia tabah la menadah telinga dari kami berdua. Banyak dah simpan ni.

Hari ni jugak khabarnya grille aku yang super duper hodoh & tak senonoh aku itu bakal diganti dengan yang baru dan lebih elok rupanya. Tapi tunggu dan lihat jela. Sebab kalau ikut pada management's rules rumah kami, hari ni tak boleh ada kerja² yang melibatkan bunyi bising. Itu pandai² kontraktor tu la nak buat apa dengan orang dari management office yang sedia menunggu.

What I can do now, banyak²kan bersabar. Mujur la kenduri doa selamat yang cadangnya nak buat hari ni dah postponed ke minggu depan. Kalau tak, mati kutu jugak aku memikirkan rumah yang belum complete, tapi ramai orang yang nak datang bertandang. Lagipun aku dah tak larat nak pikir banyak. Lagi banyak aku pikir, lagi runsing otak ni. Sudah terlalu penat untuk terus pikir pasal masalah yang sama berulang kali.

The most important, lepas settle semua ni. Kami nak pegi honeymoon sekali lagi. YEAY!! Destinasi pilihan kali ni, Pulau Perhentian. Dah lama rancang dan dah beberapa kali pun asyik tak menjadi. Harap kali ni takde halangan. Tiket kapaterobang dah settle, resort booking dah settle, tunggu masanya tiba je. Both of us memang sangat sangat² memerlukan tempoh bertenang. Harap kedamaian pantai putih bersih, keindahan laut yang membiru & kehijauan pepohon yang mendamaikan kat sana nanti boleh mententeramkan fikiran kami berdua. Aminn..

Nota kaki lapan: Entry ni sebenarnya nak cerita pasal kronologi pembelian rumah sampai la dah start duduk. Tapi bertukar jadi luahan perasaan pulak. What to do, memang blog tempat yang best nak luahkan perasaan.. :)


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

nadia said... Jawab Balik

baik diluahkan dr disimpan..hehe..seb baik ko postpone beb..else tatau celah mane nak buat kek mase aku stay back kat ofis.

i.z.m.a said... Jawab Balik

kek!!!! eh, nak aku beli bahan2 tak???

Related Posts with Thumbnails