Friday, January 28, 2011

Soon to say good bye

Ding dong..

Hampir dua tahun menanti hari ini sebenarnya. Hari yang mana aku bakal tinggalkan kesesakkan kepala dan otak aku saban hari. Berdepan dengan bermacam ragam dan kebodohan makhluk bergelar manusia.

Pernah dengar Flora Damansara? Itu la tempat tinggal aku selama dua tahun ni. Sesak. Satu perkataan yang cukup untuk aku gambarkan keadaan tempat ni. Sesak dengan manusia, sesak dengan kereta, sesak dengan pencemaran, sesak dengan segala macam benda yang negatif. Aku tak tau kenapa masih ramai lagi orang yang bermentaliti macam orang kat sini. Terbawak² perangai kampung agaknya. Kebiasaan menjadikan hak awam umpama hak dia sorang.

Kenapa aku cakap macam tu? Bukan aku niat menghina orang kampung, come on, kita semua pun berasal dari kampung kan. Just, bezanya kat sini. Orang kampung kalau pun buat macam tu. Kawasan rumah diorang luas. Ada tanah, tak mengganggu jiran tetangga. Tapi kat sini, berbeza keadaannya. Kaki lima kau, kaki lima ku jua. Jalan kau, jalan ku jua.

Mari aku rungkaikan..

Buang sampah merata². Sampaikan sampah sendiri boleh letak je depan pintu rumah berhari. Yang longgok depan lif jangan cerita la. Terlalu banyak. Nasib baik la ada cleaner yang baik hati nak tolong kutip sampah tu. Kalau tak, rasanya cukup setahun, penuh la koridor dengan sampah dari rumah dia. Yang peliknya, susah sangat ke nak bawak sampah tu turun, buang kat tempat yang dah disediakan? Walhal, hari² pun turun naik nak pegi keje. Bukannya turun tangga, tapi ada lif. Kesedaran sivik memang zero.

Bercakap pasal lif pulak. Aku rasa 3 bulan pertama je lif tu berfungsi 4-4 dalam satu masa. Tapi lepas tu, atau lebih tepat lepas je JMB ambik alih tampuk pemerintahan. Satu persatu lif tu rosak takde repair². Sampaikan satu tahap, lif tu tinggal satu je yang jalan. Nak menampung 24 tingkat punya rumah. Maunya lif tu tak jem? Konon je setiap kali problem diorang (JMB) tu terus report. Hello, kalau bukan laki aku yang tolong report setiap kali rosak, aku rasa lif tu semua kondem sampai sekarang. Bila tanya orang maintenance kenapa lambat datang repair, diorang jawab takde orang report. Tapi bila dah ada orang datang repair, dan² keluar notice "Pihak JMB telah membuat laporan bla bla bla bla". Agak² la nak kencing fukka!

Parking pun ikut suka hati je mana nak letak. Kadang² sampai nak lalu pun susah. Blocking kereta orang lain tu dah jadi perkara biasa. Kita yang tuan punya petak parking, yang membayar tiap² bulan. Tapi tiap pagi ada keje extra nak kena tolak kereta orang. Walhal banyak lagi parking space free kat top floor. Tapi demi kesenangan dia sorang, dia tak pernah pikir la pasal orang lain. Sampaikan pernah satu ketika, kereta bie kena block dan hamba Allah yang bijak pandai tersebut pegi tarik dia punya handbrake sekuat mungkin. Hon bagai nak gila pun tak nampak ada sesiapa yang datang.

Aku masa tu perhati dari atas. Memang aku dah cakap kat bie, jangan sampai aku turun tak beralih jugak. Kang ada benda yang pecah kang. Dah la masa tu bulan puasa, orang nak masuk keje awal dari hari lain. Boleh pulak jadi camtu. Dia bernasib baik jela bila aku turun bie sabarkan aku. Ikut aku punya mental masa tu, memang cermin depan aku tala. Mahal sket dia nak mengganti. Memang menduga keimanan di bulan Ramadan sungguh!

Kes kat parking jugak satu masa dulu, kereta bie jugak yang jadi mangsa. Boleh tak ada satu orang tua bodoh ni bawak kereta bapak punya besar. Tapi otak sangat kecik sampai tak boleh pikir. Masuk parking area, tapi mata dok melilau ke tempat lain. Kelam kabut macam nak masuk litar lumba. Akibatnya, dang! Comolot dengan Kelisa yang dah memangnya herot mulutnya sejak dulu. Rabak siot! Tapi dia boleh blah gitu je. Aku pun tak ingat kes tu settle camne. Yang pasti memang terus pegi report polis la. Dia kena saman ke apa ke, aku tak tau. Aku harap dia dah mati eksiden, full stop.

Kalau nak diceritakan perihal negatif pasal Flora Damansara tu terlalu banyak sebenarnya. Tak cukup kot sehari nak mengarang. Tapi takpela, cukup setakat ni je. Citer banyak² kang sampai muntah pulak baca. Forget of all keburukan tu, ada la sket ke'best'an dok situ. Satu, tuan rumah sewa adalah sangat cool. 2 tahun menyewa dengan dia, rasanya ada la 3-4 kali je jumpa kot. Eventho dia duduk dalam kawasan yang sama cuma berlainan blok, tapi dia tak pernah la kacau datang rumah nak spotcheck ke apa. Ada problem bagitau je, nanti dia hantar orang fix.

Kedua, nak tengok wayang ke, dating ke, pi main boling ke, pegi shopping² ke. Tak pernah la nak plan elok². Teragak nak pergi je, terus set dengan bie time on the spot. 5 minit je dah sampai shopping complex. Tak ke senang gile nak mengabiskan duit tu. Hahaha.

Oklah, akhir kata dari aku sebagai penghuni Flora Damansara yang bakal meninggalkannya esok pagi. Selamat tinggal tempat yang tak best, jenjiran yang tak best dan segala benda yang tak best. Will never come back to this goddam place anymore. But anyhow, terima kasih kerana bagi kami tempat berteduh selama 2 tahun.

Nota kaki lapan: Tak sabar mau pindah umah baru sungguhpun umah baru tu belum 100% sempurna.


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails