Pheww.. Tersangat la susah nak mencari masa yang sesuai nak update blog sekarang ni. Kalau time keje, busy sangat dengan kerja. Kalau kat rumah, busy pulak dengan hal kat rumah. Ditambah dengan keadaan aku yang nak pindah hujung bulan ni. Kepala ni asyik dok pikirkan hal rumah baru, hal nak kemas barang, bajet renovation, korek quotation sana sini. But so far, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.
Tapi dalam kelancaran tu, ada jugak la dugaannya. Tak lengkap kan hidup tanpa dugaan. Dua hari lepas grill yang sepatutnya tersiap kemas dan cantik kat rumah baru mendatangkan masalah lain. Petang Selasa lepas, kononnya dengan senang hati balik rumah baru check grill sebelum buat full payment. Tapi, end up aku & bie mengamuk kat situ jugak (nasib baik la contractornya takde kat situ sekali). Well, bukan nak mengamuk sesaje. Tapi hasil keje memang sangat mengecewakan. Aku rasa rumah sewa aku skang yang kelas² PPR ni pun lagi cantik buatan grill dia.
So, bie terus call itu orang. Bagitau dia fixed it or dia punya balance kitorang hold. Menggelabah jugak mamat tu kan. Bagi masa sampai Jumaat ni suruh dia repair. Then dia janji esoknya (semalam) dia datang betulkan mana² part yang tak elok, which is ikut pandangan mata aku semua pun tak elok.
Dan yang lagi nak dijadikan citer, semalam tengahari nak pegi tengok apa yang dia dah 'repair'. Malangnya, FIL aku a.k.a pemegang amanah kunci rumah cakap orang tu takde call pun. Gua apa lagi, panas beb! Naik darah aku (oops, pasal ni ada citer jugak ni). Kebetulan kitorang tau dia ada buat untuk rumah sorang lagi jiran baru kat tingkat atas, apa lagi kan, terus serang!!! Tapi bukan la gaduh tarik² rambut. Just slow talk bebaik. Lepas berbincang², akhirnya keputusan kami, dia ambik balik grill die, bukak semua. Pulangkan deposit yang kitorang dah bayar. Hambek kau!
Aku ni bukan la nak kondem bangsa sendiri. Tapi selalu sangat dah terkena dengan bangsa sendiri. Kita ni niat nak tolong bangsa sendiri naik, tapi kesudahannya bangsa kita tu yang menipu kita lebih². Tipu harga kalau barang bagus, kualiti baik takpe. Ni tak, harga tak la semurah mana (sebab aku tau ada orang lain buat lagi murah). Tapi hasil keje, nauzubillah. Reban ayam atok aku dulu pun lagi cantik & kemas la kot. Akhirnya, aku ambik bangsa C jugak buatkan grill aku. Lapang kepala otak.
Oklah, about our new home sweet home, akan ada satu entry khas menceritakan detik permulaan, pertengahan sampai la ke penyudah termasuk citer renovation segala. Aku takmo citer panjang kat entry yang bertajuk 'short' ni.
By the way, alang² aku ada sebut pasal darah tinggi tadi. Petang Ahad lepas aku tiba² rasa kepala amat berat. Aku bajet hanyalah migraine biasa. So, just bertahan & harap lepas tido malamnya, esok tu aku boleh bangun macam biasa. Tapi sangkaan aku meleset 100%. Pagi Isnin lepas kepala aku berat tak boleh nak angkat langsung. Memang rasa macam ada batu atas kepala! So, decide taknak pegi keje. Bie pesan suruh pegi klinik lepas rasa ok sket. Tapi sampai ke tengahari memang sakit yang aku rasa bertambah². Baik tunggu bie balik tengahari & pegi klinik dengan dia je. Lagi selamat.
Sampai je klinik, masa check nadi muka doktor dah berkerut. Abis semua benda dia soal. Pastu check tekanan darah pulak. Nah!! Hasil pemakanan yang tak terkawal sejak dah berduit sendiri agaknya. Tekanan darah aku naik sampai 150/100. Bulat bijik mata masing² kan. Nak pengsan pun ye jugak masa tu. Punya la terkejut aku. Biasa kalau sakit kepala, bila check mesti darah rendah. Ni lain pulak jadinya.
Berbakul² dapat nasihat dari doktor. Sebab aku ada gen yang ada penyakit darah tinggi (both my parents). Jadi risiko tu agak besar untuk aku, sebab aku muda lagi kan. Siap doktor listkan senarai NOT-to-eat aku. Dan yang paling menyedihkan, pertama sekali ialah GARAM.. Memang tekak aku akan tawar sentiasa la. Huhuhu.
Tapi nasib baik la dia cakap list tu aku kena follow kalau condition aku berterusan esoknya. Means, kalau esoknya bila check darah tekanan still sama, selamat menjadi pesakit darah tinggi la aku. Nasib baik bila check esoknya, tekanan tu dah turun. But, honest speaking, sampai hari ni pun aku ada rasa semacam je kepala. Denyut² masih boleh rasa, cuma tak kuat. Harap² tak bertambah teruk la. But people said, once tekanan darah naik, ia boleh naik lagi even dah turun selepas tu. So, the most important thing sekarang ni, aku kena seriously jaga pemakanan, jaga emosi takleh stress terlebih² sangat, senaman kena amalkan. Haisy, takuit lah jugak mokcik!
Oklah tu, till we meet again!
Nota kaki lapan: Nak mencari masa yang sesuai update blog sekarang memang susah. Time relax, otak pulak takde idea. Time busy, rasa macam berlambak pulak idea nak mengupdate..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment