Ding dong..
Yeah, Jumaat hingga Ahad baru² ni adalah trip Melaka aku and the Ikan Bakar Gang yang lain. Seperti yang pernah berlaku tahun lepas, tentatifnya pada tahun ni adalah lebih kurang aje. Nampak gaya, memang trip ni akan jadi trip tahunan untuk kami. Dan Insya Allah ahlinya jugak akan bertambah saban tahun (doa² kan la ye).
Macam tahun lepas seperti yang aku cerita dalam entry ini dan ini , kali ni kami pilih menginap di Homestay Jafmanurin. Thanks to En. Jafri yang sudi menunggu kami yang sampai dah agak lewat malam. Homestay rumah teres 3 bilik dan jugak end lot, sangat sesuai la untuk group kami yang dah bertambah sorang ahli ni. Welcome to Farid, ahli baru tahun ni.
Objektif utama, dah pastinya makan seafood yang sudah terkenal fresh dan sedap kat sana (nak banding dengan kat KL, jauh sangat kan beza). Ketam masak cili, udang black pepper, ikan jenahak bakar berlada, ikan siakap sweet sour, sotong goreng tepung dan pepahat halia cili padi. Memang membuka selera betul. Makan non-stop, tapi tetap berada pada paras yang selesa. Maksudnya takde la sampai tahap perut penuh takleh gerak. Bila habis makan, yang dirasakan ialah just nice. Nikmat makan tu terasa tanpa ada rasa seksa nak bawak perut.
Rahsianya? Jangan makan nasi, jangan minum air, sebelum mula makan seafood² tu. Dan penting jugak makesure perut tak kosong dari pagi. Nanti penuh angin, kurang la nikmat makannya. Jadi, pastikan sarapan & lunch pada masa yang betul. Jangan biar perut kelaparan. That's all. Kalau nak makan nasi, better tunggu lepas semua seafood² depan mata habis dulu. Lepas tu baru la sambung makan nasi lemak atau nasi putih sebagai pelengkap. Tu pun kalau larat lagi la kan. Hehehe.
Malamnya, ke Jonker Street jalan² kat pasar malamnya. Tengahari dah pegi sebenarnya pekena cendol sambil layan panas terik matahari. So, malam tu consider 2nd round la. Puas jugak kami jejalah Jonker Street kali ni. Tahun lepas just dapat sampai ke Jonker88 which is amat popular dengan cendolnya yang satanem tak hengat. Tahun ni ada improve perjalanan kat Jonker Street ni. Kalau tahun lepas tak dapat berjalan malam, kali ni kami semua berjalan di malam hari pulak. Lebih kurang macam jalan kat Petaling Street. Tapi lebih kepada tengok² je. Takde membeli apa² pun. Seronok tengok gelagat orang je sebenarnya.
Sebelum merayap kat Jonker Street, kami naik River Cruise. Tahun lepas hanya mampu memandang sebab ianya takde dalam tentatif yang dah padat masa tu. Tahun ni, memang awal² dah set dalam program. Plan asal nak naik hari Ahad, sebelum balik ke KL. Tapi keputusan saat akhir dibuat memandangkan kami takde aktiviti apa sangat lepas makan ikan bakar (kami habis makan tu awal, dalam pukul 8:30). Jadi, bila ahli rombongan yang lain setuju. Terus beratur beli tiket (thanks En. Jafri sebab bagi voucher diskaun itu).
My advise, baik naik malam daripada siang. Sebab bila naik malam, baru la nampak kecantikkan Sungai Melaka tu. Penuh lampu sana sini. Kalau siang, nak nampak lampu macam mana? Kebetulan pulak, masa kami naik tu tengah berlangsung majlis penutup Pesta Sungai Melaka. Jadi merasa la tengok bunga api dari atas cruise. Gile la, cam kat Venice rasanya kan. Tapi takleh la nak romantik² sangat. Ramai orang atas cruise tu, malu la ai kan. Perjalanan river cruise ni makan masa 45 minit lebih kurang. Kejang jugak la duduk lama² dalam tu kan, hahaha. Tapi macam mana pun, tetap enjoy dengan pemandangang sepanjang Sungai Melaka tu.
Ahad, hari terakhir. Lepas check out terus lunch kat Restoran Ikan Bakar Malim, MITC. Tak jauh dari homestay kami. Nice sangat sebab banyak pilihan nak makan. Pening tak tau apa nak makan sebab semua nampak sedap. Specialty kat situ dah pastinya ikan bakar. Aku & bie tak ambik ikan bakar. Tapi sempat la rasa yang geng lain punya. Sedap, kuah cicahnya pun lain dari yang lain. Mesti cuba lagi lain kali kalau turun ke Melaka.
Lepas lunch, kami terus pegi layan Go-Kart. Lokasinya berdepan dengan Zoo Melaka. Niat aku asalnya nak bawak ahli rombongan ke litar go-kart baru yang katanya terbesar di Asia. Tapi bila mengenangkan perkataan 'terbesar di Asia', dah tentu la harganya pun besar jugak kan. Jadi, baik la pegi yang murah. Dapat la main 3 lap dengan bayaran RM10 je. Puas hati. 1st time aku main go-kart dulu kat Genting Highland. Amat² slow ok! Yang ni, sekali tekan pedal minyak, meluncur tak hengat. Baru la syok.
Lepas go-kart, ke Botanikal Park pulak. Tempat ni baru officially bukak sebulan. Tapi sebelum ni aku penah masuk dah. Zaman aku duduk Melaka dulu. Tapi masa tu apa pun takde. Ramai orang datang untuk riadah je, joging ataupun sekadar berjalan² bawak family. Tapi sekarang dah ada Buggy Ride yang best. Sangat sesuai la untuk orang yang malas berjalan macam aku kan. Hehehe. Kadar tiket pun tak mahal sangat. Dari RM10 dah dapat naik buggy (single ride) untuk pusing satu park yang ambik masa lebih kurang setengah jam. Dan memang betul, kami habis pusing trek yang disediakan tu ngam² setengah jam. Memang diorang dah kira siap².
Seterusnya ke Lake Garden, Ayer Keroh. Ni memang takde dalam plan asal. Tapi sebab ahli geng, Azhar-Rina nak balik rumah sedara menghantar barang. Jadi kami yang tak nak ikut ambik haluan sendiri ke situ. Duduk lepak situ makan aiskrim sambil gelak² layan bergambar. Bila lama², dah bosan duduk takde buat apa. Aku & Namo decide nak sewa basikal. Merasa la aku bawak basikal yang twin tu berdua dengan Bie. Gile penat okey. Susah pulak tu nak kayuh. Nampak je senang, tapi sebenarnya amat seksa. Peluh merembes tak hengat donia!!
Sebelum mengakhiri perjalanan trip ini. Kami semua singgah dinner kat Ramal Junction, Kajang. Pekena satay yang gebu dan juicy. Sambil layan stimbot Bulan Bintang yang memang boleh bawak kepala otak kita ke bulan bintang dengan pencicahnya yang best itu.
Sekian, tamat sudah trip kami kali ini. Insya Allah, tahun depan akan ada lagi. Thanks a lot kepada semua ahli rombongan yang memberikan kerjasama yang awesome. Love you all so much!!
Nota kaki lapan: Esok aku akan tepek gambar² yang ada. Hari ni layan membaca jela ye..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment