Thursday, June 24, 2010

Kisah Satu Hari Mengganti Puasa

Ding dong..

Mode hari ini: Merepek, jadi sila layan kemerepekkan aku kali ini..


Pada suatu hari, seorang perempuan jelita telah membuat keputusan untuk mengganti puasanya yang banyak lagi tak berganti. Jadi, die telah bertanya kepada suaminya pada malam sebelum kejadian, adakah boleh jika die mahu berpuasa pada esok hari. Suaminya terus memberikan persetujuan tanpa sebarang bantahan. Maka, perempuan jelita itu terus memasang niat untuk berpuasa. Dek kerana si perempuan jelita itu risau die takkan terjaga pada esok harinya untuk bersahur. Die pun telah masak dan makan semahunya pada malam itu.

Kini, tibalah hari untuk perempuan jelita itu berpuasa. Seperti yang diduga, die tidak langsung terjaga dari tidurnya untuk bersahur. Maka, adalah berbaloi die menyumbatkan sepinggan nasi ke dalam mulut pada malam sebelumnya. Jika tidak, pasti die berasa sangat sedih dan kecewa memandang ikan bilis goreng bercampur cili dah sosej lada hitam yang telah die masak itu.

Dengan perut yang disangkanya mampu bertahan, die meneruskan langkah untuk ke pejabat. Sebaik tiba, perutnya sudah mula berbunyi. Hampir setiap jam bunyi-bunyian dari perutnya semakin rancak. Dari perut, sudah pindah pula ke kepala. Denyut² yang makin hebat dan dasyat mula terasa. Migrain kah? Entah la, perempuan itu masih kurang pasti. Lama kelamaan, makin sakit dirasakan. Di kala itu, terbayang di ruangan mindanya segala juadah yang lazat dan enak. Owh, itu sudah pastinya kerana perut yang menggelodak kelaparan.

Walau dugaan yang datang amat hebat. Perempuan jelita itu masih lagi cuba bertahan hingga ke titisan yang terakhir. Tiba² terbayang di ruangan matanya 'Ayam Penyet'. Owh, air liur tiba² bergenang di kolam bibir. Terus si perempuan jelita meminta pendapat suaminya, "nak makan ayam penyet boleh?". Mujur suaminya bersetuju. Dengan syarat die perlu tunggu sedikit lewat. Demi keinginan terhadap ayam penyet itu, die rela menunggu. Dan sanggup berbuka dengan 3 keping pisang goreng saje.


Sementara menanti kepulangan suaminya, perempuan jelita itu merasa sedikit terseksa kerana perutnya menyanyi² lagu irama lapar tanpa henti. Ditambah dengan kepala yang berpusing². Berpinar² seluruh alam maya. Mujur kaki masih mampu melangkah. Akhirnya, deringan telefon dari suaminya mengubat sedikit penderitaan yang ditanggung. Maka, pergilah mereka berdua ke tempat yang ingin di tuju.



Waroeng Penyet, Mutiara Damansara.

Hati sudah tidak dapat menahan sabar. Dengan pantas di pesan segala yang diinginkan tekak. Tanpa segan mahupun silu. Sebaik sahaja makanan tiba, dengan rakusnya segala juadah dan hidangan itu dimakan. Tidak langsung mempedulikan kiri dan kanannya. Perutnya yang tadi bersenandung lagu sedih, kini sudah gembira berdondang dendang. Wajahnya yang tadi muram kini sudah mula bersinar kembali.



Perempuan jelita itu berterima kasih kepada suami yang tersayang. Sungguh pun penat, beliau masih sanggup meluangkan masanya untuk melayan selera si isterinya yang berpuasa. Licin pinggan kedua²nya. Habis sudah segala haiwan yang ada ditelan hingga hanya yang tinggal adalah tulang temulang. Sungguh berselera sekali perempuan jelita itu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.



Dan bila sudah habis semuanya, tiba la kepada juadah yang terakhir untuk dihabiskan. Air alpukat yang lazat dan menyamankan itu dihirup tanpa henti sehingga habis licin. Sungguh dasyat nafsu perempuan jelita itu. Langsung tidak tertinggal walau setitis pun.




Burrpp.. Alhamdulillah.... :-)

Ceria kembali perempuan jelita itu. Hari ini die berpuasa lagi. Dan die lebih bertenaga berbanding semalam kerana hari ini die bangun bersahur. Walaupun hanya dengan semangkuk oat dan secawan milo panas. Tapi sayang, suaminya tidak dapat menemaninya untuk berbuka. Tak mengapa, mungkin gerai makcik joyah atau makcik bedah bisa jadi tempatnya mengadu nasib membawa perut yang lapar malam nanti. Ataupun mungkin berbuka hanya dengan megi goreng dari Pakcik Mohamed mamak di hujung jalan itu saje. Tunggu dan lihat..

Nota kaki lapan: Ada lagi 6 hari nak ganti lepas tolak hari ni. Hurmmmm...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails