Tuesday, March 16, 2010

Terima kasih daun keladi

Ding dong..

Malam tadi dengan jayanya kami se'department' telah berjaya beriadah bersama² selepas waktu keje. Satu benda yang aku rasa amat susah nak dilakukan oleh kami semua bersama². Bekerja bersama lelaki dalam bidang IT dan mereka berlainan bangsa, mungkin agak membataskan pergaulan antara kami. Mereka mungkin lebih selesa dengan pergaulan sesama mereka saje kalau di luar lingkung waktu keje. Aku tak salahkan keadaan ini sebab pada aku itu ialah normal. Lebih² lagi mereka pasti sudah punya aktiviti dan 'klik' yang tersendiri. Jadi adalah satu kebarangkalian yang amat tipis untuk kami hangout bersama tanpa ada apa² sebab yang official.

Dan kebetulan, kami se'department' dibelanja oleh bos untuk bersuka ria. Huhu, dapat makan free, bowling free. Takkan taknak weh!! Aku memang dengan pantas je setuju masa mula diajak dulu. Dan, sudah menjadi kebiasaan jugak, aku mesti jadi antara peserta yang sampai awal. Masa dijanjikan ialah jam 7 malam. Tapi sekor tak nampak batang hidung melainkan kami bertiga (aku bersama Syasya & Biha dalam satu gerabak Myvi :P ). Hanya selepas aku bersusah payah menyusun meja kat KFC sebab konon² nak chop tempat, tiba² aku dapat call dari incik bos nombor 2 yang bahawasanya ada change on plan untuk tempat makan. Cisskek betul! Awal² takmo bagitau. Dari KFC bertukar ke Burger King. Abis tawaf One Utama la jawabnya kami. Mana taknya, parking kete kat New Wing sebab kononnya nak senang balik nanti lepas main bowling. Pastu menapak ke Old Wing sebab KFC tu ada kat situ. Tapi end up kena berpatah balik ke New Wing sebab BK tu ada kat sebelah sana. Ciskek cap ayam katek sungguh. Sesampai kat sana, boleh dikatakan semua dah ada tengah beratur membeli. Aku pun terus masuk line. Mujur la orang tak ramai. Selesai sapedek (burger whooper yang maha bagak besar sampai aku rasa macam makan 2 pinggan nasi minyak punya kenyang), aku terus ke surau nak bersolat sementara yang lain dah pun ke bowling nak warming up gamaknya. Owh, masa tengah enak makan tu, terkenangkan incik suami tersayang yang baru sampai umah dan hanya makan megi je untuk dinner. I sungguh touched you. I enak² bersantap burger yang lazat dan tak berkhasiat ini, die pulak hanya menghadap megi (buatan sendiri) yang jugak tak berkhasiat itu. Bila offer nak belikan apa², die tolak offer I. Terasa sangat rejected diriku ini, sob sob sob T_T. Ok², back to real topic.


Jejaka² itulah kelik di opisku..
Sila spot yang mana satu big bos aku??


Selesai solat terus catch up member² yang dah memang menunggu kat bowling. Diorang siap dah start main pun, takde maknanya warm up². Bie pulak masa tu on the way dari rumah ke OU. Nak menyaksikan kehebatan (konon la hebat) isteri terchenta ini dan menjemputnya pulang bersama ke singgahsana, hehehe. Tapi sayangnya, skill yang ada semua dah terhakis dan pudar sebab sepanjang tahun 2009, sekali pun aku tak pernah menyentuh bola bowling itu walaupun sekali. Aku memang selalu main bowling, tapi dalam game handphone jela. Huhu, susah la camni. Hujung bulan ni ada tournament pulak. Takkan nak bawak skill longkang dan bola senget je masa tournament nanti. Kena la bertraining nampak gaya ni. Incik hubby, weekend ni kite berbowling yok!


Dak Oni anak kepada Syasya yang bercita² menjadi POM² girl bila besar nanti..
Sanggup ikut Ummi die sebab nak pektis :P


Haih, I miss bowling kat Mahkota Parade yang very the cheap itu. Main sampai 4-5 games pun tak la rasa koyak rabak poket nak membayarnya. Kat KL takde ke tempat yang 1 game RM2 je ek? Kalau ada sila la kabar² kat aku. Tapi takmo la tempat yang lane pun cam orang gile je die punya bengkok..

Nota kaki lapan: Dulu masa duduk Melaka, almost 3-4 kali seminggu mesti layan bowling. Sekali main tak kena 3-4 games tak sah hidup. Thanks anyway to incik suami yang sudi jadi fotografer undangan khas ^_^

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

anak aku lagi glam dr aku ni, pe citer huh! sungguh hati tak puas...

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha.. kite ni kategori pengantin basi, takdok orang nak kerumun pun.. anak ko plak kategori bakal pengantin, maunya tak orang berebut nak buat menantu?? hahaha

nas said... Jawab Balik

lama dah x main bowling...bila la blh main lagi

Related Posts with Thumbnails