Thursday, March 04, 2010

Platinum Movie Suites, Cineplex Damansara

Ding dong..

Adakah anda tau akan kewujudan salah satu fasiliti menonton movie yang syok ini? Mungkin ramai yang pernah mencuba. Kalau pun bukan di Damansara, mungkin kat tempat lain yang ada Cathay Cineplex. Untuk aku & bie, setelah beberapa kali singgah menonton movie di Cathay Cineplex, Damansara. Ni la kali pertama mencuba sesuatu yang lain dari biasa. Selama ni bukan tak pernah teringin nak mencuba, tapi memikirkan ongkos yang perlu dikeluarkan nanti membuatkan kami berpikir berkali². Sudah semestinya kami taknak membazirkan ongkos itu dengan hanya melelapkan mata di dalam sana (kadang² memang citer yang ditonton tu mengundang mata untuk lelap, huhuhu). Jadi, menanti saat yang sesuai telah buat kami tunggu sampai terlupa terus tentang Platinum Movie Suites ni.



Dan semalam, tiba² perasaan nak menonton movie tu datang. Keinginan nak tengok citer Percy Jackson yang dah ditayang selama lebih 2 minggu. Sebab masa nak tengok mula² keluar hari tu, keadaan agak sesak sebab masa tu tengah musim cuti CNY. Semua orang ada kelapangan nak menonton movie agaknya. Akibatnya, Percy Jackson yang dirancang hanya Little Big Soldier yang dapat kami tengok. Dan sebenarnya, semalam pun tak dapat jugak tengok Percy Jackson sebab untuk Platinum, hanya satu screening setiap session. Percy Jackson hanya ada sebelah siang. Maka, From Paris With Love menjadi pilihan.




Depan pintu masuk Platinum Movie Suites..

Apa yang menarik tentang Platinum Movie Suites ni? Pertama, ofkoz la recliner seatnya yang boleh adjust sampai jadi macam katil. Huhu, empuk dan gebu macam berbaring² kat rumah tu. Aku yang kali pertama mencuba agak kejakunan jugak la. Asyik la dok main recliner tu turun naik berkali². Hahaha, tak kira la. Bukan ada orang nampak pun. Mula² cuak la jugak masa nak naikkan seat tu sebab terasa macam seat tu sangkut. Tapi sebenarnya mana ada apa² pun, memang macam tu caranya. Selain daripada tu, ada jugak kemudahan lain macam lounge untuk lepak² sementara menunggu movie start, pc station yang lengkap ada WiFi untuk surfing, relaxing spot yang ada sediakan kerusi urut. Dengan setiap tiket, boleh dapat complimentary 1 soft drink kat lounge sebelum movie start. Pastu kalau rasa kebulur sangat, boleh order makanan dan minuman hanya dengan 1 click away. Click ajelah button yang ada kat meja masa korang dok lepak tengok movie tu, ada butler (pelayan) yang akan datang melayan kemalasan korang itu, hahaha. Last but not least, selimut dan bantal jugak disediakan. Free untuk registered member. Untuk yang bukan member, boleh la sewa je. Ataupun, bawak la selimut sendiri dari rumah, lagi senang. Boleh tido terus dalam tu sampai esok :P



So far, kunjungan kali pertama ni aku tak dapat nak menikmati sangat semua kemudahan yang disediakan untuk penonton yang mengabiskan duitnya membeli tiket platinum ini (semua kemudahan diatas adalah percuma ye, no additional charges). Sebab masa yang agak suntuk coz masa masuk tu memang dah last minute sebelum movie start. Mana taknya, beli tiket pukul7 malam. Movie start pukul 9 malam. Sementara menanti waktu maghrib, aku ajak bie layan arcade game feveret kami apa lagi kalau bukan Time Crisis. Sementara menanti bie pegi solat, aku sempat la layan lagi game tu sorang². Siap pulak die solat, sambung layan game gendang cina pulak. Sampai kebas² tangan ketuk gendang, haha. Selesai bergendang gendut tali kecapi, perut pulak nyanyi² mintak diisi. Jadi berjalan pulak mencari tempat makan. Selesai makan, tinggal cuma lagi 10 minit je ke pukul 9. Maka, tak sempat la nak meneroka apa yang ada. Terus la masuk suite untuk melayan kejakunan dalam diri ni dengan recliner tu.. :P


Movie belum start dah lelap, chit!


Menyantap Kenny Rogers..

Oleh itu, haruslah agaknya satu hari nanti cuba lagi sekali tonton movie kat situ. Tak boleh la selalu sebab harga tiketnya pun boleh tahan mencekik darah. Kalau pegi tengok time weekend, boleh cover 12 dvd cetak romak tau! Huhuhu T_T (sila beli yang original ye, jangan jadi perompak :P)


From Paris With Love.. Fewwit!

Nota kaki lapan: Sesekali memanjakan diri dengan entertainment macam ni, memang best. Tapi kalau selalu sangat, memang berlobang la poket si dia nanti :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

nk tdo ke nk tgk wayang tu heheheh

Joe Root said... Jawab Balik

It would be ideal if you share more like that. Cathay Cineplexes

Related Posts with Thumbnails