Thursday, March 11, 2010

Dah jumpa jalan yang betul.. YES!!

Ding dong...

Tajuk entry macam selama ni aku sesat je kan. Actually semalam, secara rasminya aku & bie sudah separate haluan. Bukan haluan hidup, tapi haluan untuk pegi dan balik opis. Selama ni, memang kami sama² pegi balik keje. Dari masa sama² keje kat Phileo Damansara, sampai la bila aku dah pindah opis ke 1 Tech Park, Bandar Utama ni. Sejak aku pindah, walaupun haluannya sedikit berubah. Aku tetap pegi balik keje sama² dengan bie. Pagi aku hantar die sampai opis, petang aku jemput pastu kitorang balik sama² (mithali kan I :P). Tapi disebabkan kali ni turn bie pulak yang bertukar opis (dapat keje baru) dan pertukaran tu agak menjarakkan kami. Jadi terpaksa la kami ikut haluan masing² dengan kereta masing² dan jugak timing masing². Maka sejak itu, berubahlah sudah rutin setiap hari.




Phileo Damansara

Makanya, semalam aku pun mulakan azam baru. Nak sampai opis sebelum 8:30 pagi sebab aku nak balik pukul 5:30 petang. Nak jugak merasa sampai rumah tu awan masih cerah, surau masih senyap kan, hehe. Selama ni, kalau aku keluar awal pun dari opis. Kena jugak menghadap jem sepanjang Lebuhraya SPRINT menghala ke TTDI. Lepas tu kat TTDI pun hadap lagi kereta yang berderet². Keluar dari opis pukul 6 pun, sampai rumah kadang2 dah dekat² pukul 8. Tensi je rasa. Nak lepaskan diri dari exit Phileo Damansara tu pun, teramatlah seksa kekadang (bagi yang dah ada experience, mesti paham apa yang aku lalui sebelum ni kan). Selama dekat 2 tahun berdepan dengan keadaan tu tau, I terseksa nyah. Hahaha. Jadi bila dah ada chance nak sampai rumah seawal mungkin, tu yang macam teruja sangat tu. Memang selagi boleh aku takkan lepaskan peluang.

Jadi minggu ni, aku memang dah tekad nak buat eksperimen lalu lintas, hahaha. Jalan yang aku guna semalam sangat tidak membantu aku untuk rasa happy nak sampai awal. Tambah tertekan adalah. Mana taknya, elok² lagi 1km nak sampai opis kat situ la baru nak start jem. Kereta dok mula potong² Q sebab jalannya dari 2 lane jadi 1 lane. Tambah pulak tak jauh dari situ ada satu traffic light yang bapak punya lama kalau merah, anak punya la kejap kalau hijau (perumpamaan berdasarkan 'bapak' itu besar, anak itu 'kecik'). Maka, menyumpah² jugak la aku kepada orang lain yang sibuk potong² Q tu, tak suka tau! Jalannya ialah Damansara Perdana > Mutiara Damansara > Persiaran Surian > Jln PJU 3/22 (Tropicana) > Jalan Tanjung Bandar Dalam > 1 Tech Park. Masa yang diambik dari rumah nak sampai ke opis ialah, 35 minit (20 minit diabiskan kat jem saje!!). Sampai je opis semalam, terus buat post-mortem. Bukak maps, dan telek balik betul².




1 Tech Park

Percubaan kedua hari ni, guna pulak jalan yang pernah aku try masa mula² tengok opis baru ni dulu. Tapi sebab masa tu aku guna untuk balik rumah dan masa tu sangat gelap sebab dah malam sangat. Jadi aku dah tak ingat jalannya 1 way ke tak. So hari kira redah jela selagi boleh. Tengok je sampai mana penghujung jalannya, sebab memang aku dah lupa pun. Alhamdulillah, bila sampai ke hujung, aku tau aku berada di laluan yang betul. Yes!! I did it right this time. Keputusan yang sangat betul. Sepanjang jalan memang aku tak berdepan dengan apa² jem, melainkan berenti untuk traffic light je. Perjalanannya pun smooth saje tanpa banyak gangguan. Jadi post-mortem semalam dikira berjaya! Jalannya ialah
Damansara Perdana > Mutiara Damansara > Persiaran Surian > Persiaran Utama > Jalan Tanjung Bandar Dalam > 1 Tech Park. Masa yang diambil, hanya 15 minit. I loike!!

Kesimpulan dan moralnya di sini, tak salah kalau mencuba dan tak rugi kalau belajar. Malu bertanya sesat jalan, kalau sesat refer la map. Sebab zaman sekarang ni memang tak berani nak berenti tanya² jalan kat orang sebarang². Lagi² kalau drive sorang². Kang lain yang dicari, lain yang dapat. So kalau nak bertanya, tanya la pada orang yang betul. Nak tanya aku pun boleh, sebab aku memang adalah seorang yang suka baca, ulang sekali lagi BACA map (bukan tengok sesaje). Sebab dari situ jugak la aku rasa pengetahuan aku tentang selok belok jalan termasuk la segala shortcut mokat bertambah baik. Keep learning okey!!

Sumber gambar: Google..

Nota kaki lapan: JKR, sila la hire saya sebagai pakar pengkaji jalan raya!! :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails